Mama
Andai kau tahu betapa dalam cinta ku…
Pasti kau bahagia selalu
Andai kau tahu rindu ku pada mu
Pasti akan kau terharu…
Namun lidah ini kelu
Setiap kali memandang wajah mu..
Lidah ini juga terkedu
Mengenang dosa-dosa lalu
Entah telah kau ampun atau tidak
Kerana aku yang melukakan hati mu
Mama
Tak mahu aku gambarkan
Andai aku kehilangan mu
Bagai jasad ku yang kehilangan nyawa
Kerana engkau sumber aku berusaha
Kerana itu doa ku pohon pada Nya
Panjangkanlah nyawa mama
Agar aku masih banyak sebab untuk berusaha
Andai mama sudah tidak berdaya
Akan ku tatang bagai anak manja
Tidak mahu ku lihat kau berduka
Sanggup ku ambil semua derita
mama
Pada mu sentiasa ku tabur
Doa-doa agar kau sentiasa subur
Kau berkati lah aku selalu
Kerana aku amat memerlukan yang itu..
Suku abad usia ku
Aku masih perlukan kasih mu
No comments:
Post a Comment