Thursday, May 28, 2020

MENANAM POKOK BUNGA MATAHARI



Bunga Matahari seringmenjadi pilihan penggemar tanaman dek kecantikan kuntuman bunganya yang bersinar garang umpama matahari. Bunganya sahaja bersaiz besar pasti menenggelami bunga-bunga lain disekitarnya.

Perkara yang paling menggamit hati adalah ketika tuan tanah melaksanakan sedikit penyelidikan mengenai penjagaan pokok bunga matahari, hasil carian menunjukan ianya adalah ‘low maintainance’. Tertarik dengan itu, maka bermulalah projek bunga matahari.

Tarikh semai: 10 April 2020
Cambahan : selepas 2 hari (medium peatmoss)
Tempat tanaman:  Pasu 
Medium: cocopeat sederhana halus + tanah campur
Siraman : 2 x sehari
Cahaya matahari: Penuh
Tarikh bunga pertama kembang : 26 April 2020 ( ±7weeks)
Tinggi pokok: 150m
Lebar bunga = 15cm (diameter)

Berasarkan pengalaman pertama ini, diakui bahawa, memanamam pokok bunga matahari tidak rumit. Memerlukan kuantiti air yang banyak serta cahaya matahari yang penuh sudah cukup membesarkan bunga matahari yang sihat. Tuan tanah hanya menggunakan baja standard NPK yang ditabur setiap 2 minggu.

Memandangkan dari pembacaan mengatakan pokok ini tidak suka air bertakung, maka tuan tanah gunakan medium peat sederhana halus yang dicampur dengan tanah tanaman. Mungkin disebabkan kurang tadahan air dalam medium, pokok yang ditanam ini memang cepat layu kalau tertinggal siraman 2 kali sehari. Mungkin juga disebabkan pokok yang berkongsi pasu.

WARNANYA CANTIK BERSINAR.....

Pokok yang naik memang besar. Seeloknya satu pasu satu pokok. Tapi tuan tanah tibai pasu besar (pizza domino xtra large) 4 pokok dan pasu sederhana (pizza domino large) 3 pokok. Dah main saiz pasu ikut saiz pizzah pulak. Tapi masih tumbuh membesar dengan jaya nya. Kalau asingkan mungkin tinggi pokok boleh cecah lebih 180cm.

Ikutkan baka pokok yang ditanam ini baka hobbit (common flower). Tingginya tak lebih dari 2meter. Amalan saya memang tidak pernah gunakan racun serangga. Sekitar pokok bunga matahari ada pokok bendi, cili dan tomato. Bena lebih suka pokok ini. Jadi pokok tak diserang. Musim PKP ini banyak pula ladybird datang singgah menolong kawalan serangga perosak secara semula jadi. Baka renek pun dah dekat 2 m. tak dapat bayangkan saya baka mammoth yang terkenal itu.

Paling kelakar mengenai pokok ini adalah obsesinya terhadap matahari. Disebabkan pasu diletakkan dikawasan cahaya penuh, maka pokok semuanya naik tegak dan segak. Namun apabila bunga dah mulai berputik, putik bunga boleh bergerak halanyanya dalam masa beberapa jam sahaja. Mulanya saya perasan tapi tak pasti. Jadi hari-hari saya jengok arah putik bunga. Memang ia bertukar. Pagi nya mengala kanan dan petangnya akan sengek ke kiri arah matahari terbenam. Jadi janganlah dianiaya pokok ini dengan meletakkan di tempat teduh. Senget dia cari matahari.


Ikutkan hati nak tanam berpasu-pasu pokok yang cantik ini. Tapi kawasan laman tak mengizinkan…. Sayur pun nak maintain juga…. 


PUTIK KECIL- waktu inilah dia suka menunjuk ke arah matahari dengan sangat ketara.


