Monday, May 30, 2011

Menerajui Perubahan... Melangkaui jangkaan...


Semasa persidangan perkhidmatan (MAPPA) awam tempoh hari lagi Datuk Sri Najib Tun Razak (DSNTR) telah umumkan bahawa beliau berhasrat menjadikan pentadbiran kerajaan sebagai lean goverment. Maksudnya tidak akan ada pengembangan jentera pentadbiran tetapi akan berkembang kapasiti pentadbiran. Di dalamkan lagi maksudnya tidak akan berlaku pertambahan jawatan tetapi akan berlaku pertambahan kerja.

Meneliti perkembangan cadangan tersebut memang menarik. Pertamanya keluarnya arahan pentadbiran mengenai pembekuan kelulusan penstrukturan jawatan organisasi-organisasi kerajaan oleh JPA. Ini sememangnya dalam jangkaan. Keduanya arahan pelupusan Jawatan-jawatan yang tidak diisi dalam kerajaan. Ini bagi saya adalah luar jangka. Kerana pada hemat akal saya, DSNTR akan mengekalkan jawatan sedia ada tanpa pertambahan. Tetapi yang berlaku memang tiada pertambahan malah berlakunya pengurangan.

Kedua-dua tindakan JPA ini merupakan perlaksanaan kepada transformasi kerajaan DSNTR. Bagi perkhidmat awam seperti saya… ia merupakan satu amaran… dalam cawangan saya sahaja ada dua kekosongan. Ia merupakan amaran untuk menambah kapasiti produktiviti kerja. Penjawat awam yang dibebani tugas melampau (memerlukan masa tambahan dan kecederaan), tidak lagi boleh mengharap pengisian jawatan kosong apatah lagi pertambahan jawatan.

Dari segi zahirnya Nampak difikiran kita bahawa kerja tidak akan berkurang. Kapasiti kerja akan terus meningkat seiring dengan perkembangan kapasiti penduduk Malaysia. 1.2 Juta penjawat awam akan terus mentadbir kerajaan Malaysia yang menaungi hampir 30 juta penduduk dan bertambah dari masa ke semasa.

Namun yang tersirat disebalik tranformasi ini adalah penjimatan kerajaan pada jawatan-jawatan yang tidak ditambah dan dilupuskan. Sekurang-kurangnya penjawat awam boleh mengharap akan kenaikan gaji (yang sememangnya sedang tersebar khabar ini). Dalam dasar tranformasi DSNTR, antara perkara yang diberi keutamaan adalah gaji anggota perkhidmatan awam yang lebih baik. Kerajaan memang sudah sepatutnya membuat penilaian semula gaji penjawat awam, memandangkan kos sara hidup meningkat saban tahun. Ini menjadikan gaji anggata perkhidmatan awam terutama gred 11 ke bawah tidak reliven untuk sara hidup di Bandar-bandar besar.

Perubahan ini perlu diambil serius oleh ketua-ketua jabatan dalam memastikan tugas yang hampir sama rata dikalangan pekerja-pekerja bagi mengelakkan dibebani tugas yang tinggi dan diakhiri oleh tekanan dalaman yang boleh mengurangkan produktiviti kerja. Perlu diberi perhatian bahawa kes-kes kesihatan mental dikalangan penjawat awam semakin bertambah sehingga kerajaan mewujudkan dan menambah jawatan-jawatan psikologi di setiap kementerian. Ia merupakan satu petanda yang tidak sihat. Seandainya fenomena ini terus berlaku maka dasar kerajaan “pencapaian diutamakan” sukar direalisasikan.

Namun apa yang diharapkan perubahan ini berjaya menjadi pemangkin kepada keberkesanan perkhidmatan jentera kerajaan dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Sekurang-kurangnya anggota perkhidmatan awam tidak lagi boleh membawa budaya kerja yang lama dan lapuk; merentasi silo dan kokun masing-masing demi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti. Sudah sampai masanya budaya goyang kaki keluar dari kamus bahasa pentadbiran awam. Sudah samnpai juga masanya anggata perkhidmatan awam bergerak secara proaktif tanpa perlu duduk menunggu arahan… seperti pahat dan penukul.

1 comment:

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...