Walaupun 16 mei dah lepas saya tetap nak coretkan pasal hari guru. Pertamanya saya nak ucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah diluluskan kenaikan pangkat dan pelbagai lagi insentif yang saya kira membawa kebaikan kepada guru-guru. Saya kira sepatutnya insentif seperti itu telah lama berlaku kerana bagi saya profesion perguruan adalah profesion yang paling kritikal. Daripada guru ini lahirnya golongan-golongan Pembina negara bermula dari yang memimpin, yang berniaga, dari setinggi gaji berjuta hinggalah yang mengemis di tepi jalan. Mungkin tidak boleh disalahkan guru sepenuhnya akan riwayat akhir sesorang itu, namun ia tetap diberi tunas oleh si pengajar yang bergelar guru.
Sebab itu saya katakan dalam banyak-banyak, profesion yang paling kritikal ialah guru. Bukan saya sahaja yang cakap begitu. Dari sekian dulu lagi jagat melayu pun akur dengan kepentingan guru. Kalau tidak tak akan terwujud pepatah
‘kalau guru kencing berdiri… murid kencing berlari’
‘berguru kepalang ajar… ibarat bunga kembang tak jadi’
Dan macam-macamlagi lah pepatah tentang guru. Tak pernah lagi saya jumpa pepatah tentang doctor, tentang jurutera, tentang ptd (he he). Dipendekkan cerita, guru sememangnya telah lama berada dekat dihati masyarakat.
Malah profesion guru diangkat dalam ruh agama islam sendiri. Sebab itu antara babak akhir doa disebut
‘ampunilah dosa-dosa muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, mujahidin dan mujahidat , muallimin dan mualimat (guru lelaki dan guru perempuan)…….’
Kalau diikutkan doa yang kita baca hari-hari ini, Nampak jelas bagaimana martabat guru ini diangkat sejelas orang yang berjihad ke jalan Allah.
Rujuk kembali dua pepatah yang saya coret tadi…. Saya kira dua pepatah ini amat menarik. Dua pepatah ini cuba memberitahu kita bahawa peranan guru amat penting. Kalau guru pun bermasalah akan lahirlah generasi bermasalah. Kalau guru cukup proaktif maka lahirlah generasi berjaya.
Semasa zaman saya belajar… nak jadi doctor mesti PNGK 3.4 ke atas (sekarang kena 4 flat), nak jadi engineer mesti 3.0 ke atas. Mungkin kerana demand dari pelajar tinggi, maka persaingan jadi sengit. Hanya yang mempunyai gred tertinggi akan dapat.
Bagi saya ia agak janggal… sepatutnya yang terbaiklah yang sepatutnya menjadi guru… bagi saya hanya yang cemerlang akan melahirkan kecemerlangan. Kerana itu kita lihat generasi dahulu… sebelum merdeka… profesion yang paling terbaik untuk Melayu ketika itu adalah guru. Maka anak-anak Melayu yang terbaik ketika itu menjadi guru… maka lahirlah generasi kita yang mengangkat martabat negara. Yang berbudaya… yang berbahasa… kerana di ajar oleh yang terbaik. Di didik oleh insan yang mengerti konsep mengilhamkan harapan untuk mencipta masa depan (saya tiru misi UKM sebab saya rasa sangat ideal dengan guru). Ya… dia adalah orang paling dekat untuk mengilhamkan harapan kepada muridnya supaya murid tersebut dapat mencipta masa depannya…
Berlainan dengan sekarang. Yang terbaik jadi doctor… jadi engineer … jadi lowyer… jadi PTD (he he) , kerana minat anak-anak melayu sudah berubah. Sama seperti saya (tapi saya bukanlah yang terbaik…). Guru tidak lagi menjadi kerjaya yang diminati. Namun saya tidak menolak beberapa rakan saya yang cukup bijaksana menolak tawaran doctor… engineer, lawyer… akauntan malah belajar di luar negara semata-mata mahu menjadi guru beracuan budaya bangsa. Saya percaya rakan-rakan saya ini, ,malah guru guru diluar sana yang mengabdikan diri untuk negara bangsa… pasti merupakan insan-insan yang cemerlang dalam memikul tanggungjawab dan amanah ini.
SAYA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU UNTUK MAMA DAN ABAH
PESARA-PESARA GURU YANG TELAH MENYEMAI BAKTI
GURU-GURU YANG SEDANG GIGIH BEKERJA
SERTA
BAKAL-BAKAL GURU
(SUPAYA MENDAPAT SPIRIT PERJUANGAN GURU HENDAKNYA…)
No comments:
Post a Comment