PUTIK BESAR - tunggu kembang




bunga yang baru kembang. kelopak belum habis terbuka.


insyaallah saya update post ini dari masa ke semasa. sebab ketika penilisan ini, tuan tanah belum tahu bunga kat taman kekal berapa minggu sebelum gugur.... eksperiment nak menanam kembali dari kuaci yang terhasil pun belum lagi dapat dibuat.

Friday, May 22, 2020

PEKEBUN PKP







Tinggal di rumah teres lot tengah memang tak banyak pilihan selain meamam dalam pasu. bermula sahaja PKP saya terus mengemas laman. sebelum ini hanya beberapa pasu sahaja ditanam sayuran. banyak tak terjaga. mana yang elok saya kekalkan. yang lain semuanya dikemas dan baik pulih. dalam seminggu saya akan ke pejabat lebih kurang 2x. yang lain saya berada dirumah. rutin PKP saya dapati hanya selepas jam 10 baru akan sibuk. jadi sebelum itu sempatlah saya jengok sekejap (kadang-kadang sampai 2 jam) kebun PKP saya. seawal jam 7.30 saya dah terpacak.



Thursday, May 14, 2020

NORMA KERJA BAHARU


Perintah kawalan Pergerakan (18 Mac 2020 - kini pun belum tamat lagi....)


Memandangkan jabatan berada dibawah kategori essential, penggiliran dilaksanakan bagi memastikan operasi berjalan. Yang lain WFH. Jadi kami datang bila sampai giliran dan datang bila memang perlu datang apabila kerja tersebut memang tak boleh nak WFH.

Tak ada beza sangat utk anak2 buah saya. Satu tim jawab aduan… 4 komputer riba di tempat kerja masing-masing kelek bawa ke rumah. Aduan dan pertanyaan kami bukan sedikit. Paling tinggi dalam agensi kerajaan. Sehari kalau tak buka… maka bergandalah yang tertunggak. Call public memang banyak macam-macam ragam. Semuanya divert ke telefon mudah alih masing-masing. Setia jawab panggilan… berada di agensi ini kami memang redha jadi agensi kerajaan yang terima panggilan tinggi. Dalam tempoh PKP, panggilan dan pertanyaan jadi berganda. Maka bergandalah usaha anak-anak buah saya sampai terpaksa extend kerja kepada anak-anak buah orang lain juga. Terima kasih anak-anak buah orang lain.

Satu tim lagi media dan publisi. Kalau kat office pun memang invisible. Terlindung dan berteleku dengan komputer masing atau pun kesana dan sini bertemu guest, buat shooting atau jumpa pihak pengurusan untuk ambil mandat. Siapkan statement media…. Siapkan design….. jawab pertanyaan public dalam media social. jawab pertanyaan media. Jadi orang tengah antara atas dan bawah, kiri dan kanan, agensi dengan agensi…. Kerja paling tabah adalah berperang dengan netizen. Had pertemuan minimum menyebabkan diskusi kami kadang kala sehingga lewat malam…. Setiap kali dasar baharu keluar, kami studi sefaham mungkin; menyedari peranan kami sebagai orang tengah.

Saya gagahkan juga untuk coretkan blog berhabuk ini untuk kenangan dan penghargaan terima kasih saya pada mereka. Semoga saya tak lupa jasa dan usaha mereka yang berganda dari norma biasa. Biasanya saya buat tribute utk x boss saya… kali ini untuk anak buah…

Kenapa kena hargai??? Perlu maklum bukan senang nak WFH dalam keadaan anak-anak juga ada dirumah. Dengan kapasiti kerja yang sama tapi selesaikan dirumah memakan masa yang lebih panjang. Gangguan dari anak2, siapkan keperluan kerluarga, masak dan pelbagai lagi. Belum masuk hand phone kena kidnap dengan anak2. Hahahah…... akan jadi kenangan masam manis semua ini.

