Suka atau tidak aktiviti sosial zaman
ini didominasikan oleh media maya. Facebook menjadi penyumbang terbesar selain
instagram, tweeter dan lain-lain aps maya. Dan kita seringkali melihat rakan
taulan memuat naik status ‘check in’, gambar mahupun fe’feeling’. Ada yang
begitu aktif sehingga sentiasa update status…
Apa yang tidak
bagusnya mengenai gambar… ia membawa persepsi kepada penglihat. Pelbagai telahan
akan datang. Gambar-gambar pribadi pastinya yang indah-indah belaka. Kerana ia
telah dipilih dan pastinya istimewa. Gambar tidak menceritakan hal sebenar. Waima
gambar ‘selfie’ dengan senyuman manis mempersonakan belum tentu menceritakan
yang hati pen’selfie’ sedang gembira.
Hanya gambar ‘live’
didepan mata boleh menyingkap telahan yang mungkin benar. Dalam senyuman yang
dilihat kelat, mata sayu, dia masih mampu tersenyum.
Samada pemuat naik
tidak mempunyai apa-apa niat melainkan berkongsi atau sebarang niat yang baik…
gambar-gambar bahagian anda sedikit sebanyak akan membawa kepada pengharapan si
pelihat… seterusnya membawa kepada unsure perbandingan dengan si pelihat.
Benar. Gambar tidak
boleh berbicara. Namun mata mampu menjadikan hati sarat berpanglipurlara.
Melihat bahagia yang
lain akan dibandingkan dengan bahagian yang dikecapi sendiri.
Melihat kekayaan
orang lain akan di bandingkan dengan kekayaan diri sendiri
Melihat kecantikan
orang lain, dibandingkan dengan kecantikan diri sendiri…
Setidaknya… ada
hati-hati yang berkata “ bertuahnya menjadi Si A” sudahlah cantik, berkerjaya,
harta pun ada”
Ataupun “ wah
hebatnya… dia mampu kesana” dan dalam hati hanya mampu berharap. Menjadi seperti
itu
Percayalah… gambar
itu … status itu telah dipilih dan disaring …
Yang terbaik sahaja
dimuat naik.
Kerana itu…
Kita hanya melihat
yang cantik, yang baik, yang istimewa…
Justeru tak perlu
untuk kita merasakan ‘tidak beruntungnya” kita kerana terpaksa menjadi suri
rumah… atau berkerja siang dan malam atau dilanda kesibukkan, tidak mempunyai
keupayaan kewangan…….
Adil itu tidak
semestinya setara atau sama!!
Bukan mudah untuk
disimpulkan…
Kita boleh mencipta bahagia dengan tidak membandingkan apa yang kita tiada berbanding dengan apa yang orang ada...
ReplyDelete