Friday, September 18, 2015

Pembajaan Tanaman

Sebelum saya terlupa... baik sendiri buat catitan... senang nak refer nanti...

Nutrient utama bagi tumbuhan sifirnya NPK (Nitrogen, Fosforus dan Kalium). Micronutrient yang lain banyak... tapi tak yah ceritalah kan... penat nak ingat... kita ingat yang penting sahaja... buat bela pokok2 depan rumah..

Nitrogen untuk kesuburan daun

Fosforus untuk pertumbuhan akar

dan Kalium untuk penghasilan bunga dan buah...

Baja serbaguna biasanya dah ada kesemua kandungan nutrient ini... so tak payah pening2. tapi bila pokok yang sepatutnya bunga tapi tak bunga-bunga... ada sesuatu yang tak kenalah...

Baja bunga biasanya akan lebih kandungan kalium...

baja semula jadi daripada sisa hidup yang boleh digunakan:

Tinja
Kelawar, nitrogen 12%, fosforus 8%, kalium 3%
Ayam, nitrogen 1%, fosforus 1.5%, kalium 0.5%
Arnab, nitrogen 2%, fosforus 1.5%, kalium 0.5%
Kambing biri-biri, nitrogen 0.5%, fosforus 0.3%, kalium 0.8%
Sisa Dapur
Serbuk kopi, nitrogen 2%, fosforus 0.4%, kalium 0.25%
Serbuk teh, nitrogen 4%, fosforus 0.2%, kalium 0.3%
Air ikan, nitrogen 4%, fosforus 4%, kalium 1%
Sisa ikan, nitrogen 7.5%, fosforus 10%, kalium 4%
 
Sisa Tumbuhan
Paku pakis kering, nitrogen 2%, fosforus 0%, kalium 3%
Kompos, nitrogen 0.5%, fosforus 0.25%, kalium 1%
Keratan rumput, nitrogen 1.2%, fosforus 0.3%, kalium 2%
Rumpai laut kering, nitrogen 2%, fosforus 0.5%, kalium 2%
Abu kayu, nitrogen 0.1%, fosforus 0.5%, kalium 10%
 
kalau ikut kandungan sisa ini, sisa tumbuhan paling tinggi kalium. Begitu juga dengan sisa ikan... walaubagaimanapun mengikut orang yang lebih berpengalaman ... sisa ikan sangat sesuai untuk tanaman sayuran... tanaman bungaan tak pasti pulak..

ok. nampak tak yang Mak Cik Tani tengah singgah sekejap kat diri ini...

2 comments:

  1. Salam singgah sini...diana biasa guna baja bunga dan baja suburkan bunga...tak tau pula kepentingan baja2 ni...hihi..terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...