WFH risiko memang tinggi. Berperanan sebagai orang tengah, tahap elert perlu tinggi. kadang-kadang ada mesej dan panggilan yang terlepas pandang. HP kongsi dengan anak2 yang online chat dengan cikgu-cikgu yang rajin buat kelas memang tinggi risiko nak terlepas pandang ni. pun begitu,  tiada paksaan dari cikgu untuk join. Sebab dah jadi pada diri sendiri juga. hahahah. kita paham juga kalau anak buah lambat reply dan tak angkat telefon. tak dapat bayangkan saya kalau anak yang bersekolah lebih dari 4 orang dan berlumba-lumba buat kelas online chat... yang rezeki baik, bolehlah beli gajet untuk anak2.

Nak bandingkan kami dengan dengan orang lain, kami masih berada dalam keadaan yang bernasib baik berbanding barisan hadapan yang lain yang tugasan jauh lebih mencabar. Semoga Allah memudahkan usaha dan kehidupan insan2 ini.

Biasakan yang bukan biasa.





Tuesday, June 12, 2018

Merah itu Cinta: Resepi kimchi yang sangat2 simple

Merah itu Cinta: Resepi kimchi yang sangat2 simple: Assalamualaikum. Sejak pertama kali buat kimchi yang rasanya sangat hell dulu2, aku ingat aku dah berputus asa. Rupa-rupanya aku tersilap...

Tuesday, July 04, 2017

Selamat hari lahir ustaz.

Uishhh.... dah rasa cam malas dah nak mengarang sekarang....

update birthday ustaz (abu Bakr Al-Kauthar) semalam.

Bonda dan Ayah plan surprise celebration kat dia petangnya sebelum kejadian. so last minit jugaklah. jatuh pulak hari kerja. so sebelum balik kerja bonda singgah kedai kek beli kek yang ada... plus beli baloon. pesan kat ayah beli dua hadiah n balut cantik-cantik. 2 hadiah. satu dari bonda satu dari ayah.

surprise kecil-kecilan sahaja... tapi cukup buat ustaz terkejut dan tersipu maluu... ngeh...

balik sekolah dah nak malam. jadi diorang terus naik atas mandi. dah pesan kat kakak suh jaga ustaz jangan bagi turun sampai bonda panggil. Sementelaah bonda pun tampal belon-belon yang ada. letak hadiah (besar sungguh hadiah ayah beli. 2 bijik nampak berbijik-bijik). dan letak kek dan pasang lilin. Time ustaz turun semua lampu kami blackoutkan....





well... happy birthday ustaz. dah 5 tahun dah. semoga membesar sihat dan soleh. ayah beli hadiah kereta control dengan set ultraman...  


Friday, May 19, 2017

Krabi



POST UTK AKTIVITI BULAN 3 YANG LEPAS.
12-15 Mac 2017
baru ada kesempatan nak menulis.
 
 Asalnya plan nak ke kundasang Sabah... cuti2 Malaysiakan. ntah macam mana en Wan tak setuju. last skali pilih Krabi. trip agak budget dan ittenary boleh plan sendiri. tak payah nak travel tour bagai.

Trip ke krabi memang dah dirancang setahun yang lalu. lebih kurang time raya bulan 7.
haaa... lama kan plan . memnadangkan last travel agaknya 3 tahun lepas kat S'Pore. Plan awal sempatlah kumpul duit.... memng seronok beramai gi krabi ni. memang dah idam nak buat famili trip. 3 tahun lepas pergi singapore hanya mama yang available utk ikut. Untu kali ini ramai sikit. tapi famili abg x ikut sebab kakak ipar tengah confinement. n kak nor pulak tgh tunggu time nak diliver... yang lain semua check in.

waktu tu air asia tengah buat promo. so kita pun  grab dan ambil tarikh 12 hingga 15 mac 2017 utk travel time. waktu tu memang dah semak dengan anggaran cuti sekolah. tak de lah kakak memonteng n tak de masalah kalau anak2 saudara nak ikut. nasib tak sebelah kami, masuk tahun baru tengok jadual school break dah lari lewat seminggu... nak buat camner... dah full paid flight n hotel... kita redah jer ramai-ramai.

tempahan pertama pakai promo hanya untuk 5 org. waktu ni kami dah buat promo dalam family members utk join. flight pergi jam 6.50 pagi dan balik jam 2,30 ptg waktu tempatan. hanya saya satu famili 4orang dengan Cu Tini sahaja.

