Tuesday, August 02, 2016

Littl3 kailan dan racun organik

Lama2 penuh blog ni pasal sayur je...

Tak pe. Buat kenangan saya time tengah rajin berkebun.

PHS (pada hemat saya) asyik makan bayam, sawi kang kung dan kuchai... jadi nak bela kailan  dan kobis pulak.

See... benih kailan dah cambah. Tunggu besar sikit baru pindahkan ke pasu. Pasu dah siap tersedia. Nampak tak betapa PHS tak sabar nak groomingkan kailan ni. Sawi pulak menunggu masa nak masuk perut. Kobis belum cambah. Sebab baru semai semalam. Sawi tu memang tengah menunggu masuk perut. Pasu tu besar... ada 8 pokok sawi dlm tu.


Saya perasan... semenjak bertanam sayur... bermula dari sawi hujung tahun lepas... my chik kemboja selalu kena penyakit parasit oren kat daun ni. Ia meyebabkan daun cepat kekuningan dan akhirnya kering. Sampai satu masa tersangat ketara kurang daun... sebelum ni saya pakai racun kimia yg kaw punya... sebulan je dah hilang benda ni. Tapi sebab dah tanam sayur, kenalah pakai racun organik. Lambat sikit kesan nye. Neem nama racun ni.


2 comments:

  1. Apa pun berbaloi kalau tanam sayur sendiri
    Agak-agak nak masak terus keluar pintu harvest hasil sendiri. Puas hati.

    ReplyDelete
  2. macam ni baru betul2 eat clean..sayur organik..lg elok klu guna baca n semburan organik jgk..

    ReplyDelete

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...