Wednesday, January 18, 2012

27 PERSATUAN GURU BANTAH PTD; Reaksi saya?


Isu yang panas dikalangan PTD dan guru sekarang bila dipaparkan di berita harian tentang 27 kesatuan guru membantah penempatan PTD di Kementerian  Pelajaran. Isu antara guru dgn PTD sememangnya telah lama berkudis dan mungkin akan terus berkayap jika guru-guru terus membantah… 

Agak menghairankan bila dipaparkan bahawa hanya guru tahu mentadbir sistem pendidikan. Mungkin guru-guru tidak pernah membuat penyelidikan atau analisis di kementerian-kementerian yang agak serupa dengan kementerian pelajaran yang menguruskan monopoli satu skim iaitu DG (guru-guru).

Contoh mudah adalah kementerian Pertahanan yang mengawalurus pertahanan negara. Adakah bermakna PTD yang mentadbir pertahanan negara??? Tidak! Guru-guru perlu faham limitasi pentadbiran PTD di Kementerian pertahanan adalah mempastikan keperluan ATM terlaksana. PTD membantu kerja-kerja tadbir ATM supaya Angkatan Tentera kita dapat lebih fokus kepada pertahanan negara (seperti mana guru perlu fokus dalam mendidik). PTD melaksanakan tugas mengikut ciri-ciri yang dikehendaki oleh ATM. PTD tidak sedikit pun mengganggu hak ATM dalam urusan pribadi skim seperti kenaikan pangkat atau dasar-dasar ATM yang hanya ATM sendiri tahu dan mahu mengikut misi dan visi ATM. Kehadiran PTD melalui kementerian pertahanan adalah menyokong usaha-usaha ATM dalam permodenisasi Angkatan Tentera Malaysia. Dalam hal ehwal pentadbiran yang kritikal seperti perolehan-perolehan strategic pertahanan (kapal selam dll), kehadiran pegawai ATM dan PTD yang bekerja bersama diperlukan. Kerana semua kerja dan dokumentasi dilakukan oleh PTD dan kehadiran pegawai ATM melengkapan kehendak ATM dalam perolehan strategic. Kehadiran PTD tidak pernah menyekat urusan pentadbiran sendiri oleh ATM malah lebih memudahkan lagi supaya kehendak ATM dan Kehendak nasional dapat diselaraskan dengan baik. Perjawatan ATM tetap diisi oleh ATM dan terus dikembangkan selaras dengan perkembangan penduduk negara. Panglima angkatan tentera, 3 panglima laut, darat, udara dan semua perjawatan dibawahnya tidak pernah sedikit diganggu gugat.
Secara umumnya PTD di semua kementerian yang mentadbir skim lain berfungsi melakukan kerja-kerja berikut: pentadbiran awam , pengurusan kewangan, perolehan kerajaan, pembangunan, pengurusan sumber manusia (tanpa melibatkan diri dalam kenaikan pangkat skim), dan lain-lain pentadbiran umum. PTD tidk akan melaksanakan tugas yang telah pun diserah kepada guru untuk mentadbir guru sendiri. Sekalipun ada kehadiran PTD ia hanya akan duduk disamping guru dan meudahkan urusan pentadbiran guru.

Tidak pula PTD menjadi ketua-ketua kem pertahanan, tidak pula PTD menjadi ketua-ketua balai polis/bomba/JPAM setiap daerah…  malah tidak ada pun kehadiran PTD di Balai-balai (jika boleh diibaratkan balai polis/bomba daerah seperti Pejabat Pendidikan Daerah).

Selaku seorang pegawai kerajaan yang masih muda dan mentah… persatuan guru-guru telah memaparkan kehairanan yang mendalam kepada saya apakah misi guru-guru ini mendidik anak bangsa atau mahu mentadbir. Juga lebih menghairankan bila persatuan guru-guru terus mengecam PTD yang selama ini tidak memberi respond dan hanya mengambil tindakan berdiam diri.

Menghairankan apa yang ditakuti sebenarnya oleh persatuan guru-guru ini kepada PTD? Adakah PTD itu sangat digeruni?? Adakah benar suara-suara pemimpin 27 persatuan guru-guru ini benar-benar mendalami dan mewakili suara guru atau sekadar suara pemimpin itu sendiri???
Kerana walau apapun tindakan pemimpin guru-guru ini yang memosong tanggapan murni saya terhadap guru, saya tetap percaya dan mahu percaya bahawa guru-guru yang ditadbir oleh pemimpin-pemimpin ini sebenarnya adalah berjiwa murni dalam berkorban  untuk terus mendidik anak bangsa walau terpaksa bekerja 9 jam sehari . Dan itu sebenarnya GURU dalam pemikiran saya.

17 comments:

  1. terbaekk..contoh yg sangat mudah dan ringkas. kalau ini pun masih tak faham2 lagi entahlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg terbaik tuan.. apapun game hari khamis mau score.. baru Moshuchi Kata!!!