Tempahan kedua lepas raya korban bila mama n abah decide nak ikut. so naik sikit bajet flight sebab dah habis promo. Tapi still murah sebab promo biasa tu ada. Last skali dr hasni decide nak ikut seminggu sebelum trip. sebelum tu puas kami pujuk dia tak nak... ada exam katanya... last skali dia ikut jugak.... hahahah... flight dia book n bayar sendiri. tak tanya pulak brapa. dapat satu flight dah kira bagus.

Tempahan hotel pun dilaksanakan tahun lepas. lebih kurang bulan 11 tahun lepas. asalnya book chandee guest house 1 bilik famili. memang murah. bila mama n abah ikut saya cancelkan booking. sib baik tak bayar lagi. tukar haleeva sunshine. sebab kalau chandee memang hotel 1 or 2 bintang. kalau haleeva kira comfortable sikit. jadi book 2 bilik plus extra bed n terus bayar. dc hasni book sendiri lagi satu bilik last minute. ada kosong. kami ambik bilik superior jer. katil king, aircond, peti ais dan standard facility macam hotel lain plus ada swimming pool. khidmat hotel haleeva ini memang terbaik walaupun petugasnya tak berapa fasih english.Kami check in seawal jam 10 pagi. Walaupun waktu check in asal jam 2 ptg tanpa xtra caj.... dekat sangat dengan masjid, kemudahan sekitar dan 10 minit waking distance ke pantai. 1 bilik utk abah n mama, 1 bilik yg ada xtra bed utk saya, suami dan anak2 dan 1 bilik utk geng bujang.

Day 1.
Kami bertolak seawal jam 4.45 pagi naik pajero abah dan parking kat klia 2. dah kira bajet naik tren dr putrajaya ngan reramai sumbat dalam pajero lebih kurang jer. total 5 day RM 158. kalau naik tren sorang 10 ringgit, kami berlapan, pergi balik pun dah 160 kan....
En Habib bawak slowwww.. ngantuk agaknya. malam tu dia tidur kul 3 pagi settlekan semua urusan insuran client dia.

Sampai terus print bag tag n beratur panjang giler nak check in lugage. Kalau lugage tak exceed 7 kg baik bawak hand lugage jer... panik sejejap sebab jam dah 6.10pg dah lugage check in tutup 6.10. tapi sempat akhirnya. tiket flight memang dah check in 2 hari sebelum n print.

Masuk gate terus solat dan dia dah buat last call. 6.40 kami semua selamat duduk di tempat masing2 dlm flight. Lapar giler okay... tak makan satu benda lagi. 1 setengah jam perjalanan tak boleh tunggu. terus order nugget sekotak utk budak2 dan pakej karipap free tea. Paling (Toleh) ke belakang nak hulur kat mama n abah diorang dah lelap. Jadi habuan Cu n mr habib je karipap tu.

Sampai lebih kurang jam 8 lebih kat krabi. kat sini sejam awal dari kl. Kami ramai so terus booking 1 van gi hotel. sampai hotel br kul 9. x leh check in lagi... tapi hotel tu punya baik hati dia kata bagi dia sejam utk prepare bilik n kami check in kul 10... sementara tu pergi mentekedarah kat warung malaysia selang 2 shoplot kat sebelah. Kat sini kami jumpa bro eddy. org langkawi. Kedah pekat na. masuk lah dengan kami sefamili. senang citer kami terus ambik pakej 2 hari ngan abg eddy.

muka excited nak gi aonang. 1 van yang luas dan selesa utk kami semua.

