Cik Penyu yang tak pemalu |
Mula-mula di kaunter tiket... Mak Oooi. ramainya manusia. beratur panjang sungguh. tapi kaunter sangat efektif. Jadi walaupun ramai, tak sampai sejam dah dapat tiket. Adalah dalam 40 minit tunggu. huh huh rupanya bukan sahaja di kaunter ramai. Dalam akuaria tu pun ramai. Memang tak seronok nak tengok ikan-ikan dalam ramai-ramai orang. bersesak lah. udara pun dah tak nyaman. Memang rimas. Nasihat saya... kalau nak pergi akuaria, ambil lah cuti. Pergi Weekdays. rasanya baru boleh menikmati ikan-ikan tu.
Seperti biasa, pergi lawatan kemana-mana, ambil servis gambar. Tapi saya memang tak puas hati dengan dengan gambar. Caj yang dikenakan pun mahal. RM40. Kualiti gambar sangat menghampakan. gelap dan pudar.
agaknya macam ni lah sandy tupai dalam sponge bob tu |
Amaze... |
Che Ah memang tak kelip mata... tengok ikan engan muka yang sangat kagum. Agaknya dia fikir macam mana ikan-ikan ni duduk dalam air....
No comments:
Post a Comment