Sekira mahukan negara maju… kukuhkan sistem pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa perkembangan sebuah tamadun ulung bermula dengan perkembangan pendidikan yang baik. Mengukuhkan budaya ilmu dikalangan sesebuah rakyat dalam negara sangat penting dalam perkembangan dan kemajuan sebuah negara bahkan sebuah tamadun. Kebebasan pendidikan perlu bagi memantapkan falsafah pendidikan dan hidup.
Pemimpin yang cintakan ilmu akan menyerapkan sistem ilmuan itu dalam pentadbiran. Menyelusuri sirah selepas Rasulallah… ketika zaman Bani Abbasiyah yang tertulis sebagai tamadun yang tinggi keilmuan dan ketamadunannya. kErajaan ini muncul selepas kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah. Menyedihkan melihat kejatuhan Kerajaan ini hanya bermula dengan perkara remeh. “Amalan hidup mewah yang melemah jiwa pemerintah”, menyebabkan banyak golongan yang merasa kecewa dengan pemerintahan yang lebih sekular…
Revolusi social dari golongan Bani Abbasiyah telah menjatuhkan Kejaraan Bani Umaiyah yang telah mencapai 9 dekad pemerintahan berakhir pada tahun 750 M. Kerajaan Bani Abbasiah merupakan kerajaan terbesar dan terlama menikut sirah Islam (750-1258 m). daripada 37 Khalifah Kerajaan Abbasiah, terdapat kehalifah-khalifah yang terkehadapan dengan posisi masing-masing
Namun dikalangan kesemua khalifah, Al-Makmum (ke-7) yang Merupakan anak Harun Ar-Rashid, Merupakan kahlifah yang sangat cintakan ilmu. Beliau telah mendirikan banyak pusat-pusat pendidikan dan kebudayaan. Beliau mendirikan pusat penterjemahan dan penyelidikan keilmuan yang berfungsi sebagai akedemi pendidikan dinamakan Bait Al-Hikmah. Lingkungan Istana (tempat pentadbiran) dijadikan tempat ilmuan dan pujangga berkumpul dengan didirikan perpustakaan pribadi khalifah. Ini bermakna ketika zaman beliau pusat pentadbiran kerajaan merupakan juga pusat pengembangan dan percambahan ilmu pengetahuan.
Kebebasan mengkaji ilmu dijadikan budaya. Percambahan dan diskusi ilmu berlaku setiap hari menyebabkan lahirkan ilmu-ilmu baru dan kajian-kajian yang menjadi penemuan terulung dunia dalam bidang saintifik. Bani Abbasiah mencatatkan kelahiran ilmuan Islam yang mengkaji ilmu yang bersifat empiric hasil pembudayaan ilmu dari kerajaan.
Lahirnya tokoh-tokoh seperti Al-Kindi, Al-Razi ,Al-Farabi, Ikhwan Shafa, Ibn Sina, Ibn Rush Fazari, Al-Farghani, Al-Haytam, Al-biruni, Al-mas’udi, tidak dilupakan tokoh al jabbar; ibn jabir Hayyan dan banyak lagi tokoh-tokoh lain.
Kerajaan Bani abbasiyah ketika itu membuatkan saya terbayang dan menggambarkan kerajaan ini dipenuhi oleh ilmuan cerdik pandai dan ahli falsafah yang mendalamai segenap ilmu dari masalah saintifik , metafizik, agama hinggalah menyelusuri jiwa dan budaya. Para ilmuan diangkat tarafnya dan diberi kebebasan bersuara untuk mencambah ilmu. Hasilnya lahir karya-karya agung yang digunapakai hingga kini.
Saya juga membayangkan bahawa rakyat kerajaan ini merupakan golongan yang bekerja sebagai petani, pedagang yang mampu berfikir jauh dari segi logic dan empiric. Saya memikirkan bahawa mereka yang tidak berusaha untuk menuntut ilmu adalah mereka yang dipandang rendah dan terkebelakang. Saya mengimaginasikan walau semiskin mana seorang manusia itu ia tetap diagungkan kerana ketinggian ilmunya. Saya juga merasakan ketika itu rakyat tidak mengejar atau dahaga kemewahan, sebaliknya ilmu menjadi kayu ukur status individu justeru hasilnya adalah budaya mengejar ilmu dan menuntut ilmu. Saya menggambarka walau kemana-mana saya melangkah disana akan saya temui kumpulan-kumpulan dan himpunan-himpunan manusia yang sedang berbica mencambah ilmu walau di kaki-kaki lima.
Namun saya tidak dapat gambarkan bagaimana negara saya akan menuju ketahap itu??? Mungkin bukan pada zaman saya bernafas….
Itu Cuma gambaran saya….
No comments:
Post a Comment