Habis makan balik hotel zzzzzzzzz. petang round pekan, Gi pantai n haruslah merasa urut mengurut dia yg murah. kedai makan Melayu thai belambak kat sini. Diorang speak pattani sama macam mama... tapi tak terubit (keluar) pulak slang pattani mama kat sini. Abu bakr bantai makan banana coklat pancake banyak giler. siap mintak tapau gi hotel. 5 hari kat sana, makcik pancake dah cam sangat kami pelanggan setia dia.

Hello Aonang

cantik kan pantai dia. belum tengok lagi kat Pulau-Pulau.....

Malamnyer ikut pakej abg eddy, dia dah book van gi pekan krabi night market. kira cam nat kat malaysia ( pasar malam) atau uptown ... tapi penuh ngan tourist jer. ada jugaklah gerai halal. tapi kebanyakkannya tak or confuse. kul 10 sampai hotel terus zzzzzzzz.

Day 2

Hari yang dinantikan. Turun makan pagi kat kedai abg eddy dan terus tunggu pick up ke pantai utk ambik boat. kami ikut advice abg eddy utk round sahaja pusing pantai utk tgk island2 yang lain dan singgah hanya 2 spot utk snorkling dan mandi mandi. kami naik bot panjang utk kami sahaja.... decide tak nak pi phi phi island sebab jauh sangat. budak2 ni fobia naik bot. Bestnya  sewa 1 boat ni, masa ditentukan sendiri. Suka hati nak mandi kat pulau sampai petang. Tak dek tour guide nak panggil balik.
dalam pik-up nak ke jetty. tak sabar!!!

Jam 9 lebih kami bertolak dari jetty. Pilot Bot bawak kami ikut laluan yang membolehkan kami tengok banyak pulau-pulau yang cantik2.

Banyak sangat gambar pulau-pulau... tak ter upload dlm blog ni.

Muka Abu Bakr yang cuak naik bot.

Akhirnya stop kat satu pulau berbatu batan utk snorkle... pilot boat ada bagi tau namanya... tapi saya yang dah ingat. tapi lokasinya berdekatan dengan chicken island. memang banyak ikan-ikan meluru bila terjun dalam air..... tak dapat nak main dengan ikan lama-lama sebab 2 org budak tu menjerit2 takut tgk ikan-ikan. bot pulak bergoyang2. menangis sakan.


Banyak kan ikan-ikan dia. batu karangnya ada. tapi bleech sebab tsunami dulu. jadi tak lah nampak warna warni.

kami bertiga ajer yang terjun. yang lain tgk dari kapal sahaja.

Jadi rasanya dalam setengah jam sahaja mandi manda dengan ikan. Naik bot dan gerak. Melintas lagi pulau-pulau yang cantik dengan lanskap bukit berbatu yang terhakis oleh ombak. Gua-gua terbentuk secara semula jadi memang memukau. Ramai juga yang berkayak menyelusuri batu-batu dan gua-gua.

Akhirnya kami sampai di pantai Pulau Pranang. Lokasi ini dipilih sebab pertama tak de entrance fi. Ada pulau yang dah digezetkan taman warisan atau taman negara perlu bayar entrace fi. Kedua, tak ramai macam pulau-pulau lain (kata pilot). Tapi kami nampak macam ramai jugak.... air dia Subhanallah memang jernih dan cantikkkk. menghijau biru....
.
pantai pranang. Byk mmat dan minah saleh.



Kat sini 2 orang budak paling gembira. Yessss... akhirnya dapat main pasir dan mandi pantai. kami cari pot bentang tikar dan bawak makanan bekal tghr. Abah siap landing lagi. Yang lain semua terjunnnn.  air jernih. makin lama makin kedalam kami sampai tak jejak kaki. 2 orang kanak-kanak riang pun ikut skali berenang-renang tak takut tenggelam. tapi dengan life jacket lah. yang lain freely swimming. Semuanya jaguh kampung sungai bayor. tak main lah life jaket. Sebab Bot kami tak kongsi dgn org lain jadi memang ikut suka hati sungguh mandi berejam sampai puas. Nasib baik prepare lunch. Naik pantai makan dan sambung swimming balik. Abu bakr makan banyak sungguh. budak 2 orang tu tak nak balik. Jenuh bonda bonda pujuk. ada lah jugak adegan nelayan tangkap ikan budak budak ni. tak tahan geli hati bila Cu boleh ikut sekali...

