Tuesday, December 22, 2015

Mahu Syurga Di Dunia




MAHU SYURGA DI DUNIA

Ada sahaja yang kau cemuhkan tentang dunia mu
kesulitan mu
rintangan mu
kesakitan mu
kekurangan disekeliling mu
pengorbanan mu
ketidakpuasan hati mu
teraniayanya mu

kalau yang tenang itu
bukan dunia
tapi syurga

kalau yang gembira itu
bukan dunia
tapi syurga

kalau yang penuh kerehatan itu
juga bukan dunia
tapi syurga

Kalau mendapati segala yang didamba
mustahil dunia
pasti syurga

tiada bingit
tiada ketidak adilan
tiada kejahatan
tiada fakir
pastinya juga bukan dunia
ianya syurga

apa lagi yang harus kau dambakan didunia?
keadilan?
keseronokan?
ketenangan?

Terimalah perihal dunia
itu lebih menenangkan

Carilah secebis syurga di dunia
dengan mensyukuri nikmat yang ada

Tak perlu lagi kamu bebelkan...


Pena Menulis
22/12/2015

Tuesday, December 15, 2015

Vege garden

Dlm dua bulan lepas tanam start menanam sawi. Minggu lepas dah mula tuai. Tak tuai sepokok pun. Potong daun2 di sebelah bawah. Pokok sawi ada lah dlm 15 pokok. Pokok pun tak besar... renek2 semuanya... jadilah. Bila potong daun daun dr 15 pokok ni dapatlah secekak kecil.
Sawi yg ditanam sawi bunga kuning... dapat makan segar selepas petik rasanya manis amat.... sedap di buat sup.. dah dua kali masak sawi ni. Kali kedua buat goreng bihun...
 
Sebelum sawi dah memang ada kucai. import dari rumah Cikgu Bolian.
 
Bersama-sama dengan sawi ditanam daun ketumbar.. pun naik dengan baik juga.
 
 
 

Monday, November 23, 2015

A Week To Go

Assalamulaikum...

It only a week left. I'm Counting days...

Bila dah jadi produk Kementerian Pertahanan.... 8 Years!!

Genarally i'm satisfied every learning xperince here... finance, admin, procurement, asset management, privatization and few month of human resource...

banyak jugak rupanya yang dah cover... tak pernah sentuh lagi adalah hubungan antarabangsa, pengurusan Tanah dan daerah ( rasanya yang ini jauh sekali kot).

Next week will be totally difference...

Dah lama tak menulis mahupun menjengok blok lantaran kesibukan kerja yang amat sangat dan dah terasa penat jugak berulang KL-Kajang walaupun dalam 40km je jarak perjalanan ... effect masa lebih sejam ... kekadang berejam... terasa hidup 10 bulan ni akibatnya adalah rumah ku tunggang langgang.... penawar hati berulang selalu adalah seronok sekali buat pengurusan projek penswastaan... nego skill is something precious I learn here selain serba sedikit pengurusan Tanah kerajaan... saya buat land swap... so nak kena tahu banyak jugak pasal Tanah.

Bila dah lama tak jengok Blog... bila tengok statistic baru lah perasan... blog saya ni dok ada visitor setiap hari disebabkan post notasi lagu... emm cam bertih jagung ... jauh sekali nak dibandingkan post-post ilmiah atau post kehidupan... tapi nak tulis notasi renyahlah..... post notasi lagu ni dijengah lebih kurang 100 orang setiap hari... utk blogers yg ramai follower mungkin tak seberapa... tapi untuk blog saya yang hidup segan mati tak mau.... uihhh banyak lah tu...!! hits paling tinggi utk lahu sayang by shae dan Kun Anta... siap ada request nak lagu lain...

Walaupun saya nampak bahawa jika saya meluang masa lebih banyak menulis notasi lagu... jumlah pengunjung akan lebih ramai, tapi saya tak boleh nak begitu... pertama nya... nak pegang key board kat rumah tu sebulan sekali pun belum tentu... setakat saya berulang KL-Kajang ni belum pegang lagi... dah 10 bulan tak main piano... kalau habih teringin pun saya buka piano apps kat gajet ni... 
kedua atau lebih penting... blog adalah medium saya meluahkan pendapat... jadi peduli apa pengunjung ramai atau tidak. yang penting saya share dengan sesiapa saja yang sudi baca. untuk itu saya telah buangkan paparan statistic dari wall blog... sebab ia tak memaparkan apa yang mahu pun...

