Thursday, September 17, 2015

Menyemai benih dari kecil.

 Memorinya agak sudah kelabu kerana ketika itu saya mungkin baru darjah satu atau tadika atau apa-apa yang masih seangkatan dengannya. Abah yang mencangkul batas. benih yang ditanam ada bendi, kacang buncis, Jagung. Kami ketika itu bermusafir di Pengkalan Hulu Perak. Dibelakang rumah ada pokok Ubi Kayu. Itu yang saya tahu namanya... yang lain belum sampai dalam kamus bahasa akal saya ketika itu. 

bermain tanah bagi anak-anak kecil seperti saya ketika itu satu keseronokan... berlumpur, di selubungi kotor tanah , mencangkul, mengorek kelihatan menarik sekali... itu antara memori paling lama antara saya dan bertani yang masih saya ingat...

Usai remaja, saya sentiasa dikerah merumput sekeliling rumah... menyiram.... dan lain-lain perkara mengenai bercucuk tanam yang ketika itu jiwa saya melihatnya dengan penuh bosan... Ketika itu kami sudah pun bermaustatin di kediaman sekarang di Selama Perak. Pun begitu, sekeliling rumah menjadi habuan permainan saya... saya bina buaian dibawah pokok limau Bali yang kelihatan paling gah dibelakang rumah. Seingat saya itu menjadi tempat saya menghafal syarahan-syarakan mahupun cerita-cerita yang selalu saya pertandingkan di sekolah. Belakang setor ada sepohon sukun... saya  ceracakkan batang-batang kayu pada lubang dinding stor dan jadikan atap ditepinya... dapat saya dirikan pondok buruk saya seketika melayan buku siri 5 sekawan sebelum dimusnahkan oleh rakan sepermaian. Bunga-bunga yang ditanam Mama seringkali menjadi mangsa permaian masak-masak kami adik-beradik... berpuluh tahun menyemai sekeliling rumah... rumah abah dan mama sekarang seperti taman.
 




 Dibesarkan dengan suasana yang menghijau semenjak kecil menajadikan mata yang semakin tua ini ingin mengekalkan suasana yang serupa. Dalam kesempitan waktu yang ada, rumah sekangkang kera yang dibeli tahun 2012 ini dihuni dan dikongsi dengan bersama dengan beberapa batang pokok penyeri pandangan.  Namun, kerana tak dijaga rapi, banyak pokok yang akhirnya mati. Pun begitu masih banyak yang dapat berdikari dengan layanan tenggelam timbul dari kami. Pejam celik sudah 4 tahun hidup kami disini ditemani oleh si pohon Kemboja yang harum, pohon buloh yang semakin manambah bilangan batang, dua pasu palm yang sudah perlu ditukar pasu untuk ditinggikan.. dan lain-lain pokok yang mejadi perintis laman ini seperti  ... 

Asal buloh ini hanya 2 batang. Perlu dirapi setiap bulan kalau nak kekalkan struktur bertingkat ini...

Pohon kemboja kacuk yang sangat rajin berbunga... Bunganya harum sungguh!!
Ada kelapangan saya merapi pokok-pokok dilaman... terutamanya si Pohon buloh yang selalu merimba. kadang-kadang abah dan mama yang datang dari kampung yang tolong rapikan...Bila teringat saya membaja... Pohon-pohon yang tinggal ini sememangnya tahan lasak... pernah saya tak menyiram hampir 2 minggu!! Kasihan.....  Ada masa saya menyemai anak-anak pokok... ditolong 2 orang petani cilik saya... nak menyemai suka bercucuk tanam biarlah dari kecilkan.

Sedar tak sedar juga... saya sudah di semai benih bertanam sejak kecil....


Semangat adik dan kakak memenuhkan tanah dalam pasu
Hasil tangan kakak dan adik. tunggu sebulih merimbunlah nanti.

1 comment:

  1. Diana pun ada juga tanam tanaman ni...pokok bunga...suka tengok bila pokok bunga2 Diana mengeluarkan bunga....

    ReplyDelete

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...