Thursday, August 01, 2013

Nur memancar Cahaya....






Bila berada disisinya kita hanya akan mendengar yang baik-baik sahaja…. Lidahnya hanya menuturkan khabar gembira…. Riak wajahnya yang sentiasa senyum memancarkan ketenangan…. Berada ditepi insan begini terasa jiwa tak ada masalah… stress pun hilang… tidak ada langsung kata mengata mahu pun apa-apa rungutan…. Semuanya baik-naik belaka… kalau ada ujianpun atau kesusahkan… dia cerita dalam keadaan ketawa … mentertawa dirinya sendiri yang menjadi penyebab kelewatan, kerosakan, atau sebagainya… tak ada langsung disalahkan orang lain… orang sebegini memberi aura yang positif kepada orang sekitar.... (gelombangkan boleh dipindahkan... ingat tak belajar fizik dulu?)... 
tak caya...
sebab tu kalau kita duduk masjid kita rasa tenangkan.... selain dari Rahmat Allah... gelombang yang terserak dipersekitaran masjid adalah gelombang dari jiwa-jiwa yang baik.....





Berada disisi orang tenang sebegini secara tidak langsung meleretkan ketenangan yang dia miliki kepada kita….

Bandingkan….




Bila kita duduk ditepi seorang yang tak henti merungut… itu salah ini salah… sampai kitapun naik tention…. Kadang-kadang kita jumpa geng mengumpat mengata atau sedap sikit panggil gossip… ha ha… kita ketawa… kadang-kadang hati rasa puas hati,… padan muka dia… tapi lepas tu…..???
Gembira sampai setakat tu sahaja….



Sekarang kita pilih kita nak yang mana?
Nak berkawan dengan yang pertama atau yang kedua…
Nak jadi orang yang memberi ketenangan pada orang lain atau orang yang menambah kekusutan pada kawan-kawan kita…

Tapi ingat….
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya…
Orang yang kita lihat paling tenang
Itulah yang Allah pilih paling kuat dugaannya….

Kita ingat kita yang berduka lara
Dia tengah bahagia gembira seperti mana raut wajahnya…
Hebat orang ini…
Dalam duka lara
Dia masih boleh memberi bahagia dan kegembiraan pada orang sekelilingnya….
Hebatlah dia…
Sebab orang tak pernah tahu masalahnya
Dia simpan dan kunci antara dia dan Tuhannya sahaja…

Lebih hebatlah dia…
Kasih sayang Allah pada dirinya
Dia sebarkan pada orang lain juga…..

Dia cahaya yang memancar kegembiraan ketika kegelapan…..






No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...