kami pun tak terkecuali mandi manda

Jumpa ramai juga Malaysian kat pulau ni... masuk keluar masuk keluar pulau bersilih ganti... kami ajer yang berejam swimming.

tak larat nak jalan kaki walaupun hotel 800 meter dari beach. penat

Rasanya kul 3 baru kami balik. sampai pantai kami naik tuk-tuk balik hotel... tak larat nak jalan. Penat mandi. sampai terus bersihkan diri dan Zzzzzz. Makanan tengahari ada 2 paket lagi belum berusik. Dekat pulau pranang tadi abah dah call abg eddy request nak makan kari. Jadi malam tu kami turun tapi makan gulai asam pedas kuning. katanya stok kari tak dak. tapi gulai asam dia memang terbaik. banyak kami makan malam tu.  Depan masjid ada gerai-gerai... kami jalan-jalan kat situ aje mlm tu.

Day 3.

Hari ni kami land tour. naik gajah, gi emerald pool, dengan hot stream water fall. tiket masuk smua dah inclusive. 

dimulakan dengan naik gajah.... seronok sungguh. kakak paling excited. Abu bakr yang mula-mula takut pun gembira sakan jugak. Paling best mestilah time bagi gajah makan. cam ner ntah diorang train gajah ni sampai bertukar jadi haiwan yang sporting.....







Then tiba kat pintu masuk emerald pool. Penat sikitlah, 800 meter masuk dalam hutan jalan kaki nak tgk emerald pool. Lagi cantik extra lagi 800 meter tgk blue pool. hadoi tak larat nak jalan. Kami semua kat emerald pool jer, Geng orang bujang jer yang terlepas sampai blue pool. ohh ye. pakej land tour ni, kami ada penjaga masa... namapun pakej. jadi singgah tak dapat nak lama.

Jalan masuk ke emerald pool. jauhnya amat......


redah beramai-ramai. susana panas tapi redup.... jalan tengah hutan.

ini blue pool. emerald pool ntah kat mana gambarnya. emerald pool warnanya turqoise




Kagum sungguh dengan cara kerajaan thailand preserve nature dia. masuk ke pool langsung tak de jalan yang proper. kenderaan dilarang sama sekali. Makan minum pun tak dibenarkan. Pelawat hanya boleh mandi manda di emerald pool sahaja. Crystal pool dan Blue pool dilarang sama sekali untuk melindungi khazanah alam. yang mandi kat sini cuma abu bakr sahaja. dah dipakaikan dengan swimming suit siap2. tapi tak mandi dalam kolam pun. kat stream dia sahaja. macam anak sungai. kakak takut nak mandi sebab anak sungainya dasar berbatu dan berdebu putih... tapi jernih tau.



salah satu stream yang menuju ke emerald pool. warnanya putih silver nak ke biru.....

abu bark sahaja yang mandi beria. kakak geli dengan mendakan halus putih kat dasar sungai tu.
Akhir sekali kami ke hot spring waterfall. memang panas air sungai dia. kami berendam kaki dalam 10 ke 15 minit. ehhh... tak dek nak upload gambar. sebab mak dara da anak dara lipat seluar sampai lutut berendam kaki.

Perjalanan balik makan masa sejam setengah... baru perasan jauh juga rupanya destinasi dari tempat penginapan. Sampai Aonang terus tuju kedai abang Eddy order tomyam, tedur dadar dan kangkung belacan. Kami makan sampai licin....

