Tuesday, January 17, 2012

SAMAADA PEMBELAJARAN TADIKA DIUBAH ATAU SISTEM PENGAMBILAN PELAJAR TAHUN 1 DIUBAH....

Kanak-kanak dibandar memang lebih bernasib baik dari diluar bandar....
walaubagaimanapun usaha kerajaan cuba merapatkan jurang pendidikan mereka namun ia masih sukar dibendung...
kewujudakan tadika-tadika swasta di bandar ibarat cendawan tumbuh. malah ia menawarkan mutu pembelajaran yang jauh lebih baik. seawal kanak-kanak berumur 3 tahun lagi... tadika ini sudah mula memberi perkhidmatan pembelajaran... bukan separuh hari seperti  diluar bandar, tetapiu seharian sebagaimana waktu bekerja ibu bapa itu sendiri. dari jam 8 pagi hingga 5 petang. 

walaupun silivers yang diajar tidak berat dan membebankan... lebih kepada membangunkan kemahiran dan daya kreativiti kanak-kanak... namun ia berjaya mematangkan kanak-kanak dalam usia yang muda. seawal 4 tahun... pergerakan otot motor telah sangat baik sehingga kanak-kanak ini mampu menghasilka lukisan indah seperti pelajar tahun 1. ramai antara mereka telah boleh membaca dan membuat pengiraan mudah. ramai anatara mereka telah menguasi bahasa melayui dan inggeris. 

maka ramai juga antara mereka yang dihantar bersekolah tahun pertama di sekolah private/antarabangsa yang menyediakan kemudahan berdasarkan tahap pencapaian kanak-kanak (lompat kelas...) berbanding sekolah dibawah kementerian pelajaran yang dianggap mengulang pembelajaran semasa ditadika...

berapa ramai ibubapa di bandar-bandar yang menerima rungutan dari anak-anak mengenai kebosanan belajaran dan dan buat kerja rumah kerana mengulang ilmu yang sama... itu yang terjadi kepada anak-anak rakan-rakan saya di bandar. malah hampir kesemuanya menyarankan supaya anak saya tidak dihanatr ke tadika terlalu awal. bagi mengelakkan kebosanan ilmu.... 

Persoalannya adakah sistem pengambilan dan sukatan pelajaran sekolah-sekolah malaysia yang sudah tidak relevan atau sukatan tadika yang perlu diubah supaya tidak terlalu advance.

perlu diingatkan ...
fenomena ini hanya wujud di bandar-bandar sahaja.....
kadang-kadang bandar-bandar kecil
jarang-jarang di luar bandar dan pedalaman

Munfgkin tadika-tadika di bandar-bandar tidak perlu terlalu memfokuskan kepada kemahiran 3M yang telah pun menjadi fokus kementerian pelajaran bagi tahun 1,2,3. 
mungkin tadika dibandar boleh menawarkan peluang apa yang terdapat di luar bandar tetapi tidak terdapat di bandar. 

kerana tidak dinafikan kanak-kanak diluar bandar lebih aktif, kreatif dengan kemahiran hidup lebih tinggi. mana tidaknya kalau umur 3 tahun  dah boleh panjat pokok setinggi 2 meter. berbading kanak-kanak bandar yang mengalami masalah obesiti akibat abses pada teknologi seperti TV dan komputer. mampu menyelesaikan masalah hidup yang ringkas dan berdikari berbanding disediakan sepenuhnya oleh pembantu rumah ataupun pembantu / cikgu tadika.... mengenali lebih banyak jenis pokok, haiwan daripada mengenali lebih banyak nombor dan huruf....

Saya...
yang mana satu lebih baik????

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...