Agak mengecewakan dikalangan kita yang terpelajar masih ramai yang tidak arif mengenai anak yang mampu dicorak sejak awal kandungan mahu pun sebelum kandungan. Ramai yang lebih berpendapat ‘ segalanya atas kehendak tuhan’.
Bukan tidak mengakui frasa di atas (frasa tersebut benar dan tidak disangkal)… namun itu adalah kenyataan yang bagi saya keluar dari mulut yang tidak berusaha.
Bagi saya… segala yang dicipta tuhan adalah bersama dengan Ilmunya. Setiap yang terjadi ada asal-usulnya.
Selain Dia yang mencipta ilmu adalah kita para pencari ilmu.Maka sudah menjadi tanggungjawab kita yang tidak mencipta ilmu untuk mengungkai misteri dalam ilmu-NYA.
Atas dasar itu… segala kehendak tuhan yang terjadi saya optimis ada asasnya… bukan terjadi sebegitu sahaja. Cuma kekurangan ilmu manusia tidak dapat menjangkaunya. Tidak diragui Kuasa tuhan itu memang menlangkaui segalanya. Kerana itu… ada yang puas berusaha namun tidak mendapat hasilnya.
Namun tuhan itu maha adil sifatnya… yang berusaha diberikan hasil.
Di dalam bacaan dan perdebatan saya… saya mencari solusi dalam menghasilkan anak yang bijak dan cemerlang. Ternyata ia bukan boleh dibentuk semudah begitu sahaja. Komitmen ibu dan bapa adalah ketika bermulanya nyawa di dalam kandungan.
Pembelajaran seawal kandungan
Ahli ilmuan berdebat…. 4 imam yang tersohor sudah boleh menghafaz alquran seawal usia anak saya sekarang (2 tahun). Nyata ramai ulama yang berpendapat pembelaran bukan bermula seawal di dunia malah sejak di alam kandungan… bayi dan otak diransang dengan ayat-ayat hafalan. Memori separuh sedar anak yang telah wujud dalam kandungan lagi menyimpan segala memori tersebut dan menunggu untuk dirungkai setelah otak sepenuhnya sedar dan dapat digunakan (bila nak sudah boleh berfikir). 4 imam yang istimewa ini telah bertemankan ayat-ayat alquran sejak diusia kandungan. (lihat susur galur imam-imam ini terdiri daripada keturunan alim ulamak).
Pemakanan adalah factor pembinaan sel otak didalam kandungan
Membikin otak anak ternyata menarik. Pemakan ibu menjadi pendorong utama sifat otak ini. Asal otak anak sempurna syukur kita panjatkan. Tapi bagaimana kita mewujudkan sebanyak mungkin sel-sel otak yang aktif dalam kepala anak anda? Bilangan sel-sel otak setiap manusia tidak sama. Sama seperti bilangan telur seorang wanita dengan setiap wanita lain juga tidak sama. Walaupun misteri sel-sel otak belum dapat dirungkai sepenuhnya secara saintifik, namun ia masih memungkinkan kita untuk berusaha dalam pembikinan sel-sel otak bagi anak-anak.
Sejak diawal kandungan wanita yahudi wajib memenuhi pantang larang pemakanan. Wanita-wanita ini wajib memakan buahan-buahan prun (tamar dan kismis) juga kekacang. Dua jenis buahan di atas sememangnya adalah makanan bagi minda (otak). Apa yang tersalur pada si ibu akan dibawa pada anak dalam kandungan. Sejak dari kandungan si anak diberi bahan peransang pembinaan sel-sel otak.
Agak jarang melihat budaya wanita di Malaysia yang berkepit dengan kurma, kismis, kacang gajus untuk menjadi makanan kudapan semasa mengandung. Sedangkan ketiga makanan tersebut adalah makanan pemberi tenaga yang tinggi selain kaya dengan mineral keperluan lengkap tubuh badan. Kerana itu… sudah cukup bagi Rasulallah untuk mengambil beberapa cubit roti dengan tiga biji kurma! Ia tidak menyempurnakan kehendak mengenyangkan perut tetapi sempurna bagi keperluan tubuh badan dari hujung rambut hingga hujung kaki seharian.
