Thursday, January 26, 2012

NUMEROLOGI...



Tetiba terasa nak menulis tentang numerology…

Sejarah saya dan numerology…

Saya baru tahu tentang kaedah ini pada tahun 2006 ketika mengikuti bengkel  perubatan metafizik ‘terapi warna atau aura’ di kolej semasa saya belajar secara percuma kerana ditaja oleh kolej tersebut..
Saya tahu secara tidak sengaja kerana salah seorang pengajarnya Kak Julie atau dr alya zara menumpang tinggal sebilik dengan kami.
Rupanya dia adalah pelajar seorang pengkaji nombor yang terulung dimalaysia dan tak perlu di tulis namanya.  Saya bagi Klu nya … orangnya pernah menjadi penulis tetap numerology dalam majalah wanita…. Hah dah tahu kan… maka di saat ini lah saya mempunyai secalit kepandaian yang ditinggalkan oleh sahabat saya ini dalam ilmu numerologi.

Saya memang tak pernah percaya pada tilik menilik ni. Apatahlagi kaedah numerology ini membawa kita kepada ramalan hidupan yang mendatang. Apatah lagi bila tilik menilik nasib adalah haram di sisi tuhan. Haram bawa dosakan…

Namun sudah menjadi lumrah seorang manusia yang dicipta kan tuhan
Kerana selain dari Nya yang maha kaya ilmu adalah para pencari ilmu
Selain dari Nya yang maha mengetahui
Adalah orang sering mahu mengetahui dan membongkar rahsia penciptaan Nya.

Faham tak maksud saya yang mendalam tu….???
Atau bahasa mudahnya… sudah jadi naluri manusia yang sering mahu membongkar sesuatu yang misteri…

Bila saya fikir kembali dan bawa kepada beberapa siri perdebatan sama ada mereka yang bersifat liberal mahupun islamik. Akhirnya saya dapati numerology tidak lari dalam islam mahupun  kehidupan (islam adalah kehidupan). Kerana disebalik penciptaanNya tidak ada satu pun yang tidak bermakna….

Maksudnya…

Tidak ada satu pun yang dijadikan tuhan secara kebetulan. Setiap daripadanya ada penceritaannya.
Contohnya tidak berlaku satu kebetulan saya kenal anda, pada tarikh ini, ketika ini…. Bukannya pada ketika lain dan tarikh lain…

Tidak ada kebetulan nya tuhan telah tetapkan rezeki saya untuk mebina hidup dan beli rumah di kajang yang tak ada dalam perancang saya pun untuk jadi orang kajang. Tidak ada kebetulan malah pasti ada hikmahnya saya dapat rumah intermediate nombor 21 jalan 9/17 tuh…

Tidak ada kebetulannya saya ditakdirkan lahir pada 16 mac 1982 atau 20 jamadilawal 1402 H. malah cukup saya percaya ada hikmahnya…

