Monday, September 21, 2015

Monyet, Jagung dan Pasu

Apa kaitan ketiganya ya??


Akhirnya berjaya jugak tukar pasu MyChikKemboja... dari awal tahun lagi nak tukar pasu... tak terbeli-beli pasu... Yeay...

Semalam ajak jugak En Habib gi beli pasu...

Ambil yang besar terus... senang... ingat lepas ni dah tak payah lah nak tukar lagiii... Bersusah payah nak keluarkan MyChikKemboja yang akar dia dah berselirat memenuhi pasu lama...

dengan harapan dapatlah MyChikKemboja dapatlah tinggi lebih kurang semeter lagi.... tak leh besar-besar sangat sebab rumah pun sekangkang kera sahaja..

Cerita pasal Kera ... semalam si monyet masuk dapur... tengok monyet tu terkejut monyet jugaklah saya yang ketika itu baru lepas solat asar dan baru nak kedapur menggoreng cucur jagung yang dah dibancuh adunan tadi... mujurlah bancuhan itu saya tutup elok dalam bekas... punyalah saya panic... takut dia ketengah rumah... saya suruh adik dan kakak lari naik atas... Macam monyet nampak ularlah jugak adik dengan kakak memanjat tangga ketakutan..

jadi rezeki monyet sebatang jagung yang saya letakkan sebelah sinki... inilah pertama kali nampak monyet tu disini... tak pernah nampak lagi masuk dalam taman perumahan saya... agaknya sebab projek baru naik kat belakang sana ... hutan lalang dah di tebang... Haahhh.. Monyet kat kajang... dah tak leh nak letak2 makanan kat sinki tu... tingkap bergrill pun dia boleh masuk...

layan gambar MyChikKemboja. pasu kat sebelah tu pun besar jugak... tapi dah nampak kecik dengan kebesaran pasu ni...



Tak dapatlah Kakak nak memetik bunga sebab dah tinggi banyak dari kakak bila dah tukar pasu ni.

5 comments:

  1. Sesuailah dgn size pokoknya yg dah besar tu
    Cantik dan puas hati..

    ReplyDelete
  2. Assalam... terima kasih singgah blog kak Zai. Seronok tgk pokok2 bunga disekeliling rumah.

    Dulu pernah juga monyet dtg kat laman kak Zai. Terkejut pagi2 dia duduk dekat pond.

    ReplyDelete
  3. cantik pasu..hehe
    BW sini dr http://fififizahresepi.blogspot.my/2015/09/segmen-bloglist-oktober-2015.html

    ReplyDelete
  4. nice

    singgah sini
    http://dketapangcollection.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. Salam singgah sini sis....besarnya pokok kemboja tu...Diana ada 2 pokok kemboja kat rumah...tapi belum sebesar pokok kemboja sis...hihi

    ReplyDelete

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...