      Delete
  2. Korang ptd ke cikgu?kalo bukan cikgu, cubala apply jadi cikgu..dok dalam kementerian pelajaran..dok kat sekolah..pastu baru korang tau macamana bezanya ptd mentadbir dengan orang yang TAHU PASAL PENDIDIKAN mentadbir..ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya seorang PTD. Telah berkhidmat kurang lebih 7 tahun dalam skim M ini. Sebelum itu saya seorang guru selama 5 tahun, bukan guru melalui lantikan KPLI, tetapi guru lepasan ijazah pertama dalam bidang pendidikan, semasa skim DG3, kemudiannya berubah kepada DG41.

      Selain dari menjalankan tugas hakiki sebagai seorang guru dgn 25 jam pengajaran seminggu, saya juga seorang warden, guru penasihat kadet bomba, guru penasihat persatuan bahasa inggeris, guru homeroom (ya, saya bekas guru di MRSM), serta guru uppm (peperiksaan/penilaian maktab. Ketika saya masih bergelar seorang guru, saya sentiasa terfikir betapa beratnya tugas seorang guru berbanding dengan skim yg lain. Beban menjadi seoarang warden sudah agak berat tanggungjawabnya ketika itu.

      Kemudian, telah ditakdirkan oleh Allah SWT, saya berhijrah ke skim PTD iaitu M dan perlu saya akui beban tugas menjadi seorang PTD ADALAH BERKALI GANDA TINGGINYA dari seorang guru. Saya bukan menidakkan peranan dan tanggungjawab guru, tetapi biarlah pandangan dilontarkan oleh seseorang yang pernah berkecimpung dalam kedua dua skim DG dan M, untuk memberi pandangan yang lebih subjektif dan substantif.

      Seorang guru 'on the ground' yang peka dan bertanggungjawab kpd pelajar dan mutu pengajarannya, TIDAK AKAN terfikirpun utk mempersoalkan kemasukan PTD kedalam JPN atau KPM. Kerana mereka terlalu sibok utk meletakkan priority mengajar anak murid sebagai priority utama. Bottom line is, Guru SEPATUTNYA memberi keutamaan utk proses p&p (pengajaran dan pembelajaran)dan memberikan tugas pengurusan, kewangan dan sumber manusia kepada skim M. Parity of the job is very important, if we want to transform our government, hence to upgrade our delivery system. SEMUA skim ada peri penting masing masing. Cuma, peri penting tugas masing masing perlu berlandaskan norma serta kewajaran kompleksiti beban tugas yang tertentu. Dalam konteks ini sewajarnya GURU BERTUGAS UNTUK MENDIDIK DAN MENGAJAR ANAK BANGSA DENGAN KUALITI PEMBELAJARAN YANG TINGGI DAN BUKAN BERKECIMPUNG DALAM BIDANG PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN (KECUALI SEBAGAI PENGETUA/PEN PENGETUA/GURU BESAR, ETC).

      Delete
    2. Jelas sekali saya bukan seorang guru. namun ibu bapa saya adalah guru yang terlibat langsung dalam pentadbiran guru, kehidupan seharian saya juga didampingi sanak saudara dan sahabat handai dikalangan guru. Kerana itu saya percaya pentadbiran guru-guru memang patut diserah keada guru2. dan saya optimis sekiranya PTD diserap dikementerian pelajaran, tidak akan ada seorang PTD pun akan ditempat di sekolah-sekolah mahupun di PPD. ini kerana PTD mentadbir pentadbiran umum sebagaimana yang telah di jelaskan dan bukan bidang stategik perguruan dan pendidikan. Maka guru-guru yang mengajar di sekolah sama sekali tidak akan merasai kehadiran PTD. Dek kerana itu yang menghairan saya apa yang ditakuti sebenarnya oleh persatuan guru2? kerana PTD tidak akan mentadbir guru. sebagaimana PTD tidak mentadbir ATM, Polis, Bomba, JPAM, Doktor dan sebagainya di kementerian masing2.

      Delete
  3. Anon,

    the way i see it, isunya bukan lagi siapa yang mentadbir tetapi cikgu2 mahu gaji lebih dan naik pangkat. saya percaya cikgu2 pun bukannya suka buat keje pentadbiran (yang ada sikit2 sekarang pun merungut) tapi gred pertengahan bagi guru adalah terhad sampaikan hak orang lain (pentadbiran) pun nak dirampas. Tapi golongan cikgu macam ni tak ramai, tapi segelintir yang sudah frust mengajar (read:malas mengajar) inilah yang cuba cucuk jarum. Berikan tugas itu pada ahlinya, jadi biarlah cikgu fokus pada mengajar dan PTD terus mentadbir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan harapan kalau PTD mentadbir biarlah ikhlas, bkn kerana pangkat..n jgn smpi gila kuasa n hanya pandai mengarah dan terlalu mengagung2kan diri dan taksub..itu saja..TQ

      Delete
    2. terima kasih atas ingatan. semoga rzeki ini dapat dikongsi bersama adanya.