Jadi terima kasih pada rakan-rakan bloger yang sudi singgah blog saya dan siap komen lagi.... Tentunya saya buat kunjung balas....

Saturday, October 31, 2015

The legend week

Minggu ni memang legend. Selain back2back balik malam... badan ku hari ini sakit2 gara gara jatuh kerusi mesyuarat semalam.  Memang baris meja meeting saya diplatformkan sedikit tinggi. Nak pulak duduk dihujungnya... terlupa ada bendul di sebelah... bergema bilik mesyuarat.

Hahah.. nasib baik ksu tak masuk lagi. Kalau tau mau dia cancel trus meeting...

Dengan selamba saya bangun dan kasi piece kat semua mata memandang "im okay im okay"

Dengan kata lain... tak yah laa buat meeting kul 4 atau 5 atau 6 atau 8. Nasib baik diri ini bukan insan terpilih yg nak kena stay back balik jam 2 pagi... huhuuu... tumpang sian kat kawan2..

Sakit tauuuu... maluu lagi. Nasib baik military man semua sporting!!

Dan dengan mata yg dah kuyu balik rumah nampak pemandangan seperti ini.... tahu lah saya yang anak2 saya semuanya sihat cergas dan sejahtera...


Dan tengok adik adik sawi... memang sejuk hati.. tak sabar nak tuai.


Thursday, October 15, 2015

UKM Car Boot Sale

Segmen menpromosikan aktiviti En Suami....

Sesiapa yang berminat menjadi peng''carboot'' boleh lah pm no 0177407804 ataupun meh lah kita beramai-ramai ke perkarangan masjid UKM. Cr Boot Sale ni dibuat 2 minggu sekali. untuk event 17hb ni special appearance dari Angah MUSIKA (muzik ubah sikap), Kaligrafer Gajir dan penyertaan islamic relief dengan kempen mengumpul 5 tan buku terpakai.... 

Anda juga boleh membawa barangan terpakai untuk di infakkan kepada masjid ataupun islamic relief malaysia!!!!


Gambar screen shot hp... macam nilah gaya nye...

Wednesday, October 07, 2015

Kita yang mohon pertolongan, wajarkah kita yang bising???



Pernah tak terjadi bila seseorang yang kita minta tolong tapi dia tak sudi nak tolong dengan bagi alasan yang dilihat berkepentingan terhadap diri sendiri…. Ataupun paling senang dalam kesesakan jalan kita dah bagi signal nak bertukar lane dari kiri ke kanan agak lama tapi satu kereta pun tak beri peluang utk kita….. Apa perasaan kita ketika itu??

Kesimpulan mudah yang kebanyakan dari kita akan katakan adalah kesombongan dan sifat individualistic yang menebal pada sikap orang yang dimohon pertolongan.

Sudah menjadi trend sebarang kejahatan yang dilihat didepan mata atau yang terjadi ianya diviralkan di media social. Sikap pemandu dijalanan, kesombongan manusia….

Setiap kali diuji atau ditimpa kesusahan apatah lagi akibat perbuatan orang lain, eloklah kita bermuhasabah diri kembali. Alangkah baiknya setiap kali kita melihat kejahatan yang dipamerkan insan lain dengan merujuk kepada diri sendiri. Bukan dengan mempamerkan kembali kejahatan insan tersebut dengan menyebarkan kepada friendlist  yang akhirnya melihat kembali memperlihatkan keaiban diri sendiri…

Jangan lupa berdoa supaya Allah membuka pintu hati si ‘Kejahatan”’ dalam masa yang sama jangan lupa untuk berdoa kembali untuk diri sendiri (yang paling selalu dilupakan) supaya kita dijauhkan dari perilaku tersebut kerana kita pun belum tentu lagi baik.

