Wednesday, August 24, 2011

Akhirnya Kau pergi juga


Ketenangan ini memang ku tunggu
Kau datang dalam hidup ku
Rahmat tuhan yang memanjangkan nyawa ku
Memperkenan pertemuan aku dengan mu

Sedetik masa belalu
Pergi ibarat angin bayu
Membawa rahmat yang bukan calang selalu
Akan berpisah kita di situ

Kalau tuhan perkenan doa ku
Ku pohon kau sentiasa dalam detik hidup ku
Namun ku tahu loh mahfuz telah suratkan
Untuk semua hamba tuhan
Cukuplah sepurnama rahmat dilimpahkan

Ku lepaskan kau dengan hati yang bertakung berat
Kalau boleh…  ku dakap kau dengan erat
Kau juga menuruti perintah-Nya seperti ku jua
Moga Tuhan masih panjangkan usia
Moga runtuh langit belum lagi tiba
Agar aku masih dapat merasa
Dampingan bersama…

Semoga hijab Mu tak pernah tertutup buatku
Semoga Kau masih perkenan doa ku
dan semoga aku sentiasa dijalanmu


Pena menulis

Monday, August 22, 2011

Bila kita Hangin...!!


Pantang betul bila saya lihat muka yang masam. Ye lah… siapa suka tengok muka masamkan… bila lagi ditempat kerja. sebab kerja ni bukan hobi kita… kecuali yang workaholic macam abang saya memang kerja itu hobi dia. Tapi untuk bagi orang yang bukan sesiapa seperti kita… kerja ni ibarat hidup… hidup mesti makan dan kerja…. jadi mood tempat kerja sangat penting untuk memotivasikan kerja untuk lebih produktif.
Tak kisahlah kita ada masalah apa pun… pribadi ke??? Tengah marah kat staff ke ??? badan tengah tak sihat ke..??? Bru kena marah dengan boss??? kalau tak nak senyum pun … buatlah muka selamba yang seposen tu. Janganlah nak tunjukkan yang kita tengah tension dengan masam muka…

Percaya atau tidak… lagi masam muka kita… macam itu lah lagi kelat hati kita rasa. Bila kita susah… bila kita tention… lagi banyak kita kena senyum…. Senyum itu penawar hati yang yang tengah duka… merana… tersiksa… dek kerja atau apa sahaja… tapi kalau nak ikutkan hati… dengan memasamkan muka untuk tunjukkan pada dunia yang kita tengah tension… alamatnya kejap-kejap esok dapatlah penyakit darah tinggi….
Kalau rasa kemasaman itu sudah tak dapat dibendung… atau kalau kita bercakap dengan orang boleh manimbulkan kemarahan atau ayat yang tiak enak didengar… maka kurangkan berjumpa orang… duduk senyap-senyap dalam office… janganlah seorang yang tumpahkan tepung… semua orang kena debunya (peribahasa baru).

Kesimpulannya… macam mana tersiksanya hati kita… senyum mestilah terukir…
Rasullah yang di cerca dan dihina, Nabi Ayob yang derita dengan penykitnya, Imam hanafi yang dipenjara,  pun masih boleh tersenyum dan membuatkan orang lain sejuk hati melihat mereka… inikan lagi kita yang di uji tuhan dengan dugaan secebis zarah ibaratnya.  Orang yang begitu derita pun mampu member ketengangan kepada orang yang melihatnya… ini lagikan kita yang memang selalu tenang…

Cerita tentang senyum… antara pemimpin dunia yang sering tersenyum adalah Arwah Yasser Arafat. Walau ditekan… kelilingi dengan ugutam kematian… pernah tak kita lihat Dia tidak tersenyum…  sebab dia tahu dia pemimpin… senyuman mampu menenangkan gelisah rakyatnya.

Kita pun pemimpin jugakan… tak kiralah… boss kecil atau boss besar.. .. saya optimis pekerja lebih senang melihat kita senyum dari masam… jadi dia boleh buat kerja dengan tenang dan tak tertekan akibat muka kita yang masam. 

SENYUMLAH SELALU… Semoga Tuhan akan memurahkan rezeki bagi mereka yang selalu memberi (senyuman)….

Friday, August 19, 2011

Di Luar Lingkungan ?

