Wednesday, April 25, 2012

My Preschooler Aiesyah...

Aiesyah dah dua bulan pergi taska. Bulan yang pertama penuh dengan air mata. Bonda naik tension… tak nak pergi sekolah…. Rumah mama pun tak nak (rumah pengasuh). Nak berkepit aje dengan bonda.  Bila sampai depan sekolah… aiesyah akan menangis dan merayu… buat mata dan memek muka yang paling sayu…. Sampai bonda pun naik sedih dan sayu… tak sampai hati nak hantar aiesyah gi tadika… Aiesyah mula dapat sindrom berkepit dengan bonda nih… sebelum bonda hantar aiesyah pergi sekolah lagi. Susah hati bonda. Kat rumah pun tak nak dengan ayah. Nak bonda jugak. Balik rumah nenek pun sama… nak bonda jugak… jadi terpaksa bonda bawak aiesyah ke mana. Masak dengan aiesyah… pergi bilik air pun kadang-kadang bonda bawak aiesyah.

sampai ke syah alam cari ubat penawar untuk aiesyah yang suka sangat berkepit dengan bonda.. ayah belikan ektraks bunga ros terapi ‘seriwajah’ je sebenarnya kat kedai CVT (color vibration therapy). Buat baca yasin dan doa. Sapu di muka aiesyah hari-hari. lepas seminggu jangan kata tak nangis… siap jalan sendiri pergi tadika dari kereta. Tak payah bonda nak hantar. Sekarang rutin aiesyah setiap pagi pergi taska dan bonda akan ambil tengahari hantar ke pengasuh… aiesyah pun dah faham rutinnya tu. Tapi kadang-kadang dia buat jugak perangai… nak pergi rumah nenek katanya. Ada siti ada abang dan adik… (sepupunya). He he… rumah nenek aiesyah tu 5 jam baru sampai tau !

Waktu mula-mula hantar aiesyah (time air mata gitu) ramai kawan-kawan yang kesian kan aiesyah. Kecik lagi dah hantar ke sekolah (2 tahun 3 bulan waktu tu). Tapi saya berkeras hantar jugak. Sebab aiesyah ni pesyen nya sombong sangat. Tak berkawan. Lagi pun di tadika teacher tak ajar sangat pun. Lebih kepada main-main untuk tingkatkan confident level dan kreatif skill. Dalam 4 jam di tadika (8.30-12.30) hanya sejam sahaja masa belajar. Sejam dah habis kat makan. (jam 10 dan 12). Tinggal dua jam, teacher akan buat 2 jenis permainan berkumpulan, sesi menulis / melukis dan bebas main sendiri. Main tepung… buat collage (betulkah saya eja?), buat kereta dengan kotak ramai-ramai… coloring, menari, menyanyi dan macam-macam lagi. Sekolah aiesyah pun tak ramai kawan-kawan. Adalah dalam dekat 10 orang sahaja. Senang teacher aiesyah dua orang tu nak control.

Puas main… tengahari di rumah pengasuh… aiesyah akan bantai tidur. Letih agaknya… Sekarang kalau Tanya aiesyah… nak pergi rumah mama (pengasuh) atau nak pergi sekolah? Aiesyah akan jawab nak pergi sekolah. Di sekolah ada slide dan ada banyak mainan. Best katanya. Senang hati saya…

Meh saya promote sikit. Aiesyah pergi tadika Nasyah cawangan tempat kerja saya. Baru bukak. Sebab di tempat kerja saya ada bangunan tadika. So kira baru beroperasi. Selain daripada di tempat kerja saya… Nasyah ada 6 cawangan lagi. 2 di B.B.Bangi, satu di kajang, dan 3 lagi di putrajaya. Konsepnya adalah English Islamic.

Bagi aiesyah yang dah hafal 1-20, dia diajar mengenal nombor pulak. Setakat hafal belum tentu kenal nombor. Sekarang aiesyah sedang diajar untuk hafal abc. Iqra’ pulak… dalam sebulan belajar aiesyah dah boleh baca a sampai tsa (alif, ba, ta tsa). Sebab aiesyah dah pandai… bonda pun malam-malam dah tahu ngelat nak ajar aiesyah baca iqra’. Kat rumah aiesyah nyanyi lagu abc yang tunggang langgang… bonda senyum saja.

Silivers untuk 2-3 tahun banyak dikenalkan kepada asas nombor, huruf, warna, bentuk dll selain latihan intensif dalam mengerakkan saraf motor terutama tangan untuk membantu menulis kelak. Aiesyah berlatih mencorakkan garisan lurus, garisan berombak, garisan bersegi-segi dll. Jadi aiesyah dah pandai sikit mewarna sekarang (hobi aiesyah dimalam hari).

Saya tak kisahpun  pasal silivers sangat… bagi saya ia adalah extra mark. sebab saya tahu aiesyah sangat kecil lagi untuk belajar. Biarlah aiesyah seronok di taska. Main sambil belajar… waktu kecil memang patut anak-anak habiskan masa dengan aktiviti exploring untuk membuka minda… biar lebih kreatif dan pandai berfikir. Di Bandar tak macam di kampung. Di kampung Siti nelly (sepupu aiesyah) boleh ikut nenek explore kebun bunga nenek di belakang rumah. Petik bunga, kejar rama-rama.menyorak tupai… hambat kambing…kadang-kadang ternampak monyet. Sikit masa lagi… pandailah si nelly tu panjat pokok pulak… exploring the nature… di Bandar, kebun mana pulak aiesyah nak kergabat. Rama-rama pun cam nak pupus je… Ha ha… jadi biarlah aiesyah main kat taska dia…

Sebagai hadiah untuk aiesyah yang dah sikit baik sekarang… nanti kita ajak ayah pergi zoo or taman burung ( haha… dah 3 kali aiesyah pergi…tak de tempat lain ke bonda nak bawa..?). 

 Aisyah kata dia tengah lukis cat. ada nampak macam cat tak?


 penat melukis... aiesyah akan tergadang depan TV tengok kartun.. kadang-kadang sampai terlena...

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...