Friday, April 27, 2012

Lee Myung Bak; Satu kisah Luar Biasa...


Ia adalah satu coretan mengenai kisah seorang yang biasa dan berakhir dengan luar biasa. Saya bawa anda keluar sekejap dari kepompong bumi Malaysia…

Jika kita di Malaysia Perdana menteri yang menjadi lagenda seumur zaman adalah Tun Dr M, di Korea President Lee Myung Bak Bagaikan Dr M di hati rakyat Korea selatan.

Kisah Lee Myung Bak bermula hanya sebagai rakyat jalanan. Ucapan perlantikan presidennya sangat menyentuh rakyat Korea Selatan…. (pun menyentuh hati saya juga)

“ saya berasal dari keluarga yang susah… saya pernah menjadi petani, menjual ais-krim, menjual sayur, menjadi buruh bangunan, menyertai kerahan tenaga ketika perang, menjadi tukang sapu membiayai pengajian saya di Korea University hingga lah saya menjadi pegawai biasa di Syarikat kereta Hyundai. Siapa sangka saya akan menjadi CEO Hyundai, menjadi menteri korea dan hari ini saya dipilih oleh anda untuk menjadi presiden korea”

“ selagi saya menjadi president, saya akan pastikan saya membawa mercu ekonomi Korea dan tidak akan sesekali menghampakan anda”

Lee seorang yang sangat keras hati… kerana itu dia tidak mengikut jejak keluarganya dan desakan untuk mencari hidup yang lebih baik tak pernah pudar. Kedegilan lee terserlah ketika mengetuai pimpinan mahasiswa Seoul menentang kerajaan seoul ketika itu sehingga dia disenarai hitam oleh kerajaan sehingga dia dipenjarakan…

Lee sangat disanjungi rakyat Korea Selatan dan merupakan bapa pembangunan dan permodenan korea. Lee terkenal dengan mentranformasikan Bandar korea kepada Bandar hijau sehingga mengalir sungai jernih di celah kepesatan Bandar Seoul….

Cerita Lee ini memberikan inspirasi bagaimana seorang yang berasal dari kaki jalanan mengubah bukan sahaja nasibnya tetapi juga mengubah sebuah negara… dan pandangan dunia…

Hari ini Korea selatan tidak lagi menoleh kebelakang. Korea di kenali dengan penakluk ekonomi dunia selain Jepun. Penguasa teknologi dengan taraf pendidikan rakyatnya yang paling tinggi….

Siapa sangka seorang buruh akan menjadi president ke-17 Korea selatan.

1 comment:

  1. thanks for sharing...semangat itu yg kt mahukan dan jd teladan tuk anak2. sesusah mcm mana skali pun, selagi ada usaha, insyaallah pasti berjaya

    ReplyDelete

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...