Jika masih ingat dengan post terdahulu ‘ anak kucing jadi harimau’, isu kali ini ada kaitan dengannya. Ada kaitan dengan penerokaan yang penuh kebabasan dan menjanjikan ilmu pengetahuan menerusi pengalaman dan bukannya melalui institusi formal. Kerana itu seorang doctor mampu menjadi Perdana Menteri yang dipandang tinggi (Tun Dr M), jurutera mampu menjadi pengarah filem, penulis lagu dan penerbit (trio KRU), seorang yang bukan berpelaran tinggi memulakan hidup dengan menternak lempu mampu mencipta empayar besar seperti Syed Mokhtar Bukhari, Zaman kini…yang menjual goreng pisang pun mampu hidup senang tanpa hutang…  

Itu namanya perjuangan penerokaan kendiri yang hanya mampu dilakukan oleh mereka yang berani melawan arus dan bersedia menghadapi risiko.

Saya pernah terfikir…. Zaman Ibn Sina tidak ada Universiti untuk bagi tahu jika symptom begini maka sakitnya ini dan ubatnya begini… Zaman dahulu tidak ada Institusi yang mengajar jika bangunan setinggi ini, pasaknya harus dalam begini, jika bentuk mukabumi begini, maka rekaan bangunan mesti sebegini… tidak ada yang beritahu Thomas Edison untuk mencipta satu objek yang bercahaya sepatutnya begini. Kerana itu beliau perlukan 1000x untuk penciptaan sebuah mentol…. Hari ini kita diajar kebanyakan hukum fizik alam menepati dengan MC2. Namun tidak ada yang mengajar einstain untuk terbit satu hukum sedemikian. Malah ketika penyebarannya, hokum ini dikecam hebat oleh ilmuan ketika itu…

Maka saya telah membuat kesimpulan bahawa ilmu yang ada sekarang berdasarkan penerokaan dan pemerhatian yang mendalam disamping perkembangan ilmu ketika zaman dahulu. Ilmuan dahulu amat mengkagum kita kerana kebanyakan ilmu dikongsi melalui pengalaman atau ekperimentasi yang terbatas maklumat dan sumbernya. Kita kurang mengkagumi zaman kita. Zaman dahulu adalah zaman ‘fundamental’ zaman kini zaman ‘Applied’/ gunaan/perlaksanaan.

Zaman ini menjelaskan bahawa kebanyakan daripada kita bersetuju untuk jadi pak turut… jika norma masyarakat mengatakan sebegini maka kita juga mempunyai pendirian yang sama. Kita merasakan peniaga kecilan aalah pekerjaan yang tidak berprestij…. Tanpa kita sedari harta golongan ini menjangkau ke angka juta jauh lebih kaya dari kita. Kita merasakan bidang pertanian adalah serendah kerja tampa kita mengetahui bahawa pengusahanya adalah seorang graduan cemerlang yang sedang cuba mengembangkan produknya ke luar negara….

Kita cenderung untuk membuat penilaian dan menganggap kita adalah betul. Kita cenderung memilih jalan selamat dengan mengikut arus masyarakat kerana tidak mahu dikecam. kita sanggup untuk mengetepikan pendapat kita yang bercanggah, supaya kita diterima baik oleh masyarakat yang merasakan minda mereka adalah terbuka sedangkan tidak…. Kita cenderung mengikut budaya masyarakat yang diluar dari kemampuan kita (kewangan??).

Cuba sesekali kita berfikir untuk diri sendiri (tanpa perlu bersikap individualistic), tanpa perlu campurtangan atau pengaruh luar. Jika kita cukup yakin dan optimis dengan kemampuan malah mampu untuk berada ‘diluar lingkungan’, ramai antara kita mampu Berjaya. Matlamat pembahagian ‘kek ekonomi’ negara mungkin sudah lama terlaksana…. malah mungkin ada antara kenalan kita akan menjadi seorang tokoh pemimpinan negara yang tidak pernah tercapai akal kita akan kebolehannya....

SAYA??
Menuntut ilmu itu perlu... tapi yang lebih penting bagaimana kita menganalisis ilmu yang diperolehi dan kebijaksanaan kita untuk menggunakan ilmu itu diluar lingkungan bidang ilmu tersebut....

Krisis IPT , Krisis Graduan...


