Apa kaitan ketiganya ya??
Akhirnya berjaya jugak tukar pasu MyChikKemboja... dari awal tahun lagi nak tukar pasu... tak terbeli-beli pasu... Yeay...
Semalam ajak jugak En Habib gi beli pasu...
Ambil yang besar terus... senang... ingat lepas ni dah tak payah lah nak tukar lagiii... Bersusah payah nak keluarkan MyChikKemboja yang akar dia dah berselirat memenuhi pasu lama...
dengan harapan dapatlah MyChikKemboja dapatlah tinggi lebih kurang semeter lagi.... tak leh besar-besar sangat sebab rumah pun sekangkang kera sahaja..
Cerita pasal Kera ... semalam si monyet masuk dapur... tengok monyet tu terkejut monyet jugaklah saya yang ketika itu baru lepas solat asar dan baru nak kedapur menggoreng cucur jagung yang dah dibancuh adunan tadi... mujurlah bancuhan itu saya tutup elok dalam bekas... punyalah saya panic... takut dia ketengah rumah... saya suruh adik dan kakak lari naik atas... Macam monyet nampak ularlah jugak adik dengan kakak memanjat tangga ketakutan..
jadi rezeki monyet sebatang jagung yang saya letakkan sebelah sinki... inilah pertama kali nampak monyet tu disini... tak pernah nampak lagi masuk dalam taman perumahan saya... agaknya sebab projek baru naik kat belakang sana ... hutan lalang dah di tebang... Haahhh.. Monyet kat kajang... dah tak leh nak letak2 makanan kat sinki tu... tingkap bergrill pun dia boleh masuk...
layan gambar MyChikKemboja. pasu kat sebelah tu pun besar jugak... tapi dah nampak kecik dengan kebesaran pasu ni...
Tak dapatlah Kakak nak memetik bunga sebab dah tinggi banyak dari kakak bila dah tukar pasu ni.
Monday, September 21, 2015
Friday, September 18, 2015
Pembajaan Tanaman
Sebelum saya terlupa... baik sendiri buat catitan... senang nak refer nanti...
Nutrient utama bagi tumbuhan sifirnya NPK (Nitrogen, Fosforus dan Kalium). Micronutrient yang lain banyak... tapi tak yah ceritalah kan... penat nak ingat... kita ingat yang penting sahaja... buat bela pokok2 depan rumah..
Nitrogen untuk kesuburan daun
Fosforus untuk pertumbuhan akar
dan Kalium untuk penghasilan bunga dan buah...
Baja serbaguna biasanya dah ada kesemua kandungan nutrient ini... so tak payah pening2. tapi bila pokok yang sepatutnya bunga tapi tak bunga-bunga... ada sesuatu yang tak kenalah...
Baja bunga biasanya akan lebih kandungan kalium...
baja semula jadi daripada sisa hidup yang boleh digunakan:
kalau ikut kandungan sisa ini, sisa tumbuhan paling tinggi kalium. Begitu juga dengan sisa ikan... walaubagaimanapun mengikut orang yang lebih berpengalaman ... sisa ikan sangat sesuai untuk tanaman sayuran... tanaman bungaan tak pasti pulak..
ok. nampak tak yang Mak Cik Tani tengah singgah sekejap kat diri ini...

Tinja
Kelawar, nitrogen 12%, fosforus 8%, kalium
3%
Ayam, nitrogen 1%, fosforus 1.5%, kalium
0.5%
Arnab, nitrogen 2%, fosforus 1.5%, kalium
0.5%
Kambing biri-biri, nitrogen 0.5%, fosforus
0.3%, kalium 0.8%
Sisa Dapur
Serbuk kopi, nitrogen 2%, fosforus 0.4%,
kalium 0.25%
Serbuk teh, nitrogen 4%, fosforus 0.2%,
kalium 0.3%
Air ikan, nitrogen 4%, fosforus 4%, kalium
1%
Sisa ikan, nitrogen 7.5%, fosforus 10%,
kalium 4%
Sisa Tumbuhan
Paku pakis kering, nitrogen 2%, fosforus
0%, kalium 3%
Kompos, nitrogen 0.5%, fosforus 0.25%,
kalium 1%
Keratan rumput, nitrogen 1.2%, fosforus
0.3%, kalium 2%
Rumpai laut kering, nitrogen 2%, fosforus
0.5%, kalium 2%
Abu kayu, nitrogen 0.1%, fosforus 0.5%,
kalium 10%
kalau ikut kandungan sisa ini, sisa tumbuhan paling tinggi kalium. Begitu juga dengan sisa ikan... walaubagaimanapun mengikut orang yang lebih berpengalaman ... sisa ikan sangat sesuai untuk tanaman sayuran... tanaman bungaan tak pasti pulak..
ok. nampak tak yang Mak Cik Tani tengah singgah sekejap kat diri ini...
