Kenyataan ini adalah BENAR, namun AMAT MENGECEWAKAN!!
Artikel ini adalah
terbitan sebuah akhbar perdana negara Rabu, 9 Oktober….
Persepsi pertama saya
ketika membaca tajuk yang ditulis besar ini adalah cukup negatif…. Perlukah tajuk
sebegini dipilih bagi artikel yang sepatutnya memotivasikan ini….
Penjurusan seterusnya saya
mengagak seolah anak-anak sekarang tidak perlu/tidak semestinya melanjutkan
pelajaran sekiranya mahu Berjaya…. Tajuk sebegini tidak memberikan gambaran
semangat BUDAYA ILMU yang patut menjadi agenda utama sebuah akhbar perdana yang
dibaca segenap pelusuk negara oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk
anak-anak sekolah…
Terus terang saya luahkan
yang saya sangat kecewa dengan penulisan dan gambaran yang diberikan oleh
artikel yang menjadi fokus utama sisipan pada hari itu…. Bukan tidak percaya
dengan apa yang menjadi prinsip usahawan cilik ini (malah usaha yang dilakukan
oleh usahawan muda ini patut diberi pujian), malah saya pernah mewar-warkan
pada beberapa artikel yang merupakan hemat pribadi saya bahawa “TAHAP
PENDIDIKAN BUKAN KAYU UKUR KAJAYAAN”. Boleh sahaja soroti kembali penulisan
seperti di bawah….. 3 penulisan ini sudah mengambarkan betapa saya menyokong pembudayaan ilmu namun bersetuju bukan penentu ukur kejayaan.....
Guru Paling Hebat!!
Diluar Lingkungan
Anak kucing Jadi Harimau
Guru Paling Hebat!!
Diluar Lingkungan
Anak kucing Jadi Harimau
Namun artikel temuramah
ini jelas sekali meranapkan pembudayaan ilmu dan dan dasar pendidikan nasional
dalam melahirkan para graduan yang berkemahiran…. Juga menjadi satu pengaruh
tidak sihat dikalangan para penuntut ilmu terutama yang masih cilik dan cetek
pemikirannya….
Ijazah itu bagi saya lebih
kepada satu pembudayaan ilmu dan pembangunan pemikiran yang lebih analitis dan
kritis… Berjaya memiliki ijazah sememangnya bukan penentu ukur Berjaya dalam
hidup..
Analoginya mudah… Sekiranya
seseorang yang memiliki ijazah pun komited dalam menjadi seorang usahawan…. Dia
pasti juga menjadi seorang usahawan yang berjaya… Dipermudahkan cerita samaada
seseorang itu memiliki ijazah atau tidak… dia tetap mempunyai kebarangkalian
untuk Berjaya menjadi usahawan selagi mana dia komited dan berusaha tanpa putus
asa.
MAKA MEMILIKI IJAZAH ITU SEBENARNYA BUKAN SATU
PERSOALAN YANG PERLU DITIMBULKAN ATAU DIPERBANDINGKAN.
Pada Hemat Saya…. Sebagai generasi
yang hidup dalam dunia yang mempunyai kemudahan menuntut ilmu adalah sangat
wajar kita menggalakkan dan mencabar diri sendiri, komuniti dan generasi
seterusnya dalam menuntut ilmu setinggi mana pun yang boleh. Jika mahu berniaga
teruskan… namun jangan ketepikan pembudayaan ilmu dan budaya menuntut ilmu di
menara gading…. Hari ini kita mungkin tidak terfikir akan kesan negatif ini
namun kita tidak mahu suatu hari nanti kita mendengar alasan anak-anak muda
kita
“ saya tidak mahu belajar lagi
kerana tanpa SPM/Diploma/Ijazah pun saya boleh Berjaya…”
Ironinya kenyataan ini sudah pun didengari
oleh rakan-rakan perguruan seluruh negara………
No comments:
Post a Comment