Wednesday, July 31, 2013

Pasar ramadhan....


Bulan puasa ni saya belum lagi ke pasar ramadhan…. Tapi bukan bermakna saya masak… sepanjang puasa hingga hari ini hanya beberapa kali yang boleh dikira dengan sebelah tangan sahaja saya masak…. (hujung minggu je lah)… selain itu saya beli di deretan gerai yang dibuka depan kedai kawasan yang berdekatan dengan rumah pengasuh Abu Bakr… senang… tak yah gi jauh-jauh…

Tak lah banyak sangat gerai…. Dan of couselah tak banyak sangat pilihan…. Tapi saya memang tak cerewet… entah kenapa sejak ada Abu bakr… saya makan main telan sahaja…. Tak ada nak teringin bagai… asal perut kenyang…. Biasanya jugak… saya Cuma beli main dish sahaja (biasanya nasiklah… nasik tomato ke… merah ke… beriani ke… minyak ke…) dan 2 biji donut wajib untuk aiesyah. Yang lain memang saya tak pandang…  jimat kan… tak sampai sepuluh ringgit…

Tapi entah kenapa semalam en Habib ajak pergi pasar ramadhan. Katanya dah bosan makan kat gerai-gerai kawasan rumah tu… Destinasi pasar ramadhan yang dituju adalah di sungai tangkas… memanglah kalah sikit dengan B.B.Bangi yang menjadi lubuk pakar-pakar masakan…. Tapi ok lah… Habibi dah pesan, buat satu round dulu pas tu baru beli. Saya beli laksa 2 bungkus dengan murtabak… masuk round ke dua en habib belum decide lagi nak beli apa… emmm tu baru sungai tangkas… belum jejak kat B.B.Bangi… akhirnya dia beli nasik ayam dara, cucur nangka dan air soya…. Aiesyah cam biasalah… dua ketul donut.

Nampak tak beza… kalau beli kat pasar ramadhan kecik… kecik sahaja kita belanja…, kalau kat pasar ramadhan besar… sikit besar jugak kita beli plus confuse lagi sebab semua pun teringin nak makan… terpaksa buat dua-tiga kali round… kan letih tu dan buang masa jugak.

Kata en Habib:
Sekali sekala…..

Saya:
Saya teringat… yang tahun lepas saya pernah beratur kat gerai ayam golek Bazar ramadhan PKNS B.B.Bangi mau sejam sebab ramai giler orang beratur sepanjang jalan… tapi ayamnya memang lazat menjilat jari.

1 year Little Abu Bakr AL-Kauthar


Dah nak habis julai dah… baru nak coret pasal Abu Bakr.
Abu Bakr dah genap 1 tahun pada 3 julai yang lalu. Abu Bakr lahir 3 hari sebelum nisfu sya’ban dan 2 minggu sebelum ramadhan yang meninggalkan kesan bonda tak puasa selama sebulan…





Setahun jaga Abu Bakr, Abu Bakr sangatlah baik….
Aiesyah dulu naughty sikit…
Abu Bakr banyak layan diri sendiri jer… tapi sekarang dah pandai berebut bonda dengan kakak. Dalam banyak keadaan Abu Bakr terpaksa mengalah… bonda selalu pujuk
Abu Bakrkan baik…..
Walaupun selalu kena slam dunk dengan kakak
Tapi kakak jugak yang Abu Bakr cari. Bila main dengan kakak Abu Bakr ketawa terkekeh kekeh.
Gigi Abu Bakr dah 4 batang di atas dan dua batang dibawah. Tak pandai jalan lagi… baru tengah mengagah… tapi dah boleh berdiri dan bolehlah sedua tapak.
Abu Bakr sangatlah suka layan azan… makan brokoli…. Biscut jenama biscotti dan sangat suka main remote, susun blok dan kereta… Nampak tak lelakinya… aiesyah dulu suka layan buku…. Abu Bakr jugak sangatlah suka buat aksi stunt yang tak padan dengan umur seperti memanjat tangga hingga ke aras atas, sofa, kerusi dan semua yang Abu Bakr boleh gapai…. Abu Bakr juga dah pandai match kan benda dengan penggunaannya seperti remote tv untuk tukar channel, pen untuk tulis, sudu untuk makan, dll yang simple….

Anak bonda yang kecil molek ni memang anak ayah…. Pantang Nampak ayah terus dia meluru…
Semoga Abu Bakr Al-Kauthar membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh…

 Bertateh dengan kakak

 Anak Ayah





Imam Muda.....

