Friday, July 29, 2011

Mudah Dirasa... sukar diterangkan...


Ia mudah dikesan… namun sukar untuk diterangkan. bila dia datang menyapa terasa kehadirannya mengundang tumpuan ramai walaupun dia bukan sesiapa. Karisma sememangnya misteri yang sukar dirungkai. Karisma seolah cahaya yang terpancar yang menarik kita untuk terus menatapnya dan mengundang persepsi positif. Kata HAMKA… ada dua jenis karisma/cahaya…

Pertama adalah yang datang dari kuasa orang lain. Dia dilihat berkarisma kerana jawatannya, kekayaannya atau pun keturunannya. Contohnya seorang ahli politik disegani sepanjang kariernya sebagai ahli politik. Namun setelah jawatannya dilucut atau ditarik… sinar cahaya itu semakin suram….. itu cahaya dari bumi. Ketika dia hidup senang… Nampak karisma dan keyakinan yang menyerlah… muaknya berseri... Tetapi bila jatuh cahaya mukanya mula suram…..

Kedua adalah mereka yang dekat hubungannya dengan tuhan. Mereka ini mempunyai kerektor yang disegani walau bukan sesiapa. Cahaya terpancar dari seri wajahnya.dan tutur katanya… namun ia kembali suram seandainya dia terputus dengan tuhannya…

Itulah dua jenis cahaya. Cahaya dari langit dan dari bumi. Atau saya interpretasikan sebagai karisma. Kita mengkagumi mereka yang petah berkata-kata. Seperti Datuk fadilah Khamsah… karismanya dari celotehnya… sehingga sekarang kita mengkagumi Tun Dr M. karismanya datang dari kepimpinan dan kebijaksanaannya… kita mengkagumi  datuk Dr Harun Din dengan moral dan kepakaran dalam bidangnya yang tidak dapat dipertikaikan.,…ataupun DSAI yang karismanya datang dari bakat pidatonya yang luar biasa dan mampu mempengaruhi khalayak yang mendengarnya…

Itu yang sememangnya ada nama… dan sudah terkenal.. kadang-kadang kita bertembung dengan insan-insan yang tidak kita kenali… namun hati terasa dekat dan mesra bila bersama nya. Kita senang dengan kehadirannya dan kita ingati dia. Itu karisma luar biasa yang datang dari orang biasa.

Pada pandangan saya karisma boleh dibina… Tun Dr M diakui karisma bijaksananya kerana ketekunan beliau mempelajari banyak aspek. Buku tidak pernah lekang dari hidupnya. Sebelum beliau membuat keputusan untuk mengikat mata wang Malaysia… beliau habiskan satu malam untuk membaca buku yang menerangkan bagaimana ekonomi dunia bergerak dan berlangsung… dan disampaikan pada penasihatnya agar apa yang dibaca tidak disalah tafsir. Dikeluarkan pandangannya setelah beliau menganalsiis hasil pengetahuan beliau satu malam tersebut untuk dikaitkan dengan kajatuhan mata wang malayisia. Bila beliau membuat keputusan kita kagumi kebijaksanaannya sehingga kini dan kita gelarnya pakar ekonomi… namun bila kita tahu rahsianya… saya percaya orang seperti kita juga boleh bijaksana…

Kerana itu saya percaya karisma datang atas kehendak kita. Karisma bukan satu anugerah yang dipilih hanya ada pada mereka yang terpilih. Kesalahan yang sering kita lakukan bila kita hanya mengkagumi karisma seseorang tanpa cuba mengorek rahsia dari mana karisma itu datang. Ia mampu hadir dengan kesungguhan dan keyakinan.

Kita memilih untuk menjadi seperti diri kita sekarang….

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...