Memang dah lama tak menjengah blog, apa lagi nak menulis. Sekarang tengah Extremly sibuk. Kerja memang tengah dalam mode laju dan deras mengalir masuk ke atas meja. Waktu ini jugalah nak jugalah nak screening budget untuk RMK second rolling. Tangan yang dua kerat memang tak terkejar. Apalagi TKSU yang saya sayangi tu suka betul buat mesyuarat jam 5 petang. Habis mestilah malam kan. Nasib baik ada boss dan rakan kerja yang sudi bergilir ke meeting. Kalau tak susahlah saya. Nampak sangat boss besar saya tu sangat sibuk sampai terpaksa buat meeting di luar waktu kerja.
Dua minggu yang sangat memenatkan. Cik Wan sibuk ajak pindah rumah. Cuti panjang katanya (hari isnin cuti ganti hari pekerja). Memang susah nak minta cuti sekarang. Cik Wan pun susah (sebab ada audit), saya pun susah nak cuti (mengenang kerja yang bertimbun). Tapi akhirnya saya mohon juga cuti hari selasa dan rabu. Menguruskan urusan rumah yang baru pindah. Itu pun pagi-pagi singgah dulu office hantar laporan yang urgent. Ambil cuti pun tak aman… telefon sentiasa berdering. Susah betul hati saya sampai saya boleh bawa kereta tersondol belakang kereta orang…
Huh u… terkejut betul saya. Nasib baik kereta dia tak ada apa-apa. Tapi kami berhenti juga tepi. Saya tak tahu salah siapa. Pelik jugak sebab kereta kenari tu tiba-tiba berhenti time sepatutnya jalan. Saya pun tak perasan. Itu bawak tak sampai 5 km/j. Sebab kat traffic light (mertilah perlahan kan…). Wira saya calar. Lampu belakang kenari tu tercabut sikit. Tapi tak tanggal dan masih berfungsi. Banyak kali jugak saya minta maaf pada pakcik beserban tu. Tapi muka pakcik tu releks saja. Ya lah. Accident tersangatlah minor…. Walaupun saya tinggalkan no telefon saya, sampai sekarang pakcik tu tak claim ganti rugi… bagus lah. Syukur. Semoga tuhan memurahkan rezeki pak cik yang saya lupa Tanya nama tu.
Itulah… kepala otak saya memang tengah bercelaru… office call memanjang… report baru minta nak siap cepat… kerja pun menimbun… pindah rumah lagi… nak jadi cerita… draw duit kat CIMB ATM ditelannya RM 400 saya. Ni tengah nak buat tuntutan kat CIMB lah ni… nasib baik pak cik tu tak buat tuntutan kat saya pulak…. Tapi memang seronok hidup macam ni… penuh masalah dan cabaran. Baru rasa asam garam hidup. Kalau tak rasa pudar sahaja….
Teringat bait-bait lagu…
“ hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam berpanjangan
Itulah lukisan alam… begitu aturan tuhan
Jadilah rumput yang lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik di landa badai…….”
Emmm… semoga saya pun terus dan bertambah gagah dalam mengharungi kehidupan. Mengenang cabaran yang dilalui sekarang menjadikan saya tak sabar untuk menempuh cabaran akan datang. Semoga tuhan juga sentiasa melindungi saya dari kejahatan hambanya dan kecelakaan dunia dan akhirat. Semoga urusan saya dipermudahkan sentiasa seperti selalunya…
No comments:
Post a Comment