Kita digemparkan lagi…. Selepas UNISEL tiba pula Universiti Malaya. Menariknya isu UM adalah mengenai masalah dalaman bukan campur tangan luar. Bagi saya lebih parah. Kerana krisis dalaman ibarat barah. Sedikit demi sedikit menular dan menjadi serius.

Walaupun kita geleng kepala mendengar kenyataan canggah dari PKAUM dan kenyataan balas Dari NC, pastinya yang lebih memahami adalah mereka yang setubuh dan sebadan dengan barah ini. Kita yang diluar hanya boleh mengikuti sambil memikir untung nasib Universiti tertua di Malaysia. Agak mengelirukan juga kerana dalam usia yang matang sebegini hal sebegini mampu menular dengan serius….

Mahu tak mahu… semua ahli akedemik yang sedang atau pernah berada dalam lingkungan kampus harus akui. Masalah sebegini bukan hanya milik Universiti Malaya. Malah saya cukup optimis berlaku hampir semua IPT negara termasuk yang bertaraf perdana.

Ia adalah masalah organisasi. Bukan sahaja Institusi akademik malah semua organisasi lain. Ketidakpuashatian terhadap arahan dan kepimpinan memang sering terjadi.  Yang menyokong, yang mambangkang, Haluan kiri dan haluan kanan, atau apa saja yang kita gelarkan. Terserah kepada kebijaksanaan kepimpinan atasan dalam mengendalikan dan mengmbil hati kakitangan di bawah jagaannya. Jika kebajikan kakitangan terjaga pasti unsur tolak ansur akan ada. Itu pun jika keegoan dalam diri mampu dikawal.

Ranking atau tidak…. University perlu tumpukan kepada melahirkan graduan kelas pertama yang mampu bersaing secara local mahupun global dalam membawa misi BUDAYA BANGSA. Kerana acapkali kita dengar bahawa golongan muda tidak produktif, tidak mempunyai nilai tambah yang kuat, tidak kompetitif, tidak mampu memikul tanggungjawab, lembab… alangkah baiknya jika kita lebih tumpukan kepada objektif akar umbi penubuhan sebuah universiti…

Mahasiswa bijak memerhati. Lima tahun ketika di Universiti saya merasai 3 kepimpinan NC yang jelas Nampak tumpuannya… walaupun objektif mereka masih sama… yang pertama kurang saya kenali… mungkin usia mahasiswa baru setahun jagung. Yang kedua cukup bijak berpidato. Malah debat dan pidato memang sangat dialukan oleh beliau. Kepimpinannya banyak melibatkan pelajar. Malah diwujudkan Urusetia para pelajar untuk membantu HEP. Pelajar dilihat lebih dekat dengan pentadbiran. Malah pentadbiran dapat menerap gagasan Universiti dengan lebih mudah. NC saya yang ketiga amat menunjangan budaya akademik dalam kampus. Budaya akedemik diterapkan sehingga ke kolej-kolej penginapan mahasiswa bukan sahaja di fakulti… pemantauan pelajar kurang cemerlang diberi perhatian yang serius…

Itu pemerhatian saya ketika saya masih mahasiswa ( masih belum bijak ), membuat kesimpulan dengan apa yang dilihat secara zahir dari kepimpinan atasan….. maka amat mengecewakan bagi seorang mahasiswa (jika itu saya), jika mengetahu terdapat krisis dua belah pihak yang nyata dalam kampus….

SAYA PERCAYA … seorang Rakyat yang bijaksana lahir dari sebuah persekitaran sihatdan dari sebuah kemampuan dari Institusi yang mendidiknya. Samada Institusi kekeluargaan, kemasyarakatan ataupun pendidikan…..

Wednesday, August 10, 2011

Keanehan Abu Nawas VS pahala Imam Hanbali


Abu Nawas pernah berlawan kebijaksanaan dengan Imam Hanbali. Katanya dia ada 3 perkara aneh. Imam hanbali penuh khusuk mendengar kata-kata Abu nawas yang terkenal dengan kebijaksanaannya itu:

‘Pertama, aku suka bersaksikan perkara yang aku tidak pernah lihat” lalu disambut dengan riuh orang ramai yang menyaksikan dua Pemuda yang beradu akal itu.

“ itu saksi palsu namanya” jeritan liar dicelah orang ramai.