Thursday, September 17, 2015
Menyemai benih dari kecil.
Memorinya agak sudah kelabu kerana ketika itu saya mungkin baru darjah satu atau tadika atau apa-apa yang masih seangkatan dengannya. Abah yang mencangkul batas. benih yang ditanam ada bendi, kacang buncis, Jagung. Kami ketika itu bermusafir di Pengkalan Hulu Perak. Dibelakang rumah ada pokok Ubi Kayu. Itu yang saya tahu namanya... yang lain belum sampai dalam kamus bahasa akal saya ketika itu.
bermain tanah bagi anak-anak kecil seperti saya ketika itu satu keseronokan... berlumpur, di selubungi kotor tanah , mencangkul, mengorek kelihatan menarik sekali... itu antara memori paling lama antara saya dan bertani yang masih saya ingat...
Usai remaja, saya sentiasa dikerah merumput sekeliling rumah... menyiram.... dan lain-lain perkara mengenai bercucuk tanam yang ketika itu jiwa saya melihatnya dengan penuh bosan... Ketika itu kami sudah pun bermaustatin di kediaman sekarang di Selama Perak. Pun begitu, sekeliling rumah menjadi habuan permainan saya... saya bina buaian dibawah pokok limau Bali yang kelihatan paling gah dibelakang rumah. Seingat saya itu menjadi tempat saya menghafal syarahan-syarakan mahupun cerita-cerita yang selalu saya pertandingkan di sekolah. Belakang setor ada sepohon sukun... saya ceracakkan batang-batang kayu pada lubang dinding stor dan jadikan atap ditepinya... dapat saya dirikan pondok buruk saya seketika melayan buku siri 5 sekawan sebelum dimusnahkan oleh rakan sepermaian. Bunga-bunga yang ditanam Mama seringkali menjadi mangsa permaian masak-masak kami adik-beradik... berpuluh tahun menyemai sekeliling rumah... rumah abah dan mama sekarang seperti taman.
Dibesarkan dengan suasana yang menghijau semenjak kecil menajadikan mata yang semakin tua ini ingin mengekalkan suasana yang serupa. Dalam kesempitan waktu yang ada, rumah sekangkang kera yang dibeli tahun 2012 ini dihuni dan dikongsi dengan bersama dengan beberapa batang pokok penyeri pandangan. Namun, kerana tak dijaga rapi, banyak pokok yang akhirnya mati. Pun begitu masih banyak yang dapat berdikari dengan layanan tenggelam timbul dari kami. Pejam celik sudah 4 tahun hidup kami disini ditemani oleh si pohon Kemboja yang harum, pohon buloh yang semakin manambah bilangan batang, dua pasu palm yang sudah perlu ditukar pasu untuk ditinggikan.. dan lain-lain pokok yang mejadi perintis laman ini seperti ...
Asal buloh ini hanya 2 batang. Perlu dirapi setiap bulan kalau nak kekalkan struktur bertingkat ini... |
Pohon kemboja kacuk yang sangat rajin berbunga... Bunganya harum sungguh!! |
Ada kelapangan saya merapi pokok-pokok dilaman... terutamanya si Pohon buloh yang selalu merimba. kadang-kadang abah dan mama yang datang dari kampung yang tolong rapikan...Bila teringat saya membaja... Pohon-pohon yang tinggal ini sememangnya
tahan lasak... pernah saya tak menyiram hampir 2 minggu!! Kasihan..... Ada masa saya menyemai anak-anak pokok... ditolong 2 orang petani cilik saya... nak menyemai suka bercucuk tanam biarlah dari kecilkan.
Sedar tak sedar juga... saya sudah di semai benih bertanam sejak kecil....
Semangat adik dan kakak memenuhkan tanah dalam pasu |
Hasil tangan kakak dan adik. tunggu sebulih merimbunlah nanti. |
Tuesday, September 15, 2015
Mudah Benar Disimpulkan...
Suka atau tidak aktiviti sosial zaman
ini didominasikan oleh media maya. Facebook menjadi penyumbang terbesar selain
instagram, tweeter dan lain-lain aps maya. Dan kita seringkali melihat rakan
taulan memuat naik status ‘check in’, gambar mahupun fe’feeling’. Ada yang
begitu aktif sehingga sentiasa update status…
Apa yang tidak
bagusnya mengenai gambar… ia membawa persepsi kepada penglihat. Pelbagai telahan
akan datang. Gambar-gambar pribadi pastinya yang indah-indah belaka. Kerana ia
telah dipilih dan pastinya istimewa. Gambar tidak menceritakan hal sebenar. Waima
gambar ‘selfie’ dengan senyuman manis mempersonakan belum tentu menceritakan
yang hati pen’selfie’ sedang gembira.
