Boom bang boom bang saya terdengar sekumpulan
lelaki pertengahan usia berbual rancak melepaskan buku terpendam dihati. Nampak
ketidak puasan hati sekumpulan manusia ini. Kesalnya… bukan hanya depan mata
dan telinga sahaja kedengaran unsur melepaskan geram, lebih viral di alam maya.
Dengan alasan mahu menyedarkan orang ramai… kadang-kadang lebih kepada
menyebarkan keburukan…
Kalau ceritanya tak betul dah jadi fitnah. Kalau pun
betul kan jatuh juga hokum berdosa menyebarkan keburukan. Bukan itu namanya
mengumpat dan mengata? Hari ini mengumpat dan mengata dah tak perlu ‘geng
kopi’ atau ‘mensyuarat tingkap’. Cukup sekadar berseorangan ditemani key board atau
semudah key pad .
Sedar tak sedar budaya mengumpat mengata ini
tersebar dengan begitu meluas dikalangan masyarakat kita sekarang. Pada saya
setiap kali membuka facebook akan ada sahaja manusia-manusia yang ‘memviral’
perkara mengeji seseorang dengan bersembunyi disebalik frasa ‘mendedahkan’ atau
pun ‘menyedarkan’. Sama ada mereka ini sedar atau tidak, golongan ini sedang
membudaya perilaku mengata dan mengumpat di alam maya. Alangkah kecewanya
apabila perihal ini dilakukan oleh mereka yang berpengaruh, berilmu, ‘pembudaya
bangsa’ dalam masyarakat.
Budaya amarah dan kasar semakin berleluasa dan
disebarkan tanpa sebarang sekatan…
Analogi cukup mudah.
Sekumpulan A menangkap Si B yang mencuri… marah dengan perbuatan buruk si B, sekumpulan A memukul si B. Terperciklah darah si B di kerjakan sekumpulan A ini sehingga dimasukkan ke hospital… maka virallah dilaman sesawang mengenai cerita PADAH SI PENCURI MENGUNDANG MAUT. berbondong bondanglah kejian manusia sekelian sesawang terhadap si B.
Sekumpulan A menangkap Si B yang mencuri… marah dengan perbuatan buruk si B, sekumpulan A memukul si B. Terperciklah darah si B di kerjakan sekumpulan A ini sehingga dimasukkan ke hospital… maka virallah dilaman sesawang mengenai cerita PADAH SI PENCURI MENGUNDANG MAUT. berbondong bondanglah kejian manusia sekelian sesawang terhadap si B.
Nampak tak kolerasi…
Kononnya perbuatan sekumpulan A ni menegakkan
kebenaran. Tapi perbuatan ‘menegakkan kebenaran’ tersebut lebih kepada
melempias geram (nafsu) kerana perbuatan si B termasuklah sekelian sesawang
yang menyokong perbuatan sekumpulan A. Dimana orang yang nak mengajak si B
menginsafi perbuatannya??? Diamana manusia-manusia berhati benar yang mahu
mendoakan si B agar diberi petunjuk kebenaran?
SIAPA KITA UNTUK MENGHUKUM!!!
Yang maksum hanyalah Nabi. Tak ada manusia selain nabi yang tak buat Salah.... kita sendiri pun banyak salah...
Yang maksum hanyalah Nabi. Tak ada manusia selain nabi yang tak buat Salah.... kita sendiri pun banyak salah...
Kita sedang membudayakan bahawa perbuatan buruk perlu
kita balas dengan JAUH LEBIH BURUK!!!
Sedangkan nabi mengajar kita membalas tuba dengan
madu.
Ayuh kita tukarkan metadologi cerita tadi kepada
budaya yang lebih Syumul….
Sekumpulan A menangkap si B yang
mencuri….
Sebelum dibawa ke Balai sekumpulan A
ini sempat berpesan kepada si B bahawa perbuatan mencuri adalah berdosa. Kalau ikut
hukum hudud dipotong tangannya… itu baru hukum dunia… maka sekumpulan A ini memberi amaran awal
kepada si B… bersiap sedialah menerima hukum tuhan yang jauh lebih berat dari
mana-mana hukum didunia, kerana disana nanti sekumpulan A ini berjanji menjadi
saksi di perbicaraan Tuhan nanti. Itu pun sekiranya Si B tidak insaf… jika si B
mahu berubah, sekumpulan A ini akan memaafkan perbuatan tersebut dan berdoa
semoga Allah memberi petunjuk kejalan yang benar…..
Jangan hanya jaga mulut, tetapi awasilah juga jari jemari.
Ameen….
Sebelum menitip apa-apa utk ditatap org pastikan ianya bukan umpatan mahupun fitnah kalau tak nak mengundang dosa.
ReplyDeleteNk bertanya. Bagaimana keadaan kalau dalam keadaan bermain game online? Macam2 muncul dalam pemikiran (harap2 fahamlah). Macam mane tu?
Delete