Monday, July 22, 2013

Allah The Greatest




Assalamulaikum

Sunday, 21st of Julai 2013, Ramadhan 11.

Secara tiba-tiba pagi itu aiesyah mengeluarkan statement yang tak semena-mena dan berkaitan dengan pagi itu...

Aiesyah:  Siang-siang mana ada hantu...

Bonda..: Habis... malam ada hantu ke?

Aiesyah: Tak apa... Allah kan ada

Bonda: Allah nak tolong ke?

Aiesyah: Allah kan hebat... dia tolong orang baik...

Bonda: Orang jahat Allah tak tolong?

Aiesyah: tak tolong lah... nanti orang jahat tu pukul Allah cam mana...? kesian Allah

Bonda:  @#!!? (ingatkan dia nak jawab Allah tak tolong sebab orang tu jahat...)

Pengajaran:

Please educate your children wisely that Allah is the Greatest and Allah helps all people although they are bad person. Allah helps and loves more to the kind people... (fail betul bonda educate aiesyah....)














Tuesday, July 16, 2013

Can u Survive???


Something for us to barely think about…..
What will wait for us in the future
Or what will we have??
Or think about your children
Is this what we call capitalism???
In the highest hope
I pray
For the better living
Because  I’m the victim
And it involving you too

So I give my completely agree of this article
Written by Prof M. Agus





PADA 5 JULAI 2013, Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan: (i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun); pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.


Alasan yang diberikan Bank Negara adalah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%.

Akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang).

Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.

Pertanyaannya, mengapa harga rumah mahal sehingga boleh membuatkan kita terhutang sampai ke tua? Bila rakyat bertanya hal ini, jawapan pemaju mudah sahaja, iaitu kerana barang kos pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam perkara lain lagi naik harga. Bagi ahli ekonomi, mereka menjawab kerana permintaan melebihi penawaran.

Saya pun hairan kenapa kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah ini? Apakah payahnya sangat untuk kerajaan menetapkan harga rumah mampu milik kepada rakyat, iaitu rumah yang boleh dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana yang harganya dalam lingkungan RM100-RM200 ribu sahaja.

Ini kerana saya lihat harga rumah yang ditetapkan oleh pemaju sekarang sudah di luar dari istilah rumah mampu bilik. Bayangkan bagaimana seorang yang baru bekerja boleh memiliki rumah jika harga rumah dua tingkat di Bandar Baru Bangi dengan keluasan 20”X70” pun sudah mencecah RM500 ribu. Bayangkan harga rumah kondominium di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit dan harga sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta. Siapakah yang mampu membelinya?

Bayangkan pula kalau ada hutang kereta, anak kecil 3 orang, kena beli lampin anak, bayar orang gaji, kad kredit, pakaian, persekolahan, minyak kereta dll, maka apa lagi yang tinggal? Bagaimana mungkin mampu untuk membeli rumah semahal ini jika pendapatan suami isteri hanya RM5 ribu sebulan sahaja dengan bayaran yang ditetapkan dalam masa 35 tahun. Jika suami isteri berpandapatan RM5 ribu pun tidak mampu, bagaimana bagi mereka yang berpendapatan lebih rendah dari itu?

Saya cukup risau dengan harga rumah yang tidak terkawal dan over priced ini. Sekarang ini pun dengan gaji RM6 ribu sebulan, belum tentu dapat membeli rumah yang berharga RM400 ribu. Andaikan si pembeli meminjam RM400 ribu sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun. Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun. Persoalannya, berapa ramaikah rakyat kita memiliki pendapatan RM6 ribu sebulan sekarang?

Apabila melihat kepada masalah harga rumah yang semakin ‘tidak masuk akal’ sekarang ini, saya terpanggil untuk membincangkan masalah ini. Saya sedih melihat nasib rakyat yang terhimpit dengan masalah ini kerana biarpun sudah berumur 45 tahun dan berkelulusan universiti, sehingga sekarang pun masih ‘menyewa’ lagi. Itu belum lagi mengambil kira mereka yang bekerja di bawah dari tahap gaji pegawai yang berkelulusan universiti.