Hanya gambar ‘live’
didepan mata boleh menyingkap telahan yang mungkin benar. Dalam senyuman yang
dilihat kelat, mata sayu, dia masih mampu tersenyum.
Samada pemuat naik
tidak mempunyai apa-apa niat melainkan berkongsi atau sebarang niat yang baik…
gambar-gambar bahagian anda sedikit sebanyak akan membawa kepada pengharapan si
pelihat… seterusnya membawa kepada unsure perbandingan dengan si pelihat.
Benar. Gambar tidak
boleh berbicara. Namun mata mampu menjadikan hati sarat berpanglipurlara.
Melihat bahagia yang
lain akan dibandingkan dengan bahagian yang dikecapi sendiri.
Melihat kekayaan
orang lain akan di bandingkan dengan kekayaan diri sendiri
Melihat kecantikan
orang lain, dibandingkan dengan kecantikan diri sendiri…
Setidaknya… ada
hati-hati yang berkata “ bertuahnya menjadi Si A” sudahlah cantik, berkerjaya,
harta pun ada”
Ataupun “ wah
hebatnya… dia mampu kesana” dan dalam hati hanya mampu berharap. Menjadi seperti
itu
Percayalah… gambar
itu … status itu telah dipilih dan disaring …
Yang terbaik sahaja
dimuat naik.
Kerana itu…
Kita hanya melihat
yang cantik, yang baik, yang istimewa…
Justeru tak perlu
untuk kita merasakan ‘tidak beruntungnya” kita kerana terpaksa menjadi suri
rumah… atau berkerja siang dan malam atau dilanda kesibukkan, tidak mempunyai
keupayaan kewangan…….
Adil itu tidak
semestinya setara atau sama!!
Bukan mudah untuk
disimpulkan…
Friday, September 04, 2015
Piano Note : Aplikasi Gejet "Perfect Piano"
Topik piano hari ini tak ada kaitan dengan nota piano. Motif adalah memperkenalkan aplikasi android piano yang boleh di muat turun dalam telefon atau gejet pintar anda.
Jika anda membuat carian didalam Play Store atau mana-mana carian yang lain... banyak aplikasi bagi piano atau keyboard. Pada Hemat saya yang terbaik dalam kategori 'free' adalah Perfect Piano.
Mempunyai bilangan kunci 52 key menjadikan ia setaraf dengan key board saiz large. Kerana key board saya kat rumah pun hanya ada 42 key sahaja.... namun begitu nak appearkan kesemua key dalam satu skrin adalah mustahil untuk membuat petikan jari anda apatah lagi jika jari anda bersaiz besar dan android anda bersaiz kecil!. Justeru saiz key boleh di besarkankan mengikut kesusaian padanan jari dan skrin gejet.
Jika nak dibuat contoh skrin note 2 samsung yang bersaiz 125mm boleh memuatkan sehingga 10 key pada satu masa. justeru jika saya mempunyai 5 buah note2 dan di atur sebaris mengikut aturan key saya dapat memaparkan keseluruhan key dan bermain chord n note dengan kedua-dua belah jari (berangan je lah... tapi tak mustahil untuk dilakukan). namun rasanya labih baik jika dalam 7 ke 8 key yang menyamai saiz key sebenar. bilangan paparan key ini boleh diubah suai dalam setting dan masukkan bilangan visible key. Nota Piching tinggi dan rendah bolehlah diraraskan pada skrin di bahagian atas yang menunjukkan level key anda berada smaa ada nanda sedang menggunakan not picth rendah (kiri), medium (tengah) atau tinggi (kanan).
Aplikasikasi ini sesuai untuk semua peringkat umur dan kebolehan sama ada baru belajar atau tidak pernah langsung melihat atau memetik key piano. Mempunyai mode learning yang dilengkapi dengan panduan notasi siap tunjuk lagi nak tekan kat key mana kalau tak pandai baca note atau sheet. Mudahkan. Mode boleh diperlahankan supaya pengguna boleh mengikut tunjuk ajar perfect piano ini secara perlahan-lahan mengikut keupayaan pengguna. Pilihan lagu juga mengikut kebolehan. boleh pilih lagu peringkat biginner, medium dan selanjutnya. daripada lagu happy birthday sehingga lah lagu-lagu hebat. Lagu-lagu terkini juga disediakan namun pengguna perlu memuat turun.... Justeru anda boleh menjadikan aplikasi ini sebagai mainan si Comel anda !
