Mencari
pendakwah ideal melalui program TV mengundang pelbagai persepsi… ada yang
menyokong tak kurang mengkritik kerana ia dilihat lebih bersifat komersil. Saya
petik seorang kata pendakwah selebriti yang terkenal kerana penghijrahannya,
pencarian pendakwah melalui program reality tidak mencapai objektifnya.
Kata-kata
itu memang ada benarnya… penghasilan seorang pendakwah tidak akan berlaku
dengan santainya dan diberi liputan meluas oleh media menjadikan ia adalah
selebriti masyarakat, terkenal selip mata. Keunggulannya sukar ditemui kecuali
beliau sememangnya mempunyai personaliti unggul. Justeru ramai yang menganggap
program reality ini sekadar hiburan ambil mendengar ilmu-ilmu yang disampaikan
secara santai dan kreatif….
Perlukah
program seperti ini dihalang??
Perlukah
program ini di kritik keras???
Pada
hemat saya yang baru setahun agung ini, program reality adalah seperti muzik
nasyid kontemporari. Bukanlah satu medium dakwah yang serius, tapi dapat
menjadi halwa telinga yang baik… jauh lebih baik daripada mendengar muzik
menjerit dan memuja manusia. Lebih baik mendengar alunan tenang.
Metaforanya
seolah-olah membandingkan mendengar alunan muzik nasyid ini dengan mendengar
bigitan lagu heavy metal. tak dapat nak dibandingkan dengan alunan bacaan Al-Quran Al Kareem. Bagi saya itulah kedudukan program-program realiti
mencari pendakwah ini…muzik nasyid sekurangnya mendamaikan dan bercerita mengenai kekusaan Tuhan, kerinduan kepada Nabi Allah, sejarah islam dan keamaian alam tuhan.
Jauh
lebih baik daripada menonton realiti mencari bintang muzik…. Namun tak dapat
nak dibandingkan dengan menuntut ilmu, berkitab secara terus dengan guru-guru
yang mengajar ilmu dunia dan akhirat ini…
Jikalau
ilmu pun beredar mengikut zaman… begitu juga dengan budaya keilmuan. Ia juga
berputar mengikut zaman….Tak dapat dinafikan program-program seperti ini sekurang-kurangnya
berjaya menarik hati masyarakat dalam menjadi batu loncatan memahami budaya keilmuan
dan dakwah yang luas.
Berhibur
adalah fitrah manusia… carilah yang baik dan membawa kebaikan kepada diri. Kewujudan
program-proghram seperti ini memberi opsyen dalam masyarakat.
Justeru
dalam menilai sebuah program…. Ia bukan sahaja dinilai daripada peserta yang
terlibat dengan dengan program reality… tetapi implikasi yang lebih meluas
kepada masyarakat…
Saya
masih ingat… ketika program reality AQ( Akedemi AlQuran) disiarkan… dan sempat beberapa musim…
ia memberi kesan segera dalam masyarakat… ramai mendaftar untuk belajar
bertarannum apatah lagi menyimpan hasrat menghantar anak-anak ke pusat-pusat
tahfiz… begitu sekali kesannya….
Benar…
program sesingkat ini memang tidak mampu melahirkan pendakwah dan mengajar A-Z. Namun ia boleh
mencetus revolusi dakwah baru dikalangan pendakwah muda sedia ada yang menjadi
peserta program ini. Kebanyakkan peserta program reality dakwah ini telah sedia
ada latar belakang akedemik yang bersesuaian. Malah ada antarnya hafiz dan
hafizah….
Ramai anak-anak muda diluar sana mempunyai
kebolehan berdakwah… malah sememangnya merupakan pendakwah. Namun kurang
dikenali dalam masyarakat. Justeru program-program seperti ini menjadi batu
loncatan kepada mereka dalam menitip usaha dakwah yang lebih serius dan
menuntut ilmu secara terus daripada guru-guru yang dilantik membimbing
anak-anak muda ini.
Program-program
seperti Imam Muda, Mencari Daie, Ustazah pilihan dan Pencetus Ummah sebanarnya melahirkan satu
idola dikalangan masyarakat yang boleh diiukuti dan diteladani oleh anak-anak
muda kita. Nilai-nilai yang dipaparkan
anak-anak muda ini adalah nilai-nilai yang baik dan wajar diteladani.
Justeru
bila mengkritik program ini, berilah kritikan yang membina dalam menghidupkan
kelangsungan budaya dakwah dalam masyarakat. Dakwah bukan hanya perlu dilakukan oleh golongan tinggi ilmu agama, tapi ia juga adalah perlu bagi setiap manusia dalam mengajak kebaikan...
"Dakwah itu Perlu Hikmah"
Apa pun program andai kelangsungannya memberi impak positif tidak salah tapi kalau program yg boleh menjejaskan dan lari dari landasan Islam sebaiknya tak payahlah. Kakak suka Qari Jurior. Malam ini akan bermula Da'i - harap-harap ia memberi impak terbaik buat semua ummah.
ReplyDelete