Lebih baik jika kita sentiasa mempositifkan diri sendiri setiap kali melihat perilaku yang agak tidak munasabah… contohnya secara tiba-tiba ada kereta yang tanpa signal entah dari amna mencelah dihadapan menyebabkan kita berhenti mengejut secara tiba-tiba… katakanlah bahawa… pemandu tersebut mempunyai alasan yang paling munasah (emergensi) untuk berperilaku seperti itu…

Dengan mempositifkan diri sendiri… lebih terhindar dari rasa stress atau perasaan sakit hati.

Ingatlah setiapkali kita meminta pertolongan orang lain kita tidak mempunyai hak untuk “mempastikan”orang menolong kita atau sebanyak mana yang ditolong. Nama pun memohon pertolongan… tangan kita berada dibawah… bukan tangan yang di atas. terima lah seadanya mahupun jika tiada. 

Sikap bertolak ansur lebih senang dirujuk dijalan raya…. Sentiasa mudahkan kenderaan lain. Insyaallah perjalanan kita dimudahkan. Sentiasa memberi laluan kepada kenderaan yang ingin menukar haluan. Jadilah orang yang pemurah dan bertolak ansur… di jalanan ini terutama yang mereka yang hidup dilembah Klang… jalan raya merupakan wadah terhampar luas untuk beramal dan mendapat pahala dengan cara yang paling mudah!!! Ucapkanlah terima kasih kepada kenderaan yang memberi laluan dengan mengangkat tangan atau berdoa (Jazakallahu Khairan), semoga Allah mempermudahkan urusan mereka sebagaimana mereka telah memudahkan kita…

Sikap djalanan dan pemandu kenderaan adalah satu analogi yang mudah semoga kita juga dapat kolerasikan dalam kehidupan harian dengan senario yang berlainan ...

Semoga hidup kita semua sentiasa didamping dan ditemukan dengan insan-insan yang menunjuk jalan…

Tuesday, October 06, 2015

PIANO NOTE: nOW I sEE THE lIGHT (tANGLED)

lagu ni best kan... walaupun movie Disney Tangled ni dah basi... tapi sound Track dia evergreen sampai hari ni... berbanding original movie dia... saya lebih suka dengar dari versi lebih rancak dari Shannon Saunders (Disney). Shannon memang banyak nyanyi lagu-lagu utk disney movie... orangnye pun comel sahaja.

 lagu ni one of my favourate song... jadi notasinya tak susah nak cari... cuma key nye ada repeat key yang berlainan level. so notasi kali ini saya siapkan bersama level key. senang nak baca pakai G rendah atau G tinggi.  Saya ambil key utama level 4. jadi ada satu key di level 3 (G) dan satu key (C) di level 5. Anda boleh pilih level key utama yang sedap di halwa telinga masing-masing. kalau ambil level 3 maka notasi lebih rendah akan diambil dilevel 2 dan notasi lebih tinggi di level 4. alah korang lagi terer kan....

Seperti biasa ingatan dari penaja...
MUZIK adalah LAGHO.
Pastikan anda mengutamakan yang lebih utama dan solat di awal waktu.

Selamat Mencuba.





All those days watching from the windows
G4  F4 E4                    D4 F4     D4  C4   C G3
All those years outside looking in
G4  F4 E4                D4 E4     D4 C4   D4
All that time never even knowing
A4 G4 F4   G4 C5       G4 C4    G4  E4
Just how blind I've been
G4  F4   E4    C4   D4

Now I'm here, blinking in the starlight
G4  F4 E4                    D4 F4     D4  C4   C4 G3
Now I'm here, suddenly I see
G4  F4 E4                D4 E4     D4 C4   D4
Standing here, it's all so clear
A4 G4 F4    C4 B4 A4 G4
I'm where I'm meant to be
C4  CB4 A4 E4 G4

And at last I see the light
A4  B4  C5   F4  F4  G4  A4
And it's like the fog has lifted
C4 D4 D4   D4 G4 F4 F4 E4
And at last I see the light
A4  B4  C5   F4  F4  G4  A4
And it's like the sky is new
C4 D4 D4   D4 G4 B4 C5
And it's warm and real and bright
A4  B4  C5   F4  F4  G4  A4
And the world has somehow shifted
C4 D4 D4   D4 G4 F4 F4 E4
All at once everything looks different
G4  F4 E4                    D4 F4     D4  C4   C4 G3
Now that I see you
G4  G4  E4  C4  C4

