Friday, July 29, 2011

Saya seorang pensyarah???


Minnggu ini saya kerap tidur lewat. Bukan kerana kerja atau pun keperluan. Tapi kerana mata saya tak mahu lelap. Jadi saya habiskan masa untuk membaca buku-buku koleksi yang tersimpan rapi. Kadang-kadang fikiran saya melayang-layang.

Hati saya berbisik… kalau saya bukan seorang PTD pasti sekarang saya seorang pensyarah di Universiti Malaya. Surat dari dekan Fakulti sains masih saya simpan sampai sekarang. Kalau dulu saya tidak yakin dengan pilihan kerana pensyarah memang cita-cita saya. Namun kini hati saya tetap. Saya telah memilih yang terbaik untuk diri.

Hah… dah jam 3 pagi… saya dok senyum sorang-sorang. Ada sebab mengapa saya tolak untuk jadi pensyarah. Pertama kerana saya graduan sains bahan yang mempunyai rekod kajian dalam metalurgi (kaji logam), tapi bidang yang ditawarkan adalah radioaktif yang kebih kepada konsep fizik atau fizik nuclear. Kurang ngam sikit dengan fizik bahan macam saya. Saya takut nanti saya bosan…Emmm ada juga sebuah IPTA tempatan yang menawarkan untuk saya betul-betul bidang yang saya minati (metalurgi).

Cerita berbunyi begini… saya menghadiri sesi temuduga saringan pertama IPTA ini. Saya lihat ramai calon yang sedang menunggu. Saya amati senarai calon tersebut… emmm calon untuk pensyarah metalurgi Cuma 7 orang. Tak menghairankan. Sebab bidang metalurgi agak asing dimalaysia secara akademik. Universiti saya adalah perintis bidang ini. Saya selusuri nama pesaing saya. Hampir kesemuanya saya kenali. Semuanya senior saya dalam bidang yang sama di Universiti. Terus saya cari-muka-muka yang sepatutnya saya kenal ini. Kebanyakkan mereka fasilitator , tutor dan lab demo saya ketika saya under graduate. Lama saya berbual. Hinggalah tiba giliran saya. 

Sesi interview berlangsung dalam 100% menggunakan bukan bahasa kebangsaan. Saya layan… hampir kesemua soalan yang diberi saya tidak dapat jawab. Tapi tetap saya layan dan maintain cool. Mungkin kerana keramahan dan kepetahan saya walaupun tak dapat jawab soalan menarik hati ketiga-tiga penemuduga yang kesemuanya melayu itu…. Dan akhirnya mengherat sesi temuduga itu kepada perbualan yang tiada kaitan dek kerana keramahan penemuduga juga. Saya terus layan sehingga kanta cermin mata saya tiba-tiba retak tidak semena-mena. Ketiga penemuduga terkejut. 

Kata saya … ia tidak menghairankan. Bilik tuan sangat sejuk sedangkan cuaca diluar panas. Molekul cermin saya hanya cuba beradaptasi dengan suhu sejuk ini sehingga menyebabkan nya pecah. Mungkin juga sudah wujud kecacatan dalaman yang menyebabkan titik tumpuan rayapan terhasil dan suhu sejuk menjadi pemankin. Sifat kerapuhan paling tinggi ketika cuaca sejuk…b kalau tuan amati kanta ini, ia adalah cekung menyebabkan tumpuan stress berlaku dikawasan nipis ini (sambil jari saya menunjuk dikawasan retak) jadi tak menghairankan keretakan berlaku disini...

Mungkin tragedy ini menjadikan saya satu-satunya calon yang layak ke tapisan kedua. Tapi sayangnya saya tak pergi… sebab penemuduga saya mempunyai persepsi negetif tentang Universiti saya…dan menyebabkan saya membatalkan hasrat untuk menjadi pensyarah Universiti yang di tubuhkan bermatlamatkan sasaran bumiputera itu. Yang saya dapat tangkap sebelum saya beredar kerana tetiba dia bertanya soalan yang setelah diterjemah dalam BM berikutlah:

“cik hasna…. University anda mengajar dan buat tesis semua dalam BM kan?:
“ Ya’
“dahulu kamu bersekolah dimana”
“sek menengah sains ####”
“ oh tak hairanlah awak boleh bercakap dengan baik dalam BI”
(ho ho sedangkan penemuduga ini tidak tahu saya memang terer cakap je)

Tapi apa maksud dengan kesimpulan yang dibuat oleh penemuduga ini… ha ha ‘Lu pikir lah sendiri’ kata nabil.

Spontan saya jawab
‘ tak tuan salah tu... Kalau tengok result spm BI saya didepan tuan  sangat teruk. Ia tidak membantu saya. Saya banyak belajar di Universiti saya. Kami mempunyai guru yang bagus..Selain itu, kami adalah johan debat BI di Malaysia malah dunia, kongklusi tuan adalah salah…’ lalu saya meminta izin untuk beredar… dan saya beredar dengan hati yang panas… 

Sebab ketika itu saya muda remaja lagi. Umur baru 26… tengah buat master. Bila saya fikir balik… bagus penemuduga tu… sebab walaupun saya sound dia… dia masih melayakkan saya untuk ke tapisan kedua… mungkin dia hanya ketawa mendengar jawapan sinis saya ketika itu… atau mungkin juga dia terasa ada kebenarannya akata saya..dan saya pun mungkin saya terbawa-bawa kerektor pendebat saya yang memang suka menjawab….

Emmm tak baik - tak baik.

 Tapi dimana bumi saya pijak disitu langit saya junjung....
nasib baik saya tolak jadi pensyarah... kalau tak,  tak jadilah saya seperti sekarang...
takdir tuhan itu sememangnya adaldh  yang terbaik..


No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...