      Delete
  4. buat anon, bukan senang nak mentadbir sesebuah organisasi.. adapun begitu, tahukah anda byk bidang lain dlm pentadbiran? bukan shj sesenang hati nk buat dasar bg menyenangkan guru. tetapi meliputi juga aspek perolehan, kewangan, pengurusan sumber manusia. lain2 aspek seperti pengiktirafan ISO, akreditasi 5S, dan pengekalan dlm kedua2 bidang tersebut. dan seterusnya mencapai star rating yang tinggi (di mana byk pencapaian tinggi perlu diperolehi). sbg tambahan, unit komunikasi korporat, yg menguruskan aduan orang awam dan juga media?? dan juga dealing with our shareholders.. Menteri dan sebagainya.. its not easy such an abc... sebagai guru, dpt byk kemudahan dan gula2 politik dlm budget 2012, dan juga sbpa... tidak memadai lgi kah? dan juga diiktiraf sebagai jawatan yang MULIA.. dan ada hari guru... itu tidak cukup membuat para cikgu bersyukur kah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg bkn senang nk mentadbir, u hv to know d organizational behavior of the institution. bkn ke sbpa lebih tu ade pro jg trhdp PTD? tp alhamdulillah tk jadi..tkpela itulah rezeki..nk ape lagi..
      "perolehan,kewangan, pengurusan sumber manusia. lain2 aspek seperti pengiktirafan ISO, akreditasi 5S, dan pengekalan dlm kedua2 bidang tersebut" pn ade jugak kami buat pe.. tp mungkinla tk sehebat tuan PTD kan2??? hebat ke? hebat bg yg btol2 ikhlas n tk taksub..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. saya amat percaya setiap pekerja ada pro dan kontra. tak perlu diperbandingkan seolah mengharapkan kemenangan ayam yang bertanding kokok dengan itik....

      Delete
  5. heehe,. sy PTD bertugas di salah satu JPN di utara,. isu ni dr tahun 2007 lg., klu ade yg brtanye sy jawab.. TAK KISAH PN.. 27 kesatuan je,. knp tak ckp ade 270 ribu tanda tangan guru yg nk berdemo dpn KPM klu PTD tak kluar dr KPM.. peace.

    takde la, komen atas ni saje2 je emotional.. exactly kami di JPN takde ape2 pn, peg2 DG yg bekerja sekali boleh je bagi kerjasama, sbb dieorg dh faham apa tugas PTD di situ. kami bekerja tanpa memihak pada mana2 pihak, (cikgu2 ni pn byk puak, rajin jgk bergaduh sesame dieorg). so as neutral PTD boleh bertindak tanpa ada sebarang conflict of interest atau ada2 apa2 kepentingan kpd2 mana team dg.

    spt di atas kami tak campur pn dgn core business DG, pengurusan akademik, pengurusan sekolah, pengurusan kokurikulum, Sukan, peperiksaan, dll, semua DG yg buat.. kami hanya membantu menyediakan pengurusan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan, perolehan, dan perjawtan bkn DG. utk support core business cikgu2..

    ni yg bising2 ni sbb tak dpt naik pangkat kot.. cikgu skrang time based pn boleh smpi 54,. PTD ade time based..? klu ade rezeki dan hebat blh la smpi54 dn naik pengurusan tertinggi,. klu takde kekosongan jawapan, takat 48 or 52 je la..

    ReplyDelete
  6. bagi je gred kemasukan guru2 ni JUSA A... diam la diorang...

    ReplyDelete
  7. Gaji dan elaun-elaun cikgu pun dah tinggi dari skim-skim yg ada dalam Malaysia..ada lagi jugak yg tak puas hati lg..korang nak mendidik ke atau nak jadi mentadbir?...aduyai..Bahasa Pasarku kepada 27 NGO tuh..ADO KU KESAH NGN SIKAP KORANG!!!KALU DIRI SENDIRI DAH MALAS,JGN SALAHKAN SKIM LAIN PLAK...

    ReplyDelete
  8. Mana pergi Ketua Perkhidmatan Guru-guru a.k.a Ketua Pengarah Pelajaran dalam hal ini? Cuba komen sikit...betulke seperti didakwa oleh persatuan2 ni? urusan perkhidmatan adalah bidang kuasa KP Pelajaran, maka jika ada guru yg rasa terancam, sila salahkan KP Pelajaran anda kerana tidak menjalankan tugas dengan baik..atau semua ini adalah agenda KP Pelajaran? baling batu, sembunyi tangan?

    ReplyDelete
  9. From Sky: Saya sangat bersetuju dengan keterangan berikut:- "GURU BERTUGAS UNTUK MENDIDIK DAN MENGAJAR ANAK BANGSA DENGAN KUALITI PEMBELAJARAN YANG TINGGI DAN BUKAN BERKECIMPUNG DALAM BIDANG PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN (KECUALI SEBAGAI PENGETUA/PEN PENGETUA/GURU BESAR, ETC)".

    p/s: Guru sudah semakin hilang semangatnya mendidik anak bangsa. Patutlah guru sekarang ini tidak lagi dihormati berbanding para guru pada masa dahulu.

    ReplyDelete

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...