Flower rumah nenek


Friday, November 16, 2012
Wednesday, November 07, 2012
Kera Sumbang??
Ini adalah entry
untuk mengingat diri sendiri supaya tak jadi ##kera
sumbang…
Sejak masuk kerja
dari cuti lepas bersalin…
Saya terperasan yang
saya makin menyendiri dan buat hal sendiri… Sila semak jdual seharian saya yang
sama dibawah
7.30 pagi: punch card dan terus hantar adik ke rumah mama
ana
Beli makanan pagi. Hantar
aiesyah ke tadika.
8.00-8.15: masuk ke
office, check office mail/emel/ FB/blog
8.30: makan pagi di pantry
bersama staff (waktu nilah kalau nak berborak dunia pun)
9.00- start my duty
10.30- milk production
11.45- sambung kerja
1.00- ambil aiesyah
di tadika ke rumah mama ana, susukan adik
1.35- beli makanan
(biasanya kat teratak kampung ku. Sampai casher bagi dessert free pasal selalu
borong dadih kat kedai ni). Balik rumah. Makan sembahyang.
2.15. masuk kerja.
biasanya lewat 15 min dengan pengetahuan boss..
3.30- milk production,
sambung kerja
5.00-5.30 – balik
Ok… kalau saya
perasan… dah tak ada waktu bersosial di tengahari sebab biasanya time tengahari
nilah saya gi lepak bersama kawan-kawan office kat kedai-kedai yang menjadi
pilihan.
Disebabkan adik yang
susah nak minum susu, maka di tengahari saya akan habiskan masa dengan adik. Bagi
dia minum susu. Lepas tu saya pun makan sendiri kat rumah depan TV… (## kera sumbang)
Iklan:
Oh ya… saya baru find
out dengan mama ana… yang adik sebenarnya bukan tak tahu minum susu botol…
tapi dia dah bijak sangat memilih… tak nak layan susu botol. Pasal puting pacifier
tu dia boleh je hisap. Kalau dah lapar sangat… ok je dia pakai susu botol ke… susu
yang disejuk beku ke…tak ada pun nak memilih…. Ho ho… kecil-kecil dah panjang
akal. Anak bertuah… selama ni kitorang punyalah ingat adik tak reti nak pakai
susu botol.
Ok sambung balik
cerita…
Kadang-kadang sebelum
hantar aiesyah ke tadika saya bawa dia ke kafe dan makan dengan dia berdua… ## kera sumbang. Kalau ada Nampak pegawai lain dan
kerusi available for two person saya joinlah… tapi biasanya penuh berempat. Jadi
makan jelah dengan aiesyah…
Sejak tidak memegang
belanjawan… maka tidak lagi saya ke HQ… maka jarang jugaklah saya bersosial
dengan rakan-rakan di HQ dan tak ada meeting di sana yang memerlukan kehadiran
saya. ## kera sumbang…
Dan oleh kerana saya
telah memilih untuk membereskan kerja-kerja Sistem Pengurusan Aset sebelum
berakhirnya tahun ini… maka saya sentiasa didalam bilik ofice saya didepan
sistem untuk menyemak dan mengesah data-data yang telah dimasukkan oleh
pegawai-pegawai jabatan saya ni. Oleh itu kerja saya hanya berkawan dengan computer
didepan mata… tiada komunikasi dengan pegawai-pegawai lain… sehingga kini…
telah 300 kad aset telah disemak dan disahkan secara on-line daripada
lebihkurang 2000++ yang telah didaftarkan.dan jumlah ini akan bertambah dari
masa ke semasa mungkin mencecah 5000. ## kera sumbang lagi…
Disebabkan saya dah
tak tanggung kerja-kerja pegawai pentadbiran maka kurang jugalah penglibatan
saya dalam majlis rasmi jabatan, lawatan deligasi luar, pameran dan seumpamanya. Kalau ada pun sekadar
menolong… ## kera sumbang
Disebabkan hujung
tahun… dah tak ada sebutharga atau perolehan yang dikeluarkan… kalau ada pun
ciput sahaja… maka kurang jugalah komunikasi saya dengan pegawai-pegawai
teknikal mahupun kontraktor…. ##kera sumbang
Disebabkan tahun ini
tersangatlah kurang perolehan/ sebutharga bekalan akibat daripada tiadanya belanjawan
pembangunan, maka tiadalah aksi-aksi mengejar kontraktor yang lambat hantar
barang seperti tahun-tahun sebelumnya… ## kera sumbang.
