Wednesday, July 27, 2016

Home garden updated

Update home garden....

Semua pokok-pokok sayur saya dah pindahkan ke tempat yang lebih panas. lebih ruang utk cahaya matahari...

Saya letak dipenjurui depan sebelah pintu pagar.. 

gambar dibawah ni saya ambil minggu lepas... pasu atas baris hadapan pokok bayam... sekarang dah 20cm tingginya. sawi kat baris kedua tu nampak lembab sikit... tak macam sawi yang ditanam dalam pasu besar dibawah. wal hal.. umurnya sama sahaja... mungkin pasu besar lebih lembapan berbanding pasu panjang di atas... semalam dah selamat saya kerat 3 pokok utk dicampur dalam sup telur.

baris ketiga sawi yang dah lama saya bela... kerat dan tumbuh lagi... selepas bercuti lama dikampung raya tempoh hari terus keluar bunga... sawi yang hendak dimakan tak sesuai dibungakan sebab nanti daunnya jadi kecil... jadi saya fikir elok lah saya indukkan sahaja sawi ini utk jadi producer benih... pokok bayam dah sedia ada induk... jadi benih bayam tak putus...

belakang sekali sayur kang kung... nampak baru nak naik... sejak saya kerat besar-besaran dan beberapa kali di bulan puasa tempoh hari... 

dibawah sekali kelihatan pokok kuchai. 3 pasu semunya. satu lagi terperosok dibawah dalam bekas putih sebab dah tan ada tempat nak letak... kuchai paling berjasa... sebab rasanya dah lebih setahun bela dan banyak kali dituai makan... 

waktu belum tambah anak pokok... lepas kehabisan stok sayur matang sebab selalu sangat menuai... sebelum raya tempoh hari terus semai banih baru sawi dan bayam. buat tambah bekalan. hasilnya seperti gambar atas tadi.

En suami paling gemar sayur kang kung.... sebab boleh digoreng dengan belacan..

 Selepas balik bercuti raya... pokok bendi semuanya diambang maut... sekarang dah tak ada... gambar di atas sempat diambil ketika zaman-zaman kemuncak bendi.. 3 pokok semuanya habis... belum tanam lagi benih baru...  sebab tak ada pasu lebih... pasu-pasu semuanya dah diisi sawi dan bayam.

tak ditunjukkan dalam gambar adalah pokok sup yang baru keluar anak pokok...(terlupa nam ambil gambar) saya tanam ketika minggu pertama raya... daripada daun sup yang dibeli ditesko yang telah dikerat daunnya. hanya tinggal akar... terus tanam... kot-kot nak naik... selepas 2 minggu dah keluar anak.. 

saya dah ada pokok betik... pun tak ambil gambar... hidup subur lepas saya pindahkan dari pasu ketanah kecik luar pagar depan rumah... mungkin kena tunggu berbulan2 nak nampak buah.



Nak juga saya masuk masukkan pokok kesayangan saya. Cik Kemboja. yang kacuk memang tak lekang berbunga dan bulan puasa tempoh hari saya perasan kenaikan hujung-hujung dahan dalam 5-7 cm setiap satunya... makin membesar...

Cik Kemboja putih... lepas 2 tahun baru lah kini nak berbunga... nak juga dia berbunga rupanya... pernah saya terdetik nak mansuhkan sahaja pokok ni sebab tak berbunga-bunga... gambar ini dipetik ketika kudup  pertamanya berkembang... gembira sungguh saya melihat pokok kemboja yang tak pernah berbunga ni tiba-tiba berbunga... setiapkali sembur cecair penggalak bunga setiap kali itu saya memarahi dan mempersoalkan cik kemboja putih yang tak nak berbunga ni... agaknya dia dengar keluhan hati saya...

ada satu pokok yang saya tak pasti pokok apa... tapi saya tetap maintain dalam pasu... banyak sangat benih yang ditanam sampai bila bercambah hidup... tak pasti pokok apa... ketika 5 cm... saya sangka adalah pokok cili... tapi kemudiannya daunmya nampak tebal memanjang... tak ambil pula gambar.. sekarang dah dalam 30 cm. belek-belek daunnya semalam tetiba rasa ia adalah pokok mempelam... memang saya pernah benamkan 2 biji pulur mempelam selepas habis mentekedarah dimakan...  tak bajet pulak nak tumbuh anak... lagipun ia berlaku dalam 2 atau 3 bulan yang lalu... kesimpulannya saya masih berteka-teki apakah gerangan pokok tersebut. sebab pernah juga saya tanam biji kentang... lobak... cili... dan entahlah...

 kalau betul mempelam... terpaksalah saya sedekahkan kepada keluarga angkat sebab rumah saya tak ada halaman yang boleh tempatkan pokok mempelam....

sekian, 27/07/16

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...