Thursday, May 26, 2011

Tiba-tiba teringat 2; Umpama Bilah Pedang...



Yang saya maksudkan adalah masa. Saya nak coretkan tentang masa sebab saya rasa masa saya di office untuk buat kerja macam tak cukup sahaja. Tak keluar makan tengahari pun masih tak cukup. Datang awal dan balik lambat pun masih tak cukup. Ada rasa macam nak ambikl PA. Itu pun staff saya di depan bilik ni dah declare jadi PA saya. Sebab banyak sangat uruskan hal saya agaknya. Tolong taipkan untuk saya… malah kemaskan bilik untuk saya pun selalu. Untung saya kerani yang setia macam tu. Bukan senang nak cari kerani yang sanggup buat kerja diluar tugas hakiki.

Cerita pasal masa…. Semasa masuk kesekolah asrama.. saya selalu mengadu… tapi tak ada pun orang dengar (sebab dalam hati sahaja). Saya rasa tak ada masa. Sibuk lah (maklumlah active student… hehe). Kerja sekolah memang berlambak. Boarding school… standardlah..

Tapi saya rasa Tuhan dengar semua bebelan hati saya. Dia makbulkan untuk bagi saya banyakkkkkk masa. Memang banyak masa yang diberikan untuk saya. Cukup banyak. Sampai saya menangis tak tahu nak buat apa untuk isi masa.

Macam mana ye …?

Tuhan Maha adil. Diberi satu diambil satu. Ada keperitan dikedua-duanya. Diberi saya masa… diambil kenikmatan tidur. Percaya atau tidak saya tidur 5 jam untuk tempoh 48 jam. Maknanya saya tidur sekali dalam dua hari, berselang seli. Bukan saya saja tak hendak tidur,  tapi memang saya tak boleh tidur. Macam mana saya cuba tidur pun memang tak boleh tidur. Kalau nak tidur kenalah tunggu malam berikutnya. Baru boleh tidur. Saya tidur memang lena. Dua tahun begitu… sepanjang saya tidur tak pernah bermimpi. Memang tidur yang berkualiti. Maklumlah tidur dua hari sekali. saya akan lena dalam pukul 12 dan secara automatik akan bangun jam 5 pagi.  Doktor pernah beri ubat tidur, tapi kata mama dan abah kalau tak mengundang padah buat apa ubat tidur. Cuma sepanjang dua tahun itu saya kerap demam. Demam yang sangat panas.. sebab badan saya tak tahan dengan metabolism saya yang sangat tinggi (itulah sebab doctor kata kenapa saya tidur dua hari sekali).Pelik tapi benar... saya tak mengantuk dalam kelas... saya aktif bersukan, berpesatuan, berdebat dan pidato.

Apa saya buat???

Memang peritlah tak boleh tidur. Mula-mula saya habiskan kerja rumah. Kalau saya rajin saya studi lah. Tapi biasanya saya ni malas. Dah tak tahu nak buat apa saya mengaji. Boleh habis satu juzuk satu malam. Solehah betul saya dulu. Dah tak tahu nak buat apa. Saya baring dan pejam mata. Konon macam tidurlah. Tapi tak pun. Waktu nilah saya paling sayu. Sebulan yang pertama ok lagi. Masuk 4 – 5 bulan saya sayu… tengah malam tengok kawan-kawan tidur tapi saya… perasaan saya bercampur baur. Kadang-kadang sayu sangat. Mengangis.. rasa sunyi. Rasa kecil dan kerdil dibanding dengan alam sunyi. Tapi kadang-kadang saya rasa tenang. Tenang yang saya dah tak pernah lagi rasa sekarang. Tapi Alhamdulillah saya tak pernah alami peristiwa pelik.

Kalau Tanya saya sekarang… cukuplah pengalaman tu. Saya dah tak nak lalui lagi… Sebab tu sekarang walaupun rasa kurang masa saya berusaha untuk jadi lebih tajam dari mata pedang supaya saya boleh potong balik masa tu.

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...