Tuesday, January 10, 2012

Akhirnya saya tutup buku....

Akhirnya saya tutup buku 2011 saya pada 6 jan yang lepas. menunggu sehingga 14 Jan dengan debaran... semoga tiada query dari AG. rasanya dalam 4 tahun saya saya buat perolehan kerajaan, tahun lepas paling mencabar. hingga di saat akhir masih ada masalah. hampir AP58 juga. ibarat buat sampah analoginya. saya cukup berdoa semoga disimpangkan. apatah lagi AP59... surcaj. dua tahun lepas saya pernah mengendalikan satu kes pembelian yang jabatan saya tersalah bayar, hasilnya surat peguam yang sampai... bayaran dah dibuat... duit dah habis. tapi yang sepatutnya dibayar tak menerima bayaran. yang tak sepatutnya dibayar diamkan sahaja. banyak juga amaunnya. hampir 250k. tak cukup gaji nak bayar...

cuma nasib baik. bila dah jadi cerita peguam, forward kes pada jab peguam kementerian. lepas tu yang saya tahu cerita... kes tersebut tidak disabit dengan jabatan saya ianya adalah dokumentasi yang silap dari pihak kontraktor (yang tak sepatutnya dibayar) dan peminjam kontrak (yang sepatutnya dibayar). jadi tuntutan tersebut perlu terus dari pejabat peminjam ke kontraktor tanpa melibatkan agensi saya. Nasib jabatan saya memang baik.... orang ketiga tak punya kontrak yang kuat untuk sue...

Tahun lepas... bermacam ragam kontraktor yang tak pernah saya jumpa selama ini saya jumpa. sehingga penutupan akaun pun barang perolehan saya masih shipping dan ada yang masih sangkut di di port. Hendak dijadikan cerita 3 hari terakhir penutupan akaun saya jatuh sakit. dua hari tak ke pejabat. tapi talifon saya masih bekerja. berputar ligat kepala saya ... nak guna cara apa lagi untuk membolehkan saya bayar tapi barangnya belum nampak batang hidung. ikut kaki saya terasa nak ke KLIA nak pergi tanya kastam kenapa query barang saya lama sangat.

Bila sampai saat akhir... dan menggunakan kuasa budi bicara kepada kontraktor... dasar kepercayaan jadi teras. dua kes saya pada saat akhir.... satu saya masih gagah untuk teruskan pembayaran satu lagi saya batalkan. keduanya mempunyai cerita yang berlainan.

yang pertama memang dari 4 bulan terakhir lagi, kontraktor dah menemui saya dengan masalah. jadi kami memang tahu dia ada masalah. masalah nya memang kami selesaikan bersama kerana ia membabitkan pihak ketiga. masalah akhirnya selesai di akhir tahun dan segala-galanya menjadi di saat akhir. atas dasar inilah... kontrak syarikat tersebut dipertahankan hingga di saat akhir sehingga terpaksa dibuat kelulusan khas untuk bayaran saat akhir kerana yakin bahawa syarikat tersebut dapat menyempurnakan obligasinya (nasib baik syarikat tu memang betul dapat tamatkan kerja... kalau takk... mesti sekarang tengah buat paper menjawab)

berbanding satu lagi syarikat yang tidak pernah langsung hubungi saya dan setiap kali saya hubunginya... perkataan yang diterima segalanya berjalan lancar tidak ada masalah... sedangkan pihak jabatan telah terima aduan mengenai masalah syarikat tersebut... hinggalah ke saat akhir apabila kontrak masih belum diselesaikan baru mengaku sebenarnya wujudnya masalah atas kelewatan tersebut. akhirnya kepuutusan dibuat untuk menggugurkan dan membatalkan kontrak tersebut dan menyebabkan kerugian kepada syarikat.

Nak batalkan kontrak saya memang tak sampai hati. ia jalan terakhir... kesian dengan rezeki orang. rugi orang... tapi risiko tak boleh ditanggung...saya lembut hati sangat... kalau ikut bos saya dah lama dan dah banyak kes dia nak batalkan dah... kalau tak... tak adalah saya nak kelam kabut last minute macam sekarang. moral of the story... lain kali ikut cakap boss, jangan ikut cakap kontraktor...

kata boss saya... saya ni baik sangat. jadi pegawai perolehan mesti garang. tak bagi muka... baru kontrak berjalan lancar... jawab hati saya...saya kesianlah bila orang yang sebaya dengan abah saya datang merayu-merayu jangan batalkan kontrak... orang melayu kita bukannya kaya...
________________________________________________________________

berita baik untuk saya... kerana peruntukan akaun dibawah pengurusan saya tidak disuntik tahun ini (tiada bajet) disebabkan peralihan MBS (modified budgeting syatem) ke OBB (outcome based budgeting) maka kerja saya pun hampir hilang 60%. maka tercapailah cita-cita saya untuk menukar portfolio baru disamping mengekalkan pengurusan kewangan 40%. lagi 60% peratus makcik dah buat pentadbiran sekarang. kita layan kerenah orang pulak. dah penat layan prosedur arahan perbendaharaan, AP 58, AP59, denda lewat bayar...audit query, dan amaran-amaran surcaj kalau buat silap.....

maka bermula dari sini kuranglah saya diburu bos dek kerana post yang tidak dipandang oleh pegawai atasan tapi diburu rakan sejawatan dan bawahan bak pegawai kebajikan masyarakat adanya... (sambil memandang kalkulator yang menjadi bestfriend dulu). tak banyak juga bezanya... kerana dari dulu juga saya yang buat kerja-kerja pentadbiran akibat kekosongan pegawai pebtadbiran yang tidak terisi... cuma tak komited... kerana beban kerja sedia ada.

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...