Memang benar kata orang… lain padang lain belalang…
Sesetengah rakan senang untuk menyampaikan pengetahuannya kepada orang lain. Tetapi ada juga yang bersikap introvert yang lebih senang mendengar dari berbicara.
Tidak pernah saya kategorikan orang introvert ini tidak mempunyai pandangan atau tidak arif tentang topic perbincangan. Malah saya cukup optimis bahawa mereka yang bersifat seperti ini cukup terang ilmu di dada. Golongan introvert membuat penilaian dan pemerhatian yang mendalam tentang topic yang dibincangkan. Walau tidak diluahkan bersetuju atau pun sebaliknya.
Malah kita mungkin diketawakannya (dalam hatinya sahaja)… mendengar kecetekkan kita berbicara. Kita sering meluahkan kita tahu tentang itu dan ini
“Alah aku sebenarnya dah tahu dah. Cuma aku tak cakap saja….”
“ Kalau kau nak tahu sebenarnya….”
Sedangkan golongan pemerhati ini lebih senang melihat keletah rakan-rakan diskusi menonjolkan pengetahuan masing-masing… Diam ubi berisi. Golongan pemerhati mempunyai mata yang tajam dan analisis yang kritikal. Mereka ini perlu diberi perhatian… namun mereka sering dipinggir kerana karektor mereka yang sederhana dan tidak suka menonjol…
Saya percaya kata Hamka. Yang diam itu lebih tinggi ilmunya. Dia bercakap bila perlu atau hanya bila diminta… namun mampu menggegarkan jiwa kita yang mendengarnya.
No comments:
Post a Comment