Kalau saya tension
kerja biasanya saya lepak (buat sesi meluahkan stress) kat dua orang pegawai di
cawangan yang tak berkaitan dengan cawangan saya ni. Tapi akhir-akhir ini kalau
mod tensi datang saya lagi suka buka buku yang dibawa… menghabiskan barang se-bab
atau dua bab. Baru sambung balik kerja. ##kera sumbang.
Tapi hakikatnya teramatlah jarang saya nak tensi… kan kerja dengan computer je…
datang pun bila sistem down, ‘hang’ atau yang seumpama dengannya…
Sejak dapat boss yang
rajin pergi parlimen ini… maka tidak lagi saya jadi penunggu bilik bertugas
parlimen tu…. Maka tiada lagi sesi meja bulat dengan rakan-rakan pegawai
bertugas parlimen… ##kera sumbang.
Walaupun kelihatan
seperti ##kera sumbang, dari sudut positifnya
banyak jugak…
1.
Masa
saya padat diisi dengan aktiviti bermanafaat
2.
Kurang
bercakap/mendengar benda-benda tak berfaedah
3.
Dah
tak ada gossip mossip
4.
Tak
adalah nak gaduh dengan datuk K pasal barang yang tak sampai
5.
Tak
stress dengan kontraktor
6.
Tak
ada masalah dengan orang… orang pun tak ada masalah dengan kita
7.
Balik
rumah awal selalu….
8.
Duit
jimat… sebab jarang merarau merata…
Dari sudut tak best
nya (tak semestinya negative)
1.
Bosan
sikit hidup. Terasa macam robot sikit
2.
Kadang-kadang
teringin jugak nak story morry dengan kekawan (nafsu menggosip dan lagho)
3.
Tak
ada lagi nak merayau dan merarau di tengahari
4.
Kekadang
cam katak dibawah tempurung sebab kurang tahu info terkini…
Jadi… best ke tak
best bila kita menghampiri ## kera sumbang ni…
untuk ingatan… walau berapa banyak sekalipun perkataan ##kera
sumbang keluar dalam entry ini, sentiasalah senyum dan menegur bila
bertembung dengan rakan-rakan… sebab kera tak senyum. Kalau kita tak senyum
samalah kita dengan kera tu kan…
![]() |
| ye ke kera tak pandai senyum... senyum je kera kat gambar ni... |
Tuesday, November 06, 2012
Monday, November 05, 2012
Duhai wanita; Bersoleklah
Ha.. ha… cikgu bolian
mesti suka entry ini (sebab dia selalu membebel pasal saya yang liat bersolek).
Entry ini ditulis untuk memotivasikan diri sendiri yang memang selama ini
teramatlah sempoi. Bila saya keluar hanya menyapu sunblok sahaja. Nasib baik
sunblok saya adalah foundation jugak… maka nampaklah seperti berbedak sikit.
Hukum bersolek bagi wanita
adalah harus. Bagi ulama-ulama kontemporari seperti Al-Qadrawi, wanita
sememangnya bersifat cantik dan suka akan kecantikan dan hiasan. Kata Abdul Halim Abu Syuqqah, dalam bukunya Tahrirul Mara'h
fi asri arrisalah, berhias pada wajah dalam batasan wajar adalah HARUS bagi
wanita. Lagipun, memang fitrah wanita suka berhias....dalam batas.
Lat
say that dalam batas adalah sekadarnya. Nampak kemas. Tidak berlebihan. Tak juga
Nampak macam plastic apatah lagi opera cina. Atau paling senang untuk difahami,
bila kita bersolek orang kenal… kita tak bersolek pun orang kenal dan cam lagi.
Tidaklah sampai bila kita bersolek orang dah kurang pasti (bagi yang jarang
bersolek) ataupun kalau kita tanggalkan solekkan orang dah tak cam kita (bagi
yang selalu bersolek). Nampak sangatlah solekkan itu dah mengubah wajah.
