Assalamulaikum...
Post ini ditulis sewaktu
Sedang berkursus pada 22-24 Ogos...
bosan bosan kita write sikit.....
bila tengok penceramah
sedang bercakap dan ada peserta kursus yang cemerlang menulis nota
saya teringat zaman dimana penulisan nota teramat penting dalam hidup macam
nyawa saya.... kalau tak tak jawab soalan exam kan...
Gambar hiasan
ada 3 jenis suasana yang
diciptakan oleh 3 jenis lecturer...
1. lecturer yang suka
cakap banyak tapi nota dia ciput..
lecturer cam gini nota dia wajib kena salin
pasal sikit sangat....
yang tak bestnya apa dia cakap pun kena dengar
betul betul dan salin yang perlu sebab penerangan dan contoh tak ada dalam nota
dan beberapa maklumat penting.....
2. lecturer yang suka cakap
banyak dan nota pun berjela...
biasanya dia cakap balik apa yang dia tulis dan bagi
lagi contoh dan explain lagi
so tak ada masalah nak catch up note dia
3. lecturer yang nota dia
panjang berjela tapi cakap ciput...
lecturer cenggini yang tention. tak sempat nak
tengok slide dia pun.... cam ner nak salin note???
bagi course yang ada nota sinior ofcourse korang photocopykan
tapi ada kuliah yang tak da nota kuliah senior yang establish atau yang elok utk
diikuti sebab diorang pun salin ntah apa apa
kalau ada nota senior kat
tangan korang pun
adalah dinasihatkan tidak mempercayai 100% sebab diorang tu pun student jugak
jadi kesalahan sangat boleh berlaku.
tapi kalau dapat nota lecturer memang waktu tu rasa heaven sikit....
Geng kuliah saya dulu ada
3 orang yang semuanya tangkas menyalin nota termasuklah waktu mengantuk.
bagi student
sains/engineering dan yang seangkatan dgnnya
simbol simbol matematik sangat berguna
contohnya
= membawa maksud sama dan
trbitan sperti
p'=n persamaan
Jom kita tengok sikit
kamus salin nota short cut kita dulu…
= sama
≠beza
∓ lebih kurang
≡ seimbang
> lebih besar
< lebih kecil
∑jumlah / semua skali
↑tinggi / banyak/ naik
↓rendah/kurang/menurun
➙ ke/pergi/kepada
∆ bakar/panas/pemanasan
∇ sejuk/ disejukkan
(symbol ini adalah symbol penunu Bunsen dalam
rajah sains)
X kali
∻ bahagi
√ punca/sebab
∴ oleh
sebab itu/maka
T˚ suhu
♒ getaran
e〰 arus/elektrik
+ve
positif
-ve
negatif
contoh
ayat yang familiar sewaktu kuliah dulu
if ∆, T˚↑, zrh2 ♒ and ppjl
➙ cecair
if terus ∆,
zrh2 b’+ ♒,T˚+↑, ∴ cecair ➙ gas
bentuk ≠ tapi ∑molekul
=
tafsiran
“apabila pemanasan
dilakukan, suhu semakin meninggi, zarah-zarah akan bergetar dan menukar pepejal
kepada cecair. Sekiranya pemanasan berterusan, zarah-zarah akan lebih bergetar
, suhu semakin meninggi dan oleh sebab itu cecair akan bertukar kepada gas. Walau
bagaimanapun keadaan sesuatu jirim jumlah molekul zarah tetap sama. Jirim berubah
bentuk namun jumlah molekul adalah sama.”
Nampak tak betapa
ringkas dan jimat masanya menggunakan singkatan tersebut….
Rasanya ada banyak lagi…
tapi sekarang dah lupa….
Agaknya sebab itu… bagi
kebanyakkan nota hanya empunya badan sahaja yang tahu membacanya… banyak sangat
symbol yang tak difahami……
Tapi kalau anda nampak nota kuliah macam ini:
Itu tanda si penyalin nota sedang tidur/mengantuk sambil tangannya masih bergerak-gerak secara spontan.....
hoo banyak kali berlaku ye....
ha ha : )
Tapi zaman sekarang dah banyak senang...
dulu dulu pakai paper OHP dan diletakkan dimesin pemancar...
tak semua bilik kuliah dilengkapai komputer dan projektor
sekarang...
lecturur korang edar note pakai FB je kan....