Hah.. hah… terrajin pulak buat entry lagi. Almaklum DSA (defence sevices asia) 2012 dah habis. Maka habis jugak minggu sibuk saya… tak buat apa pun Cuma buat pameran… tapi nak menguruskannya alahai… leceh bagai… so minggu ni kira releks sikit kan…
Nak kongsi bersama-sama tentang doa Manzil. Saya tak pernah tahu pun… tapi baru tahu… jadi kita kongsi bersama-sama. Biasanya lepas asr dan subuh kita baca matsurat kan… sama jugak doa manzil ni. Elok dibaca selepas asar dan subuh. Tujuan doa ini adalah untuk perlindungan tempat berteduh. sebab seorang rakan rapat saya baru kena pecah rumah… (dah familiar sangat aktiviti ni) maka elok sangatlah diamalkan doa ini sebagai pelindung.
Doa ini rupanya ada story sendiri. Sebab saya pun dengar cerita dari en suami maka apa yang saya tulis adalah apa yang saya dengar. Rasulallah saw ada berjanji bahawa barang sesiapa yang mengamalkan doa ini maka akan terpeliharalah rumahnya dari sebarang malapetaka. Ok lebih kurang gitulah…
Maka nak dijadikan cerita pada zaman selepas wafatnya rasulallah, ada seorang alim yang diberitahu bahawa rumahnya terbakar. Tapi dengan releksnya dia jawab. Tak… rumah aku tak akan terbakar… datang lagi seorang hamba bagi tahu benda yang sama… bahawa rumahnya terbakar. Dengan releks jugak dia jawab. Tak… rumah nya tak akan terbakar… berulang-ulanglah dialog tersebut setiapkali alim ini bertembung dengan orang yang melaluinya. Jawapannya tetap sama. Rumahnya tak akan terbakar. Puas orang ramai menasihati alim ini bahawa memang benar rumahnya telah terbakar… tapi alim ini tetap tidak mahu mempercayainya. Sebagai bukti… dia pun melangkah melihat rumahnya. Memang betul api sedang marak… tapi bila api surut… rumahnya tidak ada sedikit pun calitan kebakaran. Orang ramai menjadi hairan. Maka diterang oleh alim ini bahawa rasulallah telah berjanji jika aku amalkan doa ini maka Allah tidak membenarkan sebarang makhluk pun mendurjanakan rumah ku. Bagitu teguhnya kepercayaan Si alim ini dengan amalan doa manzil dan kuasa Tuhan yang melindunganya.
Bila saya search manzil ini… maka sebanarnya doa manzil ini adalah doa perawatan dan perlindungan dari gangguan makhluk terutamanya makhluk halus.
Diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab radiallahu `anhu: Saya duduk di sisi Nabi sallallahu `alaihi wasallam, datang seorang lelaki Arab lalu berkata: “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya aku dilanda satu musibah.” Bertanya Nabi: “Apakah musibah tersebut ?” Dia berkata: “Sakitlamamun (sejenis sakit yang mengganggu kesiuman seseorang – HF) Berkata Nabi: “Datanglah (menghampiri) aku.”
Lalu baginda meletakkan dia di antara kedua tangannya dan berdoalah Nabi s.a.w. dengan membaca:
[1] al-Fatiha
[2] 4 ayat pertama surah al-Baqarah.
[3] ayat 163 & 164 surah al-Baqarah (wa ila hukum ilahuw-wahidun………….).
[4] Ayat al-Kursi (al-Baqarah ayat 255).
[5] 3 ayat terakhir surah al-Baqarah.
[6] ayat 18 surah `Ali Imran (Syahidallahu annahu la ilaha illa huwa………….).
[7] ayat 54 surah al-A’raaf (Inna Rabbakumullahullazi……………).
[8] ayat 116-118 surah al-Mukminun (Fata’alallah al-Malikulhaq…………..).
[9] ayat 3 surah al-Jinn (Wa annahu Ta`ala jaddu………..).
[10] 10 ayat pertama surah al-Saffat.
[11] 3 ayat terakhir surah al-Hasyr.
[12] 3 surah terakhir al-Qur’an (al-Ikhlas, al-Falaq & al-Nas).
Berkata Ubay bin Ka’ab: Setelah itu bangunlah lelaki tersebut seolah-olah dia tidak mengalami apa-apa masalah langsung.
Sama ada versi pertama atau kedua kedua-duanya menyokong untuk berserah kepada Allah dalam penyelesaian masalah seharian. Dan saya rujuk pula penulisan Dr Mohd Puzhi Usop yang membezakan manzil dan mathurat:
“Manzil mempunyai banyak kebaikan dan terbukti pada mereka yang mengamalkannya. Dari pengataman, manzil ini sangat mustajab untuk menyembuh penyakit khususnya yang ada kaitan dengan sihir dan kerasukan jin.
At-Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamatkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah orang yang paling mengetahui bertapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.”
At-Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamatkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah orang yang paling mengetahui bertapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.”
terima kasih...bacaan untuk ilmu yang sangat bagus..
ReplyDeletegembira dapat berkongsi
DeleteTerima kasih..sangat membantu
ReplyDeleteTerima kasih..sangat membantu
ReplyDeletebagus...sebagai ilmiah
ReplyDeleteOrg alim tersebut ialah seorang sahabat nabi bernama Abu Darda ra.
ReplyDeleteUtk peristiwa rumahnya yg tidak terbakar itu, beliau membaca 'Doa Abu Darda' (juga ada dlm kitab Manzil)