Monday, August 19, 2013

Belum Penat aku Fikir....


Aku fikir
Itu kezaliman
Sebenarnya satu kegilaan tiada tara

Aku fikir
Mereka itu manusia
Namun tiada pula kemanusiaannya

Aku fikir
Kalian islam
Tidak pula zahirnya keislamannya

Aku fikir
Sudah demokrasi
Namun kalian menafikannya

Aku fikir
Sudah cukup dilihat patung Sphinx dan Obelisk
Tidak pula kalian semak sejarahnya
Mahupun pyramid yang berjela-jela
Hanya monument yang kalian pelihara
Hanya sekadar mencuci mata
bukan ceritanya...

Aku fikir
Kalian agungkan Salehudin dari kalangan kalian
Nyata
Kalian tidak mahu menyambung perjuangnyanya

aku fikir
kalian akan akhirnya sertai tanah-tanah yang lain
dengan cengkaman sirah islamiah
di tanah-tanah ini para nabi datang membela
dan Sejarah keegoan manusia yang tiada tara
Tanah-tanah ini yang melahirkan ramai adiwira
Pembebas Al-Aqsa
Pemusnah Rejim Tar Tar
Signifikasinya bumi ini dengan kejatuhan kekejaman
Dan syiar Agama Tuhan

itu yang kalian takutkan??



No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...