Susu Ibu
Susu ibu memang makanan utama bagi bayi. Percayalah secara am nya kandungan mineral dalam susu setiap ibu adalah sama. Namun kuantiti kandungannya ternyata berbeza. Ada susu ibu yang terlebih mineral ini terkurang mineral itu. Ada juga yang dapat menghasilkan susu yang mempunyai kandungan peratusan mineral yang sempurna. Apa yang membezakannya. Jawapannya berbalik pada makanan si ibu. Jika anda masih menyusu anak anda. Cuba bandingkan dengan susu rakan anda. Ada ibu yang menghasilkan susu yang agak cair berbanding sesetengahnya yang pekat.
Saya mula berfikir sejak pengasuh anak saya mula membandingkan susu ibu anak-anak asuhannya termasuk susu saya (dua tahun yang lalu). Susu yang saya dan seorang lagi ibu lain hasilkan sangat putih dan pekat. maka pengasuh anak kami hanya kenyangkan anak-anak dengan susu ibu. Berbanding dua lagi ibu yang agak cair susunya menyebabkan anak kerap minum dan terpaksa diberi makanan (susu formula) tambahan. Menyingkap pemakanan 4 orang ibu ini ternyata menarik. Seorang ibu yang menghasilkan susu pekat sentiasa dengan supliment-supliment yang diambil dan bermacam petua-petua orang tua-tua untuk menghasilkan susu yang banyak. Saya pula memang suka berkepit dengan kacang dan kismis sejak mengandung anak pertama sehingga sekarang. Seorang ibu kuat dengan pantang larang selepas melahirkan dan yang terakhir sangat sibuk bekerja sehingga makan sahaja apa yang ada.
Besarkan anak dengan peransang otak
Ajar anak suka dengan dengan kekacang dan buahan prun seperti kismis, buah tin atau kurma. Atau gantikan dengan supliment tambahan peransang otak yang kaya dengan glukos untuk meransang pertumbuhan otak. Ia tidak menambah sel-sel otak… kerana sebanyak mana sel-sel otak ketika anak dilahirkan itulah jumlahnya sehingga besar . makanan ini berfungsi untuk mengaktifkan sel-sel otak ke tahap yang lebih optimum.
Ramai ibu bapa yang memfokus kepada makanan sebagai peransang otak. Namun sebenarnya makanan ini hanya menyedia kondisi otak untuk diransang. Peransangnya datang dari persekitaran. Jadi ransang keupayaan otak anak untuk berfikir dan berkreativiti tanpa had.
Lihat kejadian tuhan dari timur hingga barat
Kenapa orang barat badannya besar? Dan orang timur badannya kecil. Persekitaran Malaysia (melayu) sering kaitkan dengan factor keturunan. Bagi yang lebih suka penjelasan saintifik seperti saya, saya suka jadikan factor pemakanan sebagai penyebabnya. Orang barat makanan utamanya berunsurkan daging yang kaya dengan protein tepu yang meransang pembangunan susuk tubuh. Kita kan belajar protein untuk pertumbuhan.
Lihat pula orang jepun yang susuknya comel. Sangat kurang makan daging. Sumber protein adalah dari protein kurang tepu seperti ikan atau protein tak tepu dari tumbuhan. Manusia timur ini sangat suka makan sayuran yang kaya dengan mineral aktif. Hasilnya…. Homo-sapien di sebelah timur ini memang mempunyai susuk yang kecil namun kemampuan akal yang besar. Penjanaan teknologi-teknologi baru segalanya dirintis di sini….
KEsimpulan
Bukan factor keturunan yang jadikan anak begitu dan begini…. Namun penjelasan saintifik dalam factor pemakanan dan persekitaran sejak dalam kandungan lagi yang mencorak anak begitu dan begini.
Saya
Jadi bila orang berkata anak saya susuknya tinggi kerana saya dan keturunan saya tinggi… maka akan saya jawab… sebanarnya aiesyah tu memang kuat minum susu…
Bila ada yang memuji di usia dua tahun tiga bulan ini sudah pandai mengira satu hingga sembilan belas… jawab saya… dia dah buat kira-kira add math dari dalam perut lagi. Sebab waktu mengandungkan aiesyah, saya suka selesaikan masalah matematik.
Bila teacher anak saya komplen anak saya susah nak diajar abc berbanding 123. Lebih suka mengira dari membaca… Saya jawab memang patutpun… sebab waktu mengandung bonda dia hidup dengan nombor je… tulis-menulis ni tersangat lah kurang (finance officer). Kalau nak pandai abc cepat, saya kena tukar gi buat kerja HR…banyak tengok huruf dari nombor….
No comments:
Post a Comment