Senangkan
faham. Ok. Dalil bagi wanita bersolek ini dipinjam dari blog ustazah Fatimah sharha
seperti berikut:
Dalam satu hadis sahih Bukhari Muslim, ada sahabiah
bernama Subaiah binti al-Harits. Dia ditinggalkan suami. Bila nifasnya berakhir
(habis iddah), dia bersolek untuk tarikan para peminangya. Seorang lelaki
bernama Abu Sanabil bin Ba'kak datang kepadanya lalu bertanya, "Aku lihat
kamu bersolek, kamu nak nikah lagi ke?" (Dalam Riwayat Bukhari kitab
Talaq). (Dalam riwayat Bukhari Kitab Peperangan pula disebut), lalu Abu Sanabil
meminangnya. Tapi Subaiah enggan berkahwin dengannya."
Jika ada pihak tak mengizinkan wanita bersolek sedikitpun, ia seakan-akan mahu mengongkong wanita berada dalam tempoh iddah sepanjang usianya. Luaskan ufuk minda dengan apa yang Islam longgarkan. Boleh beli bedak, krim pelindung matahari, celak, pelembap bibir dan seumpamanya.
Bila solekan wanita keterlaluan, ada ulama menegur. Kata Al-Qaradhawi, "Saya tidak memuji wanita yang meletakkan terlalu banyak warna pada wajahnya." (from blog sebarkan bahagia.blogspot)
Jika ada pihak tak mengizinkan wanita bersolek sedikitpun, ia seakan-akan mahu mengongkong wanita berada dalam tempoh iddah sepanjang usianya. Luaskan ufuk minda dengan apa yang Islam longgarkan. Boleh beli bedak, krim pelindung matahari, celak, pelembap bibir dan seumpamanya.
Bila solekan wanita keterlaluan, ada ulama menegur. Kata Al-Qaradhawi, "Saya tidak memuji wanita yang meletakkan terlalu banyak warna pada wajahnya." (from blog sebarkan bahagia.blogspot)
So Jadi lepas ini marilahlah rajinkan tangan mencalit di muka. Kalau ikut
“pada hemat saya’ style… macam biasa sunblock with foundation jenama Marbella. Saya
sangat suka dia dan tak jumpa sunblok yang lebih best dari ini (mungkin sebab
dah skali dengan foundation kot). Bedak asas Silky White. Hanya brand ini sahaja
yang kena dengan kulit saya yang mudah gatal dengan brand-brand lain walaupun
brand lain lebih mahal… dan silky white ini tersangatlah murah. (saya pesakit
enzemma jadi pencuci muka dan sabun badan pun soap free). Tapi jarang pakai
bedak asas sebab dah pakai foundation. Calit lip balm with gloss and sheer
color skit. Haha… dah siap. Sempoi sangat. Cuuu pakai lipstick sikit ke…
Saya pernah ada (masih ada lagi) eye shadow, pemerah pipi, conciller,
eye liner dll. Tapi rasanya dah 3 tahun tak pakai. Tapi seandainya saya pakai
pun… orang tak Nampak saya pakai pun… bagi yang suka, saya recommend jenama
Kate. Sebab dia bagi Nampak bayang-bayang just nice sahaja untuk serikan wajah
saya yang gelap tak putih ni. Hek eh.. cam perunding kecantikan pulak. Brand yang
glamer memang tak mesra dengan saya… buat kulit saya gatal, dan muncullah
ruam-ruam enzemma. Jadi bila dah dapat yang mesra alam dengan saya… saya akan
setia pada yang itu sahaja.
Saya juga jarang menggunakan produk kecantikan tetapi lebih suka kepada
produk penjagaan seperti pencuci muka, repair/night krim dll produk penjagaan
(sangat susah mencari yang sesuai dengan kulit). Bagi yang mengalami masalah
seperti saya… sila lihat ingredient. Saya tak pandai sangat… tapi saya guna
pesan doc kat saya… cari produk yang soap and perfume free. Jadi biasanya tak
wangilah….
Apapun yang kita calitkan… jangan lupa senyum… senyum buat muka kita
lebih berseri tanpa perlu sebarang calitan dimuka…
Senyumlah….
Friday, November 02, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
penjagaan bayam
Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...
-
Baru baru ini ada yang request note lagu melayu kanak-kanak… so kita layan request ni…. Lagu pertama lagu Rasa Sayang Menggunaka...
-
Post yang lain dari yang lain… Di internet sangat banyak nota chord guitar… Susah betul nak dapat nota piano… Jadi saya nak...
-
Lagu Kenangan Terindah nyanyian Samson. note ini mempunyai 10 keys. Aku yang lemah tanpamu BB A AG GAB Aku...



