Monday, August 05, 2013

Bunga di Laman

Assalamualaikum

Dah lama tak up date pepokok di rumah.... ini adalah hasilnya setelah dua tahun membela.... tapi tak semua pokok yang seusia penjagaan 2 tahun tu... rasanya yang pioneer adalah pokok buluh..., pokok kemboja, pokok palm renek, pokok-pokok keladi, bunga kertas... dan beberapa lagi... yang lainnya silih berganti dibeli.... tak ambil pulak semua gambar....




Pokok Buluh yang senantiasa perlu di maintain setiap minggu supaya kekal lansing bonzai. beli dulu dua batang... sekarang mau ada 8 batang....
aiesyah pun turut serta dalam trim pokok.... pokok buluh ni paling saya sayang sebab paling awal menghuni bersama saya... jadi saya tak kisah dia punya high maintanence tu.... (cecabangnya sangat cepat naik.... kalau tak trim every week memang akan kembang serabutlah pokok ni). pokok ni memang di plan nak di tingkat-tingkatkan... supaya nampak kemas dan sejuk mata memandang dan di kekalkan ke-katik-kan nya...
turut ada dalam gambar adalah pokok cili ceri dalam pasu hitam kiri sekali...
pokok limau kasturi sebelah pokok buluh...
diikuti pokok cili padi
pokok orkid liar
keladi merah
kaduk
lidah buaya 
dan dua pasu yang terawang-awang tergantung tu adalah pokok pukul 10.

Pokok pokul 10 pagi ni asalnya dari rumah Cikgu Bolian. Sekarang dah berpasu-pasu dah... dua digantung.... tapi perasan yang bunga ni nak selalu digemburkan tanahnya.... baru gemok... nampak tak ada satu tangkai pokok cili ceri yang buahnya masih kehijauan... kalau dah masak warna nya bertukar oren... tapi saya tak pernah petik makan pun... buat hiasan sahaja... sebab pokoknya rimbun.



Belah kiri sekali yang macam daun sirih tu... pokok kaduk... dia lah yang paling lama dari penghuni sebelum ni.... sebelum ni memang dia meliar dalam batas tu. sekarang sikit je saya bagi tumbuh... 
Disebelahnya pokok lidah buaya yang pokok asalnya di luar pagar tumbuh liar telah ditamatkan riwayatnya dan saya ambil sikit tanam dalam pasu... pun dari penghuni sebelum....
Pokok bunga ungu tu tak tau nama apa... tapi baru lagi... dia...
pokok kari tu dah naik dua batang... asal dari mama muhsin yang kasi anak pokok nya



Ni lah pokok kemboja kesayangan saya... saya rasa mau setahun dah tak berbunga... tapi semenjak ramadhan.... dia berbunga sampai sekarang... bunganya harumlah teramat sangat....... dia pun adalah pioneer yang telah menemani saya dua tahun kat rumah ni.... Asalnya dulu nak beli kemboja putih.... sebab pokok kemboja putihkan banyak mengeluarkan ion-ion negetif yang baik untuk terapi.... tup-tup bila berbunga keluar warna mix merah oren kuning ni.... tapi tak kisah sebab baunya mamang harum lembut yang soft gitu... cam perfume... tak tengit.

Kemboja katik ni baru lagi beli waktu floria 2013... baru nak berbunga ... warna merah... termasuk dia ni... dah 4 pasu pokok kemboja katik dan semuanya diletakkan di atas tembok pagar....
nampak tak pokok buluh saya tu...... 

Nasib baik tanah sekangkang kera sahaja... kalau tak mungkin banyak lagi akan join the famili... atau mungkin dah berhutan jugak... sebab tak adalah banyak sangat masa nak jaga pokok-pokok ni.... kebanyakkannya adalah adalah dari jenis yang tahan lasak... jadi tak perlu nak dibelai sangat.... 

jadilah...
buat peneman saya dan tolong jagakan rumah saya time kitorang beraya nanti haa....


Ramadhan dah nak habis... rasa tak puas ramadhan kali ni sebab laju betul... tup tup dah nak raya...
saya kerja sampai hari Rabu ni.... sebab tahun ni raya KL... 
huaaa... tak best sebab tak ada mama abah dan nasi Dagang....


Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin



No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...