Wednesday, August 12, 2015

Dakwah dengan ilmu tingkah laku




Sedang menunggu dan mendengar hari perbahasan akhir di parlimen tiba tiba saya terfikir...

Entah relevan atau tidak praktikal tak dapat saya pastikan.
Saya terfikir para pendakwah perlu mencontohi para peniaga bebas, independent business owner (ibo).

Mengapa?

Sedar atau tidak ilmu berdakwah mempunyai elemen mempengaruhi. Pendakwah mempengaruhi masyarakat. Saya akui ramai pendakwah kita sedar atau tidak kebanyakkannya secara tidak langsung telah mempunyai kemahiran ini.
Kemahiran ini boleh di bangunkan dan dipertajamkan. 

Dibawah ilmu psikologi... tingkahlaku manusia telah dikaji secara tertib dan mempunyai tertib paten yang agak jitu. Justeru para ibo, motivator, kaunselor, berlumba lumba menguasai ilmu neuro semantik ini.  

Kita boleh lihat penaksiran gaya yang dibawa oleh golongan yg menguasai ilmu tingkah laku manusia ini. Gayanya bersahaja. Sapaannya lembut dengan tangan yg mudah menyentuh bahu... mereka lebih banyak mendengar sebelum berkata...

Benar.... hidayah itu datang dari Allah. 
Tetapi asbabnya pelbagai cara... 
Yang berusaha adalah Kita...

No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...