Monday, July 18, 2011

persepsi roses yang salah...

ramai rakan saya yang beranggapan mawar adalah bunga yang manja.... perlu dibelai... perlu perhatian...
emmm... saya rasa salah lah...
mawar antara pokok berbunga yang paling senang dijaga. tahan lasak mengikut cuaca di malaysia... direct sunlight... air banyak... sesuai dengan cuaca malaysia yang panas dan lembab. walau tak di siram tiga hari pun daunnya masih segar.... kan lasak tu... lebih mudah membesar dengan di atas tanah berbanding pasu bunga... (semua pokok pun macam tu)...

ramai yang salah persepsi tentang mawar yang kononnya berasal dari iklim sejuk dan tumbuh segar di di tanah tinggi cameron... 
namun mawar adalah tumbuhan yang senang terubahsuai genetik untuk beradaptasi dengan cuaca persekitaran...
ramai yang lupa antara spesis mawar yang ada, terdapat yang tumbuh meliar di hutan-hutan khatulistiwa...
bagi yang menggemari bunga mawar.... namun takut untuk memelihara...
persepsi itu perlu dibuang...
beli baka pokok bunga mawar 'kampung' atau versi malaysia yang tidak memerlukan iklim sejuk. tidak digalakkan membeli dari tanah tinggi di malaysia... biasanya bunganya lebih kecil dan harum. namun dengan bio-genetik yang berkembang... ada spesis lasak yang berbunga besar...

SAYA...
Mawar putih saya tidak pernah putus berbunga....
Pernah 4 hari tak siram pokok sebab balik kampung...

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...