Atas masalah harga rumah yang tinggi ini, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan berikut:

i. Turunkan kadar faedah daripada 4% kepada 2% sahaja untuk pinjaman kerajaan dan dari 6% kepada 3% sahaja untuk pinjaman bank bagi rumah pertama. Ambil perhatian kerajaan Kelantan tidak mengenakan faedah kepada kakitangan awamnya dan Public Bank hanya mengenakan kadar faedah sebanyak 1% sahaja kepada kakitangannya.

ii. Naikkan elaun perumahan untuk kumpulan sokongan dari RM180 sebulan kepada jumlah yang lebih wajar. Di Kuala Lumpur, sewa sebilik pun sudah RM250-500 sebulan. Bagi pekerja swasta pula, kerajaan perlu mewajibkan syarikat membayar elaun perumahan kepada pekerjanya campur dengan gaji minimum yang baru diwajibkan.

iii. Kerajaan sendiri membina lebih banyak rumah sesuai dengan permintaan dengan tidak lagi menyerahkannya kepada pemaju swasta. Sekiranya syarikat swasta mahu juga membinanya, kerajaan perlu meminda akta supaya segala pembangunan perumahan yang dilakukan oleh syarikat swasta hendaklah mengikut syarat-syarat ketat harga yang ditetapkan kerajaan supaya harga menjadi terkawal dan tidak lagi melampau.

iv. Menteri Perumahan yang baru sepatutnya merangka mekanisme untuk menurunkan harga rumah sama ada dengan mengurangkan kos pembinaan dan lain-lain tindakan yang wajar.

v. Jika harga rumah mahal disebabkan oleh harga tanah, maka kerajaan hendaklah menetapkan harga siling bagi setiap kaki persegi tanah kerana tanah adalah milik kerajaan yang boleh dikawal.

vi. Jika harga tanah di bandar mahal untuk membangunkan perumahan, maka binalah apartment ‘layak duduk’ yang sesuai untuk golongan berpendapatan rendah. Mereka tetap perlu disediakan rumah kerana itu adalah keperluan asas manusia yang perlu disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya. Jangan pula cari alasan ‘kalau ayam mahal jangan makan ayam’, atau ‘kalau rumah di bandar, mahal sewa atau belilah rumah di kampung’.

Saya yakin jika kerajaan boleh membuat pelbagai program seperti Hari Sukan, Hari Wanita dan Hari Belia dengan kos yang berjuta, tentunya tidak sukar bagi kerajaan untuk mengambil langkah lebih adil bagi menyediakan perumahan kepada rakyat ini.

Mengingatkan tentang hutang rakyat kita yang terlalu tinggi dan ramai lagi dari kalangan mereka yang masih belum mempunyai rumah sendiri, hati saya mengeluh. Semoganya tidak lagi selepas ini.


Monday, July 15, 2013

Bila Aiesyah Puasa???


Assalamulaikum

Before ramadhan, I had download ‘upin ipin satahun kemudian’ to teach my little 3 and half years old Aiesyah about Fasting…. Ramadhan… Sahur … Iftar and Teraweh….  
I was hoping that this ramadhan I could train her slowly fasting everyday in her “own way”. I was thinking about couple of hours fasting or just allowed her to drink with no eating…



And
Ramahan Finally met her…

Aieyah : bonda aiesyah tak nak puasa...

Bonda: ( ???? asal anak aku ni tak nak posa… bebudak lain seronok-seronok nak join puasa walaupun ta ya pa wau…) . Kenapa aiesyah tak nak puasa??

Aiesyah: puasa kan tak boleh makan… aiesyah nak makan nanti lapar….

Bonda: ok tak pa... aiesyah makan sekarang lepas tu puasa sekejap... bila aiesyah lapar bagi tau bonda...

Aiesyah taking her sahur at 9.00 in the morning. she never ate after that but only drink her milk and she had her iftar at 5.00 in the evening.... she ate a full bowl of mee without anything left in it.  
Nampak sangatlah sangat lapar si Aiesyah ni…

Bonda: best tak puasa aiesyah… hari ni aiesyah puasa tak makan kan….

Aiesyah:  mana ada aiesyah puasa… apalah bonda ni. itu pun tak tahu ke? Kan aiesyah minum susu banyak…. Puasakan tak boleh makan dengan minum…

Bonda: (sambil mata dipejam.... aku kah yang stupid???...) Ye lah Aiesyah.... pandai aiesyah...

Budak zaman sekarang dah tak main puasa yang yong… dia tahu apa itu puasa… tak boleh makan… tak boleh minum…. Boleh makan waktu malam sahaja….
penangan upin ipin yang di download.... 
Kefahaman... : A++
practical : belum tentu A... berapa ye nak bagi..... C- ??

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...