Lebih mengkagumkan bila kita berdiskusi tentang rahsia numerology dalam al=quran. Seolah kita sedang membongkar rahsia alam…. Tak perlu saya jelaskan kerana umum sudah tahu pengiraan bilangan air/sungai/laut disebut, bilangan daratan disebut, bilangan bumi disebut, bilangan kalimah allah disebut yang akhirnya berbalik kepada kebenaran nyata mengenai kehebatan betapa tuhan tidak mentakdirkan sesuatu menjadi sesuatu tanpa sebab hatta bilangan nombor sekali pun… akan ada penceritaan nyatanya. Atau pernah tak anda mendengar rahsia disebalik peristiwa 11 09 (bangunan WTC US yang runtuh tu) telah disebut secara kiasan nombor dalam al-quran…? Apakah ia suatu kebetulan???
Atau
Bila kita menatap surat per-1 dalam alquran yang mempunyai 7 ayat. Dalam numerology 1 adalah yang yang memimpin/mendahului… dan tujuh adalah nombor petala/alam/ milik tuhan atau yang perlu diikuti… 1 dan 7 membawa kepada 17. Sebagaimana surah ini wajib dibaca sebanyak 17x sehari disetiap rakaat solat wajib….
atau
Contoh lainnya adalah; perkataan-perkataan yang memiliki maksud yang berlawanan di bawah ini ditemui dalam al-Quran pada JUMLAH YANG SAMA.
AL-HAYAH (HIDUP)
145X
MAWT (MATI)
AN NAF’ (MANFAAT)
50X
AL MADHARRAH (MUDARAT)
AL HAR (PANAS)
4X
AL BARD (DINGIN)
AS SHALIHAT (KEBAJIKAN)
167X
AS SAYYI’AT (KEBURUKAN)
AL THUMA’NINAH (KETENANGAN)
13X
AL DHIQ (KESEMPITAN)
AR RAHBAH (CEMAS)
8X
AL RAGHBAH (HARAP)
AL KUFR (KEKUFURAN)
17X
AL IMAN (KEIMANAN)
Jumlah yang seimbang di atas menggambarkan suatu kerangka kekunci metamatik yang begitu unik. Ia juga BUKTI bahawa Al-Quran bukanlah dogengan Rasulullah SAW seperti yang dituduh oleh kaum Quraisy pada masa hayat baginda. Banyak lagi contoh yang lain. Semuanya ini akan membukakan JENDELA PEMAHAMAN bahawa Al-Quran juga memiliki ILMU METAMATIKA yang tinggi. Rahsia di sebalik Nombor di dalam ISLAM ternyata mampu memberi MAKNA dalam pengibadatan sekiranya dihayati dan difahami. Contohnya, apabila kita menghitung ruas tulang jari-jari tangan dan kaki kita maka masing-masing memiliki 19 ruas tulang. Kita memiliki dua tangan dan dua kaki, jumlah ruas tulang tersebut adalah 19 x 4 = 76. Adapun surat ke-76 di dalam Al-Quran adalah Surah Al Insan yang bererti manusia. Adakah ini kebetulan atau “BERADA DALAM UKURAN-NYA”??.

Maka ternyata dan pasti… saya cukup percaya tidak ada satupun yang dijadikan tuhan sebagai kebetulan tanpa sebab hatta sebesar zarah atau sebiji nombor sekali pun kerana ciptaan tuhan itu maha sempurna.

Bila anda membaca penyataan panjang lebar diatas… apakah tanggapan anda pada numerology…
Tak boleh percaya?
Haram?
Boleh dijadikan sekadar panduan dan perancangan ?
Memang boleh percaya?

Adakah numerology itu…
Memang satu cabang ilmu yang boleh dituntut macam matematik…. BM… BI…. Yang membawa manfaat dalam kehidupan.
Atau ia dalah satu ilmu yang ciptaan tiada asas… (macam tilik menilik yang tak ada asas) contoh… kalau wanita mengandung tapi masih Nampak pinggang (lekuk pinggang) tanda anak lelaki… tapi tak tau kenapa…
Atau ia adalah memang satu cabang ilmu berdasarkan satu kajian yang empiric… atau hampir empiric (membawa kepada satu pembuktian). Contoh kalau kita dapat detect kehadiran metana disesuatu kawasan akan membawa hampir 70% kepada penemuan petroleum. Atau kehadiran meta air panas bermakna kita berada dalam kawasan lingkaran gunung berapi/ terdapat magma yang aktif.

Dimana kedudukan anda…

Dalam ilmu numerology anda akan diterangkan dari mana tafsiran 1 hingga 9 itu datang… dan apa makna kombinasi nombor-nombor….

Walau dimana jua kedudukan anda atau saya… saya tidak pernah ambil peduli.. kerana semakin difikir rasanya semakin tak membawa jawapan… (macam kita fikir nyamuk yang hinggap pada khinzir dan kemudian hinggap pada kita yang telah berwuduk… batal tak air sembahyangnya?). tapi pernah tak anda perasan dalam kehidupan anda anda sentiasa dilingkungi atau didekati dengan satu atau dua nombor yang sama. Contohnya seperti mama saya yang sering didampingi nom 11, atau saya sendiri yang selalu terserempak dalam liku hidup dengan nombor 3 dan 6.

Justeru walau di anugerahkan dengan sedikit kepandaian mengira kaedah numerology ini mengikut tarikh-tarikh dalam kehidupan,  saya suka untuk kita semua bergantung kepada usaha serta doa tanpa berfikir sangat tentang numerologi kerana pasti kita cukup kurang dengan pemahaman ilmu ini… (walau kekadang selalu jugak terfikir)

sekian...

1 comment:

  1. Assalam..hasna..lama xjumpa ko..suka la baca belog ko ni..teruskan menulis..aku suka cara ko berfikir..k tk care

    ReplyDelete

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...