Lebih kurang dua minggu lepas, semasa perbentang rang undang-undang tambahan bagi belanjawan 2011 dibahaskan di parlimen;
Semasa saya baru masuk ke bilik pegawai bertugas, saya dapati giliran kementerian masih lambat lagi. Baru kementerian Wanita… tiada topiK menarik. Saya buka majalah yang saya baru beli semalam… sambil memerhati kelibat rakan-rakan saya…
emm… urusetia pun belum sampai.. jam saya menunjukkan pukul 3 petang. Kesesakkan jalan agaknya..
Sedar tak sedar rupanya sudah giliran kementerian pelajaran. Tersedar apabila Parlimen Kinabatangan bersuara. Ha ha suaranya memang saya cam sangat. Mohon sekolah agama di parlimennya untuk keperluan anak bangsanya yang berugama islam.. Dalam hati saya, saya sanjung ahli parlimen ini. Walaupun mulutnya kadang kala tebal telinga menengarnya, namun diperjuangkan juga pembangunan rakyatnya. Di sana projek jalan raya sudah dalam tangan. Entah sudah mula atau belum saya kurang pasti. Pastinya ia adalah projek rmk-10. Sekarang diperjuangkan pula pendidikan rakyat nya…. Bertuah penduduk Kinabatangan… dapat satu sekolah agama kalau diluluskan
Bangun pula ahli parlimen balik pulau… memperjuangan isu guru cemerlang yang tertindas dan diperjuangkan juga kebebasan akedemik dalam negara. Tatkala itu, saya sudah mula pasang telinga.
Asalnya saya tidak faham apa yang ‘balik pulau’ maksudkan dengan kebebasan akedamik… kerana sekarang pun rakyat Malaysia bebas melanjutkan pelajaran. Rupanya beliau tertinggal satu frasa… ‘ kebebasan Institusi Akedemik’. Di dalamkan lagi maksudnya… kebebasan institusi akedemik untuk berhubung dan membuat hubungan dengan semua elemen yang mengundang kebaikan dan pembangunan institusi tersebut. Ironinya sekarang ahli politik tidak dibenarkan masuk atau campur tangan dalam urusan sekolah atau institusi pengajian tinggi. justeru mengundang kepayahan phak beliau dalam memberi sumbangan maksimum kepada institusi pelajaran setempat dan sering disalah ertikan...
Kalau benar yang diperjuangkan adalah untuk pembangunan pendidikan… dalam hati saya pasti boleh. Namun seandainyanya perkara ini terjadi… tanggungjawab terletak dibahu kakitangan kerajaan atau yang paling hampir adalah guru-guru kita. Pastinya ada yang yang ikhlas untuk membangunkan anak bangsa, dan pastinya juga tidak lari daripada yang mengambil kesempatan terhadap anak bangsa.
Anak-anak ini adalah rebung dan mudah menerima apasaja yang diserap. Sehubungan dengan itu, persekitaran yang kondusif dan sesuai perlu diwujudkan supaya Institusi pendidikan dapat mencorakkan generasi yang berusaha membangunkan negara dan bukan yang merosakkan anak bangsa. Sebenarnya amat sesuai sekali anak-anak ini dipelihara dengan arus neutral yang memberi kebebasan kecapaian akal kreatif optimum tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Namun untuk memungkinkan campurtangan ahli politik yang membawa pengaruh neutral agak sukar….
Justeru, kebebasan Institusi Akedemik perlu dipelihara hadnya supaya dapat dipastikan anak-anak ini tidak dikambing hitamkan. Apa yang kita harapkan… adalah kerjasama semua parti politik dalam memperjuangkan tahap pendidikan anak bangsa…. Seandainya campur tangan parti politik tidak akan menyerapkan fahaman malah lebih kepada kerjasama dan sokongan tanpa cuba untuk mencampuri urusan pentadbiran dan mengubah hala tuju yang ditetapkan oleh kementerian… mungkin dasar ini boleh dilaksanakan. Namun saya agak pesimis…ia sukar dilaksanakan lantaran cukup senang mengambil kesempatan untuk mempolitikkan isu-isu sebegini.
Saya pasti niat ada adalah murni… namun asam garam politik nasional cukup senang untuk dimengerti. Setiap ruang dan peluang yang ada akan digunakan menghasilkan serampang dua atau tiga mata… Ruang kebebasan ini digunakan dan mungkin akan disalah ertikan. Sama ada dipihak luar mahu pun tenaga dalam institusi perguruan. Menimbulkan lebih banyak propaganda dan mengundang kontroversi, terus mengubah aliran dan penumpuan…. Akhirnya… masyarakat hilang fokus kepada perkembangan pendidikan kerana terlalu banyak isu yang mengaburi sistem ini. Ini antara risiko tertinggi sekiranya kebebasan mutlak diberi…
Ambil contoh isu ‘interlok’ juga sudah memadai. Hanya sekuman isu dalam pendidikan dijadikan perhatian yang menggunung tinggi. Terus membantutkan fokus nyata yang perlu diberi. Walaupun bukan isu politik tapi kepada isu perkauman… nyata masyarakat Malaysia masih belum terbuka dalam persepsi ini… mengundang campur tangan pentadbiran tertinggi. Yang terumbang ambing adalah anak-anak yang menunggu novel apa yang mahu diberi…
Jika ditafsirkan Institusi Pendidikan hari ini tidak bebas juga tidak benar. Kebesasan tetap ada. Namun dipantau oleh kementerian. Cadangan kebebasan Institusi Pendidikan memang menarik dan mampu memangkinkan pembangunan institusi pendidikan dengan agreasif, namun memungkinkan perlaksanaannya memerlukan ketelitian modus operandi dan integrity yang tinggi…
SAYA??
Pernah menjadi mangsa kecelaruan sistem pendidikan nasional….
No comments:
Post a Comment