Bagi yang gemar mengubah notasi, mode rekod juga disediakan... jadi anda boleh mengubah lagu dimana-mana anda berada tanpa membawa piano anda... ada ilham,.. terus buka aplikasi ini dan rekod rentak yang bermain difikiran anda. senangkan! anda juga boleh menulis notasi lagu pada paparan sheet dan perfect piano akan mainkan notasi lagu anda.
Hebatnya aplikasi ini, ia juga membenarkan paparan double layer keyboard. Justeru anda boleh memapar 2 level picth yang berbeza pada satu masa. tanpa perlu membuat pelarasan berkali-kali... Anda boleh cuba meneroka melihat banyak lagi fungsi-fungsi yang lain dan menyeronokkan.
Jika mahu mengasah minat dalam bermainkan piano, cubalah aplikasi ini dahulu tanpa kos sebelum anda membeli piano/keyboard sebenar!
Selamat Mencuba!!!
Peringatan!
Walaupun muzik boleh memangkin perkembangan sel otak ia adalah melalaikan. Pastikan anda mengutamakan perkara yang lebih penting dan solat di awal waktu. Awasi anak-anak anda.
PS# artikel ini itulis ketika En Habib sedang sibuk mencuba ukelele di sekolah muzik Aiesyah...

Wednesday, September 02, 2015
Pre scolar Abu Bakr
Start bulan 8 tempoh hari adik Abu Bakr dah ke tadika sama dengan kakak. Umurnya genap 3 tahun satu bulan. Kakak pergi tadika lebih awal. 2 tahun 4 bulan... kakak kan lahir bulan 12...
Adik Abu Bakr mamang tak ada masalah adapt dengan school. Dalam seminggu dah hilang dah sindrom rumah pengasuh... cepat belajar. Dah sebulan di tadika doa makan dan tidur dah hafal.. siap menyanyi nyanyi lagi.
Dah pandai pakai seluar. Tak berpampers kecuali waktu tidur dan buang air sendiri di tandas....
Gambar-gambar yg dikirimkan oleh teacher merangkap cu di sekolah....
Tuesday, September 01, 2015
Merdeka fairy
Aiesyah masuk pertandingan bakat.... baca sajak. Sikit pun sajaknya. Dlm seminit dah habis... hajat dihati nak pupuk confident dan brave... sebab kakak ni orangnya perempuan melayu terakir...
Ha ha... memang bonda pasrah je lah dihari bakat bertemakan merdeka tu... kot kakak gugup dan terus blur... Pertandingan pulak buat kat ABS Nasyrah Kajang... lagilah risau kakak ni gugup dengan teacher-teacher kat sana.
But finally it end well. Cukuplah untuk anak bonda yg manja dan pemalu ni...
Kakak ni ala2 princess so bonda pun buatlah ala2 little fairy bersayapkan jalur gemilang... he he... idea last minit... malam sebelum baru buat dengan bersusah payahnya...
dengan harapan bersemangatlah budak ni mendeklamasikan sajaknya.
Tadaaaa
And the best is... kakak dpt no 3. Cam x caya jee anak ku yg pemalu ni leh dpt no 3...
Tahniah kakak. Esok2 kakak bleh masuk lagi yeee. Terima kasih teacher-teacher ABS Nasyrah STRIDE yang tekun Melatih Aiesyah sebab bonda nye pun tak la pulun sangat melatih si kakak yang banyak kerenah manjanye setiap kali bonda suruh berlatih...
Sajak pun simple sahaja bonda buat untuk Aiesyah. senang kakak nak hafal. Google sajak kanak-kanak banyak yang panjang dan complicated jugak. Takut Kakak tak terhafal nanti...
pasal bonda yang buat maka tajuknya pun 'Kata Bonda"
Kata Bonda
Hari ini hari istimewa
Hari ini Hari Merdeka
Kata Bonda
Ayuh!
Anak-anak Malaysia!
Kita kibarkan bendera
Kata Bonda
Bila kita tahu erti merdeka
Kita faham erti setia
Kata Bonda
Kita adalah harapan bangsa
Masa depan negera
anak-anak Merdeka
Merdeka!!
Selamat Hari Merdeka ke 58
Sehati Sejiwa...
Subscribe to:
Posts (Atom)
penjagaan bayam
Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...
-
Baru baru ini ada yang request note lagu melayu kanak-kanak… so kita layan request ni…. Lagu pertama lagu Rasa Sayang Menggunaka...
-
Post yang lain dari yang lain… Di internet sangat banyak nota chord guitar… Susah betul nak dapat nota piano… Jadi saya nak...
-
Lagu Kenangan Terindah nyanyian Samson. note ini mempunyai 10 keys. Aku yang lemah tanpamu BB A AG GAB Aku...