Wednesday, April 18, 2012

PENENTU UKUR KEJAYAAN WANITA?



vs













Bila saya tonton kaca tv yang selalu menyiarkan laporan kejayaan wanita wanita atau menampilkan wanita-wanita dalam arus kepimpinan khususnya… saya mula terfikir bahawa zaman ini telah berubah. Monopoli wanita dalam kepimpinan seluruh dunia juga bertambah. Ramai wanita-wanita samada Malaysia mahupun diperingkat antara bangsa mengetuai organisasi mahupun menjadi perdana menteri yang memecah kuasa hegemoni lelaki.

Wanita-wanita ini adalah pelakar sejarah dunia dan amat sesuai sekali dikategorikan wanita yang berjaya. Kemudian saya mula terfikir… bagaimanapula wanita-wanita golongan pertengahan seperti saya ataupun yang introvet seperti suri rumah. Apakah mereka ini tidak layak dikatakan Berjaya?

Saya mula terfikir apakah sebanarnya pengukur kejayaan wanita?

Menjadi wanita ekstrovet yang berkepimpinan tinggi memerlukan kesungguhan dan komitmen. Juga hasrat yang jitu kerana ia melawan daripada naluri seorang wanita. Naluri wanita yang lebih cenderung menguruskan keluarga dan memastikan keberjayaan suami dan anak-anak (mungkin kedengaran agak kolot). Bagi wanita yang tidak berkeluarga factor kecenderungan ini mungkin senang sekali ditolak dan tidak menjadi persoalan arahtuju yang mengelirukan.

Tidak pernah saya terfikir tentang hal ini sehingga saya mempunyai cahaya mata. Sebelum ini saya bercita-cita sangat tinggi dalam kerjaya. Sehingga bila mempunyai seorang cahaya mata saya mula mengalami personality confuse. Mengatasi cabaran kerjaya menuntut pengorbanan masa bersama keluarga dan mengatasi cabaran keluarga pula menuntut pengorbanan kerjaya.

Bayangkan anda yang bekerja jam 7 pagi hingga 5 petang dan acapkali pulang lewat. Bagi tinggal berdekatan mampu sampai menjengok wajah anak seawal jam 5.30 petang. Bagi tidak bernasib baik menghadapi masalah kesesakan mahupun pulang lewat akibat desakan kerja… mungkin seawal jam 8 malam baru dapat menjengok perkembangan anak. Bagi ibu yang bekerjaya mungkin ada extra pengurus rumah tangga. Bagi yang tidak berkemampuan seperti saya… memasak bukan lagi rutin harian. Dalam keletihan akal fikiran… jam 8 malam si ibu masih gagah cuba mengajar anak atau membantu anak dalam cuba memberi didikan norma-norma kehidupan dalam menjadi anak cemerlang. Bagi yang tidak… terpulang pada jiwa anak-anak sendiri dalam membawa haluan hidup.

Maka saya bayangkan bagaimana kegidupan wanita-wanita pelakar sejarah ini mengawal arus dunia seharian. Bagaimana mereka ini mengekang dan menidakkan urusan-urusan wanita / keluarga seharian.

Jika wanita golongan pertengahan seperti saya hanya mempunyai peluang 3jam sehari (jam 7 malam-10 malam; selebihnya tidur) untuk keluarga, berapa agaknya kelapangan wanita wanita seperti ini dalam pembentukan keluarga???

Mungkin juga zaman ini hidup bekeluarga hanya hujung minggu??? Maka wanita hanya menjadi ibu dihujung minggu…

Maka kita kembali kepada kayu ukur kejayaan seorang wanita…. Jadi dimana sebenarnya penentu ukur kejayaan wanita?

Anak yang ramai?

Wanita bekerjaya?
Mahupun…
Wanita yang Berjaya dalam kejaya?

Wanita yang cemerlang dalam pengurusan keluarga?

Rumah yang kemas teratur…
makan pagi/tengahari/malam yang siap dimasak terhidang di atas meja?

Mahupun…
Wanita yang melahirkan/membimbing generasi(anak) cerdik pandai?
Meluang masa mengajar anak membaca dan mengira?

Atau

Wanita yang menemui semua perkara di atas??

Bagaimanapula dengan wanita yang menjadi ibu tunggal?

Jika wanita hari ini mempunyai konflik kerjaya dan keluarga seperti di atas akibat keperluan perlunya wanita bekerjaya (membantu suami), seharusnya lelaki juga perlu mempunyai konflik yang sama juga bukan? Kebanyakan lelaki tidak bersetuju isteri behenti kerja akibat desakan ekonomi yang tidak mampu dimiliki. Maka seharusnya lelaki juga perlu mewujudkan konflik kerjaya keluarga ini…
Berapa sahaja lelaki yang mengambil tahu perkembangan anak dan mengambil bahagian dalam pengurusan rumah tangga (memasak/membasuh / menidurkan anak/ berjaga malam, dll)??? ; memandangkan lelaki mempunyai naluri yang kurang cenderung kearah pengurusan keluarga…

Mahu tidak mahu
Suka tidak suka
Wanita hari ini perlu menjadikan diri mereka cemerlang memadangkan zaman ini menjanjikan cabaran yang lebih tinggi. Tunggu sahaja hari esok mungkin wanita-wanita masa hadapan perlu ada strategi serampang dua/tiga/empat mata dalam meniti kehidupan seharian…

Saya???
saya membayangkan bagaimana nanti jika saya punyai 4 orang anak seperti kakak saya... 
seorang pun sudah cukup buat saya pecah kepala... rumah bagai dilanggar garuda... tidur yang jarang lena... setiap pagi yang bekejar ke tempat kerja (sebab lewat menguruskan anak). 
eehhhmmm...

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...