Artikel ini saya tulis setelah berbual dengan seorang pegawai kanan dalam organisasi saya bertugas…..
Bila saya rujuk balik artikel sebelum ini, ‘menerajui perubahan… melangkaui jangkaan…’, saya terlupa sesuatu yang sangat penting. Bila kerajaan melinearkan perjawatan… maknakan ambilan saban tahun akan turut linear. Malah mungkin merudum kerana pos-pos yang bakal dilupuskan.
Berita yang kurang memberansangkan buat para graduan yang mencari pekerjaan terutamanya sektor kerajaan. Dalam Industri pun bagi saya turut sama terjebak dalam fasa pembangunan semula ekoran kemurungan ekonomi daripada 2008 lagi. Walaupun kegawatan telah berlalu… nak menghilangan parut tetap mengambil masa. Ekonomi Malaysia masih bertahan ekoran 40% perdagangan masih berkisar dalam domestic. Kalau dibuat perkiraan… setiap kali keruntuhan ekonomi dunia berlaku… lebih kurang 60% perdagangan turut lumpuh. Bagi saya itu sedah baik. Itupun kalau 100% industry antarabangsa dalam Malaysia musnah. Tapi mustahil semua. Jadi kalau nak dikira balik mungkin hanya sekitar 50%. Jadi dari sudut ekonomi, pertahanan perdagangan Malaysia agak kukuh. Nak dibandingkan negara kecil di selatan Malaysia… 98% ekonomi bergantung kepada luar. Kalau ekonomi dunia lumpuh maka musnah lah dia… tapi tak boleh lawan negara Thai. Sector perdagangan dalam negara memang kuat. Tak kira tengah ada pemberontakan rejim, kegawatan politik, tsunami dan pelbagai lagi… ekonomi Thailand di lihat sangat linear. Tiada kejatuhan drastic.
Emm.. macam dah bertukar kepada analisis ekpnomi pulak…
Sebenarnya intipati penulisan saya, saya Cuma nak sampaikan… bagi Penjawat awam bertaraf tetap yang baru… terutama yang belum sah jawatan lagi… anda sepatutnya bersyukur. Kerajaan kini lebih cenderung mewujudkan pos-pos tidak tetap (kontrak dan sambilan). Maka memang sepatutnya penjawat awam yang mendapat pos tetap ini bersyukur kerana Berjaya dalam persaingan kompetitif penyandangan jawatan ini.
Sedihnya bila saya mendengar rintihan dari ketua-ketua perkhidmatan, mengenai kegagalan penjawat baru menjalankan tugas terutama yang bertaraf tetap. Dalam organisasi saya bertugas… hal yang demikian turut berlaku. Jika diperhatikan rutin harian seorang pegawai kontrak dan seorang pegawai bertaraf tetap (belum disahkan)… baik lagi pegawai kontrak…
Mungkin kita bermain dengan psikologi… pegawai kontrak menunjukkan prestasi yang memberansangkan dengan harapan akan diserap ke jawatan tetap (walaupun tiada harapan… namun masih menaruh harapan)…atau mendapat rekemen yang memberansangkan dari organisasi tempat bekerja sehingga membolehkannya mendapat advantage yang tinggi ketika memohon jawatan lain. Manakala pegawai tetap cukup selesa dengan perjawatan sedia ada yang dirasakan telah menjamin masa depan.
Ketika saya ditanya oleh Bos tempat pegawai tetap itu bekerja…. Apa yang boleh dibuat untuk mengubah cara bekerja… saya hanya diam… pengalaman saya dalam 4 tahun bekerja pasti tak boleh menandingi orang yang bertanya (sebab dia dah 20 tahun bekerja dan berjawatan tinggi). Katanya lagi… dimarah sudah… ditunjuk ajar pun sudah. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia tukarkan posisi pegawai terbabit kepada kontrak dan biar pegawai kontrak yang berprestasi tinggi yang memegang jawatan tetap. Agak serius nadanya..
Akhir bicara saya bersamanya , saya kongsi pengalaman seorang rakan saya yang dilengahkan pentarafan tetapnya kerana berprestasi rendah. Sedih juga saya melihat dia kehulu kehilir dikeleknya borang pengesahan jawatan. Kerana tidak ada pegawai kanan yang mahu menandatangi borangnya. Tapi jari saya tetap saya tunding kepada kawan saya juga. Memang salah diri sendiri. Pengesahannya agak lambat hampir setengah tahun dari saya. Saya jengok juga dirinya sekarang. Emmm tetap sama…
Mungkin pegawai kanan yang berbual dengan saya tadi… akan lakukan perkara yang sama. Malangnya… bukan semua orang bersyukur dengan apa yang telah ada. Semasa mohon kerja… janji ditabur sepenuh sawah terbentang.
Tapi bila sudah dapat....
Sepatutnya… kita pandang dibawah melihat rakan-rakan yang masih bersabung mencari kerja…
Untuk pengajaran
Rakan saya diberhentikan dari jawatan setelah 4 tahun berkhidmat ekoran prestasi serta disiplin yang lemah, ketika diberhentikan, beliau yang baru saya kenali sangat rajin... sehingga saya tidak tahu sifatnya dahulu adalah bertentangan... Namun ia sudah terlewat untuk menutup kesilapan 3 tahun lalu. Ketika dia diberhentikan baru lah dia bersuara menceritakan pengalaman bekerja yang lalu, ketka itu saya baru berkhidmat 6 bulan dalam kerajaan. Kes beliau 3 tahun lalu baru habis dibicarakan di JPA dan berakhir dengan pemecatan pada tahun 2008. Ketuanya berhempas pulas mempertahankan beliau dengan mengatakan beliau telah berubah...Namun ia tidak mengubah keputusan. Tuhan memberi rezeki kepada mereka yang mencari... beliau kini berjaya dalam perniagaan membekalkan peralatan kepada organisasi-organisasi dalam negara.
Saya pasti... bila berakhir dengan cerita sebegini sesiapa pun akan berubah... Tapi tak kanlah sudah terhantuk baru nak tergadah...
No comments:
Post a Comment