Tuesday, January 17, 2012

PENEROKAAN MARIKH: SAMBIL MENYELAM MINUM AIR


Setelah menonton sebuah dokumentari berkenaan penerokaan marikh dan betapa kuasa barat begitu komited dalam pelaburan itu maka suami saya membuat kesimpulan batapa kuasa barat mahu musnahkan bumi sehingga mencari planet lain untuk didiami…

Namun pemikiran saya lain pula….

Marikh planet mati….
Lebih baik cari sisa kehidupan dibulan dari marikh….

Persoalannya kenapa lebih tinggi usaha penerokaan maroikh berbanding bulan dan planet atau gugusan bintang lain yang berhampiran dengan bumi??

Setelah menambah meneliti ilmu yang diberikan oleh dokumentari tersebut maka kesimpulan saya satu…

Boleh buat duit di marikh….?
Tercengang suami saya…?
Dalam dokumentari batrat tersebut penekanan yang diberikan adalah mencari sisa kehidupan yang pernah wujud di planet tersebut…
Tersiratnya… mencari petroleum di planet tersebut…
Ha ha.. ada betulkah????

kita ulang balik cerita-cerita study zaman dulu dulu…
kan kita tahu… petroleum terhasil daripada pereputan sisa hidup jutaan tahun dahulu…. Mungkin waktu tu zaman dino agaknya… yang telah mendap jauh kedalam perutbumi. Anata tanda-tanda kehadoiran petroleum adalah kehadiran gas metana. Upgrade sikit boleh jadi gas asli. Menjadi gas asli juga memerlukan masa yang panjang tetapi tidak lah sepanjang masa menghasilkan petroleum. Metana adalah gas yang terhasil akibat aktivi pereputan sisa hidup….

Jika para saintis telah menjumpai gas metana di marikh (memang dah jumpa pun ….) maka tidak mustahil sedikit masa lagi penemuan petroleum pula (atau mungkin dah jumpa tapi dah tiwar-warkan). Penemuan petroleum di marikh adalah sangat kritikal kepada dunia barat kerana kuasa barat bukan pennghasil atau penjana petroleum . tapi merupakan kuasa yang paling banyak menghabiskan petroleum yang dikorek oleh Negara-negara yang diberi rezeki oleh Tuhan.

Dan memandangkan data kandungan petroleum dunia adalah semakin menyusut dan akan berada diparas kritikal pada 20 tahun akan datang jika penggunaan petroleum tidak dikurangkan secara drastic… maka kuasa barat tidak boleh lagi bermegah dengan teknologi yang sering ditakut-takutkan kepada Negara membangun mahupun dunia ketiga….

Kesimpulannya….

Sambil menyelam minum air…
Sambil mencari ilmu menmbah harta juga…

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...