Petang tu kononnya nak naik bot gi pantai Riley, tapi tak sempat dan penat. jadi balik hotel dan rehat. jam 6 petang baru bergerak ke pantai tengok sun set dan berjalan di bazaar tepi pantai. shopping kain baju sikit, perencah tom yam dan mangga kering.

sun set @ Aonang beach.


aonang street


Kami singgah sebuah kedai makan open air depan masjid. Order udang butter dan sotong tepung. air chocolate shake dia terbaik. Waktu tu kami berempat sahaja. kemudian disertai dengan Doc order tom yam putih. kemudiannya baru Cu dan mama sampai dan nak jam 10 malam waktu tu.

Day 4

Hari terahir kami di krabi. turun makan pagi asing-asing. kami berempat ke kedai makan number 1 cafe. memang dah niat nak order pat thai... dapat jugak makan.  Budak-budak macam selalu jugalah makan pan cake pisang. order jugak udang tepung dan sring roll.

Abah rupanya dah order makan tengahari jam 10 pagi kat kedai abang Eddy. menu kari yang tertangguh hari tu. Jadi sebelum balik kami makan siap-siap. Jam 11 kami dah bertolak ke airport.

bye bye Aonang

Flight delay 10 minit. Dalam flight seeprti biasa budak-budak mesti nak makan. jadi order 2 chocolate brownies. Sedap sungguh katanya sampai suruh bonda order lagi.

Sampai KLIA 2 dah jam 5 petang. Bagus betul parking kat sini sahaja.... tak penat nak heret bag ke tempat lain. Masuk kereta terus ke Bangi makan malam di Ana ikan Bakar Petai.

So... yang ditunggu-tunggu bajet kos dia kan...

3 bilik utk 3 mlm 1 xra bed = rm 1363
Flight utk 5 dewasa 2 kanak2 = 1700 ( 1 of us beli tiket berasingan)
Sewa 1 bot per day plus mkn tghr + land hopping (amerald pool, elephant treking, hot stream) plus tiket masuk + night market transfer = 12000 bath utk 8 org =rm1500
Sewa 1 van dr airport ke hotel = 1000 bath rm 125
Lebih kurang 5700 utk 8 org utk 5 hari x masuk makan.
Lebih kurang 750 per person utk 4 hr 3 mlm
standard harga agen jugak kan.....

rasanya boleh turun ke 600/pax kalau semua tempah tiket time promo.
boleh turun lagi ke 500/pax kalau padatkan aktiviti ke 3 hari 2 malam jer dan ambikhotel lagi budget. hotel budget memang berlambak kat Aonang.



TIPS

1. booking flight semasa harga promo. JIMAT BANYAK
2. Pergi Group.8-12 orang - boleh conquer van dengan boat bila ambik pakej trip
3. kalau plan berlama kat pulau, baik sewa 1 bot private terus. boleh tentu sendiri berapa lama nak gi pulau itu dan ini. kalau ambik pakej dan kongsi dengan orang lain... singgah tiap2 pulau tapi kejap-kejap jerr. tak puas main pantai.
4. mohon tawar menawar bila beli pakej trip dari agen. terutama kalau datang group... kami tawar dari 15000 turun sampai 12000 utk whole 2 days pakej dan night market, land tour dengan island hopping. Ngheeee... jimat banyak kan.
5. boleh padatkan lagi ittenary jadi 3 hari 2 malam jer.... kami banyak masa free n easy. so boleh jimat 1 malam penginapan. Tapi penatlah kan.
6. night market Krabi town  tu tak pergi pun tak rugi. cam pasar malam. dan susah nak cari yang confirm halal.



Friday, March 17, 2017

Dari sibu ke tg manis

Sebulan yg lepas.

Pertama kali singgah ke sibu.....
Bermalam disini esoknya melalui jalan darat ke tg manis mukah

2 jam perjalanan menyulusuri 5 jambatan gergasi merintangi sungai2 yg sangat lebar....

Sayangnya x byk gmbr yg diambil. Apapun saya bersyukur dpt sampai ke sini.....

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...