All those days chasing down a daydream
All those years living in a blur
All that time never truly seeing
Things the way they were

Now she's here shining in the starlight
Now she's here, suddenly I know
If she's here it's crystal clear
I'm where I'm meant to go

Friday, October 02, 2015

Main Perang-perang

Belek post lama terbaca post 'the best week in my work life!!! oooo  rupanya time saya kursus DRCM... memang best kursus ini...2 minggu. last skali ada main perang-perang. tak pulak saya terang dalam entry tu... ada calculation untuk pertahanan dan penyerangan... siap ada calculation jugak untuk risikan dan rnd...tambah tolak lagi dengan economic condition....

Simulasi perang dilakukan selama 5 tahun dan akan extend kalau tak da pemenang...
 ada 4 perang semuanya... jadi ada 8 team...

satu tim ada 3 ke 4 orang... dalam tim akan yang ada jadi master mind (yg atur stategi, ofcourse lah yang pangkat paling tinggi dlm group), tukang kira (saya lah tu) dan runner (berlari-lari setiap kali urusetia keluarkan malumat risakan oppenent, staus ekonomi semasa dan nilai mata wang).

sudahnya tahun ke 3 tiga perang,  tim saya dah kalah teruk.... habis negara kami muflis kan... hahah.. sebab saya sorang je civilian kat situ yang lain services, jadi saya rileks je lah bila kalah... yang stress kalah tentulah yang paku paling banyak di bahu... hehehh. jatuh saham nak jadi panglima kan.

perang group lain ada yang meledak sehingga 15 tahun baru dapat pemenang..... hebat sungguh diorang mengatur stategi......

perang adalah part yang paling fun. tapi yang penting.... kursus nilah paling banyak saya belajar dalam mengira risiko membuat keputusan....

hahaha...


entry lama yang penuh gambar http://indahnyacahaya.blogspot.com/2013/12/the-best-2-weeks-work-life-in-year.html

Monday, September 21, 2015

Monyet, Jagung dan Pasu

Apa kaitan ketiganya ya??


Akhirnya berjaya jugak tukar pasu MyChikKemboja... dari awal tahun lagi nak tukar pasu... tak terbeli-beli pasu... Yeay...

Semalam ajak jugak En Habib gi beli pasu...

Ambil yang besar terus... senang... ingat lepas ni dah tak payah lah nak tukar lagiii... Bersusah payah nak keluarkan MyChikKemboja yang akar dia dah berselirat memenuhi pasu lama...

dengan harapan dapatlah MyChikKemboja dapatlah tinggi lebih kurang semeter lagi.... tak leh besar-besar sangat sebab rumah pun sekangkang kera sahaja..

Cerita pasal Kera ... semalam si monyet masuk dapur... tengok monyet tu terkejut monyet jugaklah saya yang ketika itu baru lepas solat asar dan baru nak kedapur menggoreng cucur jagung yang dah dibancuh adunan tadi... mujurlah bancuhan itu saya tutup elok dalam bekas... punyalah saya panic... takut dia ketengah rumah... saya suruh adik dan kakak lari naik atas... Macam monyet nampak ularlah jugak adik dengan kakak memanjat tangga ketakutan..

jadi rezeki monyet sebatang jagung yang saya letakkan sebelah sinki... inilah pertama kali nampak monyet tu disini... tak pernah nampak lagi masuk dalam taman perumahan saya... agaknya sebab projek baru naik kat belakang sana ... hutan lalang dah di tebang... Haahhh.. Monyet kat kajang... dah tak leh nak letak2 makanan kat sinki tu... tingkap bergrill pun dia boleh masuk...

layan gambar MyChikKemboja. pasu kat sebelah tu pun besar jugak... tapi dah nampak kecik dengan kebesaran pasu ni...



Tak dapatlah Kakak nak memetik bunga sebab dah tinggi banyak dari kakak bila dah tukar pasu ni.

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...