My photo
Menulis adalah minat saya. Semoga saya terus dikurniakan ilham untuk berbicara melalui pena.

Friday, September 04, 2015

Piano Note : Aplikasi Gejet "Perfect Piano"

Topik piano hari ini tak ada kaitan dengan nota piano. Motif adalah memperkenalkan aplikasi android piano yang boleh di muat turun dalam telefon atau gejet pintar anda.

Jika anda membuat carian didalam Play Store atau mana-mana carian yang lain... banyak aplikasi bagi piano atau keyboard. Pada Hemat saya yang terbaik dalam kategori 'free' adalah Perfect Piano.

Mempunyai bilangan kunci 52 key menjadikan ia setaraf dengan key board saiz large. Kerana key board saya kat rumah pun hanya ada 42 key sahaja.... namun begitu nak appearkan kesemua key dalam satu skrin adalah mustahil untuk membuat petikan jari anda apatah lagi jika jari anda bersaiz besar dan android anda bersaiz kecil!. Justeru saiz key boleh di besarkankan mengikut kesusaian padanan jari dan skrin gejet.

Jika nak dibuat contoh skrin note 2 samsung yang bersaiz 125mm boleh memuatkan sehingga 10 key pada satu masa. justeru jika saya mempunyai 5 buah note2 dan di atur sebaris mengikut aturan key saya dapat memaparkan keseluruhan key dan bermain chord n note dengan kedua-dua belah jari (berangan je lah... tapi tak mustahil untuk dilakukan). namun rasanya labih baik jika dalam 7 ke 8 key yang menyamai saiz key sebenar. bilangan paparan key ini boleh diubah suai dalam setting dan masukkan bilangan visible key. Nota Piching tinggi dan rendah bolehlah diraraskan pada skrin di bahagian atas yang menunjukkan level key anda berada smaa ada nanda sedang menggunakan not picth rendah (kiri), medium (tengah) atau tinggi (kanan).



Aplikasikasi ini sesuai untuk semua peringkat umur dan kebolehan sama ada baru belajar atau tidak pernah langsung melihat atau memetik key piano. Mempunyai mode learning yang dilengkapi dengan panduan notasi siap tunjuk lagi nak tekan kat key mana kalau tak pandai baca note atau sheet. Mudahkan. Mode boleh diperlahankan supaya pengguna boleh mengikut tunjuk ajar perfect piano ini secara perlahan-lahan mengikut keupayaan pengguna. Pilihan lagu juga mengikut kebolehan. boleh pilih lagu peringkat biginner, medium dan selanjutnya. daripada lagu happy birthday sehingga lah lagu-lagu hebat. Lagu-lagu terkini juga disediakan namun pengguna perlu memuat turun.... Justeru anda boleh menjadikan aplikasi ini sebagai mainan si Comel anda !


Bagi yang gemar mengubah notasi, mode rekod juga disediakan... jadi anda boleh mengubah lagu dimana-mana anda berada tanpa membawa piano anda... ada ilham,.. terus buka aplikasi ini dan rekod rentak yang bermain difikiran anda. senangkan! anda juga boleh menulis notasi lagu pada paparan sheet dan perfect piano akan mainkan notasi lagu anda.


Hebatnya aplikasi ini, ia juga membenarkan paparan double layer keyboard. Justeru anda boleh memapar 2 level picth yang berbeza pada satu masa. tanpa perlu membuat pelarasan berkali-kali... Anda boleh cuba meneroka melihat banyak lagi fungsi-fungsi yang lain dan menyeronokkan.


Jika mahu mengasah minat dalam bermainkan piano, cubalah aplikasi ini dahulu tanpa kos sebelum anda membeli piano/keyboard sebenar!

Selamat Mencuba!!!


Peringatan!
Walaupun muzik boleh memangkin perkembangan sel otak ia adalah melalaikan. Pastikan anda mengutamakan perkara yang lebih penting dan solat di awal waktu. Awasi anak-anak anda.

PS# artikel ini itulis ketika En Habib sedang sibuk mencuba  ukelele di sekolah muzik Aiesyah...

1 comment:

  1. Kakak nak tunjuk anak kakak rasanya mesti dia suka ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Terima Kasih