‘ Kedua…  aku suka makan bangkai’ lalu disahut dengan cela orang ramai yang mengeji perbuatan itu…

‘ ketiga… aku selalu lari dari rahmat tuhan’ maka riuh rendahlah orang ramai betapa bodohnya abu nawas yang lari dari rahmat tuhan.

Namun Imam Hanbali berfikir yang sebaliknya. Bagi yang berfikiran buruk… memang itulah persepsi yang akan diutarakan. Namun Imam Hanbali seorang yang berfikiran baik dan sentiasa berpandangan baik. Lebih-lebih lagi terhadap Abu Nawas yang terkenal dengan gelaran lelaki paling bijaksana di Baghdad itu.

“ Wahai Abu Nawas, kamu suka bersaksikan sesuatu yang kamu tidak pernah lihat kerana kamu sering berkalimah syahadah yang bersaksikan tuhan dan rasul yang kamu tidak pernah lihat….

Kamu suka memakan bangkai kerana kamu sememangnya menggemari ikan dan ikan itu tidak disembelih…

Dan kamu suka lari dari rahmat tuhan kerana bila hujan kamu akan lari ketempat yang memberi perlindungan sedangkan hujan itu adalah rahmat….” Jawab Imam Hanbali dengan teliti

‘Maka benarlah kamu orang yang bijak Imam Hanbali, tapi tahu kah kamu bahawa bila aku sembahyang pahala aku lebih banyak dari sembahyang kamu?” kata Abu Nawas yang masih belum berpuas hati dan penuh dengan muslihat.

Imam Hanbali terdiam dan berfikir….

“ tahukah kamu semua kenapa pahala sembahyang ku lebih banyak dari Hanbali??? “ orang ramai mula mencela kerana Imam Hanbali itu lebih warak dari Abu Nawas…

“ kerana aku sudah berkahwin.” Kata Abu nawas sambil ketawa keluar dari kepungan orang ramai…lalu dijawab oleh seorang ulama yang turut melihat peraduan akal itu bahawa sememangnya sembahyang orang yang berkahwin pahala lebih banyak kerana berkahwin itu Sunah Rasulallah...

Selepas kejadian inilah Imam Hanbali berkahwin pada usianya yang sudah 40 tahun...

Imam Hanbali: Penegak Kebenaran


Suaru hari Imam Hanbali telah berdebat dengan seorang dari golongan Muktazilah. Lama berdabat akhirnya masuk kedalam isu Qado’ dan Qadar..

Basyar: Buruk dan baik itu tidak ditentukan oleh tuhan… tetapi pilihan manusia sendiri. Jika berbuat baik maka wajib untuk dibalas baik. Jika yang buruk itu telah ditentukan oleh tuhan, makan kejamlah tuhan itu” kata basyar berpandukan logic akal

Hanbali: Ahli Sunnah wal Jamaah bersetuju bahawa semua yang terjadi adalah ketentuan qada’ dan qadar tuhan. Keran semua yang ada di muka bumi ini adalah miliknya kerna itu dia berhak memberi balasan kepada hambanya Nya.

Basyar: Buktikan?

Hanbali: Bagaimana pendapat kamu bagi seorang dewasa yang taat kepada Allah dan meninggal dunia?

Basyar: dia di lempatkan ke syurga

Hanbali: Bagaimana pula orang dewasa yang buruk perilakunya meninggal dunia?

Basyar: Sudah tentu neraka tempatnya

Hanbali: Bagaimanapula anak kecil yang meninggal dunia?

Basyar: dia tidak ke neraka atau ke syurga kerana dia tidak ada amal ibadat untuk mendapat pahala dan tidak sempat berbuat jahat untuk memperolehi dosa.

Hanbali: Bagaimana jika anak kecil itu bertanya kenapa tuhan mematikan dia di waktu kecil dan kenapa tidak dibiarkan dia dewasa supaya dia sempat beramal ibadat dan masuk syurga?

Basyar: Kerana jika dibiarkan dia besar dia akan melakukan dosa. Jadi lebih baik jika dia di matikan awal.

Hanbali: Bagaimana pula jika orang yang derhaka dan meninggal kemudian dia bertanya tuhan kenapa tidak dimatikan dia semasa kecil supaya dia tidak sempat melakukan dosa?

Basyar hanya terdiam dan beredar ari situ. Persoalan Imam Hanbali ini menunjukan Qada’ dan Qadar Tuhan…

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...