Monday, August 24, 2015

24 jam Yang Berbeza


Diberi kesempatan berpuasa 3 hari bersama Ayah Bonda di kampung halaman sesuatu yang saya syukuri. Bangun dinihari, bersahur, masak bersama juadah berbuka bersama kak Nor dan Mak Pah, bingitan 6 anak kecil beraudara bertempiaran dan tak lupa bebebalan mama menjadi halwa telinga yang indah.

Setiap hari saya melihat mama akan masak juadah berbuka untuk dibawa ke masjid. Dia memilih untuk bersedekah dibulan puasa. Dalam kesibukan dia mengurus persatuan, mengendalikan butik di pekan, masih sempat mengacau senduk memasak sesuatu walau jam menunjukkan waktu berbuka puasa hampir lagi sejam….

Sesuatu yang perlu untuk saya lihat.

Selaku wanita yang bekerja seawal jam 6.30 pagi hingga ke senja baru melihat anak-anak… saya sering merasai ‘kehilangan’ waktu. Seringkali saya 'membeli masa' melalui tol-tol lebuh raya berbayar yang memungkinkan saya tiba di rumah awal sedikit dengan mengurangkan kesesakkan jalan. Biasanya, sampai ke rumah saya telah keletihan. Justeru nak melayan kerenah dua beradik ini pun  kekadang rasa membebankan… Kadang-kadang saya terasa benar-benar keletihan akibat tugas seharian di pejabat sehingga akhirnya saya menghabiskan waktu-waktu di rumah dengan berbaring… apatah lagi bila keadaan yang tidak lagi muda ini seringkali didatangi sakit di sana-sini.

Bagi meringankan penderitaan emosi , saya seringkali mengikut kata-kata suami yang sangat memahami. Justeru kerja-kerja dirumah banyak saya tangguhkan sehingga dirasakan ada kesempatan mealakukannya. Makan pun seringkali dibeli dari kedai. Kesepahan ruang rumah kerana dua anak kecil ini seolah-olah tak terlihat dipandangan mata saya…

Suatu hari saya seperti kebiasaannya sambil meredah kesesakkan ibu kota untuk pulang kerumah, saya malayani tazkirah saluran radio yang memang sentiasa terpasang. Petang itu diceritakan tentang sakaratul maut. Namun yang mengetap hati saya patang itu bukan dasyatnya sakaratul maut… tapi kata-kata ustaz yang tertangkap hebat dihati saya adalah bagaimana panjangnya waktu sakaratul maut itu kepada si mati sedangkan kepada kita yang hidup ini hanya sekelip mata. Lantas ditekan bahawa waktu itu milik Pemberi. Jika kita melihat mangsa kemalangan maut sekelip mata, tak sampai pun mata sempat berkelip, tapi bagi mangsa kemalangan yang telah didatangi sakaratul maut itu, sekelip mata itu adalah sangat panjang bagi baginya yang perlu melalaui perjalanan dari langit ke langit untuk bertemu tuhannya, perjalanan roh yang keluar dari kakinya sehingga ke ubun-ubunnya.

Sangat berkesan di hati saya adalah pemberian masa itu adalah daripada Allah, walaupun setiap hari setiap daripada kita yang bernyawa di beri 24 jam… namun atas kuasanya, masa 24 jam yang berbeza… ada antara kita menikmati 24 jam yang panjang. Ada antara kita menikmati 24 jam seperti sekelip mata.

Justeru saya memohon kepada yang berKuasa, agar memberi kesempatan waktu untuk saya menyelesaikan urusan dunia dan memudahkan urusan akhirah.

 Bayangkan... setiap hari saya akan membelanjakan hampir 10 ringgit untuk membeli waktu diperjalanan....



No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...