Abu Nawas pernah berlawan kebijaksanaan dengan Imam Hanbali. Katanya dia ada 3 perkara aneh. Imam hanbali penuh khusuk mendengar kata-kata Abu nawas yang terkenal dengan kebijaksanaannya itu:
‘Pertama, aku suka bersaksikan perkara yang aku tidak pernah lihat” lalu disambut dengan riuh orang ramai yang menyaksikan dua Pemuda yang beradu akal itu.
“ itu saksi palsu namanya” jeritan liar dicelah orang ramai.
‘ Kedua… aku suka makan bangkai’ lalu disahut dengan cela orang ramai yang mengeji perbuatan itu…
‘ ketiga… aku selalu lari dari rahmat tuhan’ maka riuh rendahlah orang ramai betapa bodohnya abu nawas yang lari dari rahmat tuhan.
Namun Imam Hanbali berfikir yang sebaliknya. Bagi yang berfikiran buruk… memang itulah persepsi yang akan diutarakan. Namun Imam Hanbali seorang yang berfikiran baik dan sentiasa berpandangan baik. Lebih-lebih lagi terhadap Abu Nawas yang terkenal dengan gelaran lelaki paling bijaksana di Baghdad itu.
“ Wahai Abu Nawas, kamu suka bersaksikan sesuatu yang kamu tidak pernah lihat kerana kamu sering berkalimah syahadah yang bersaksikan tuhan dan rasul yang kamu tidak pernah lihat….
Kamu suka memakan bangkai kerana kamu sememangnya menggemari ikan dan ikan itu tidak disembelih…
Dan kamu suka lari dari rahmat tuhan kerana bila hujan kamu akan lari ketempat yang memberi perlindungan sedangkan hujan itu adalah rahmat….” Jawab Imam Hanbali dengan teliti
‘Maka benarlah kamu orang yang bijak Imam Hanbali, tapi tahu kah kamu bahawa bila aku sembahyang pahala aku lebih banyak dari sembahyang kamu?” kata Abu Nawas yang masih belum berpuas hati dan penuh dengan muslihat.
Imam Hanbali terdiam dan berfikir….
“ tahukah kamu semua kenapa pahala sembahyang ku lebih banyak dari Hanbali??? “ orang ramai mula mencela kerana Imam Hanbali itu lebih warak dari Abu Nawas…
“ kerana aku sudah berkahwin.” Kata Abu nawas sambil ketawa keluar dari kepungan orang ramai…lalu dijawab oleh seorang ulama yang turut melihat peraduan akal itu bahawa sememangnya sembahyang orang yang berkahwin pahala lebih banyak kerana berkahwin itu Sunah Rasulallah...
Selepas kejadian inilah Imam Hanbali berkahwin pada usianya yang sudah 40 tahun...
No comments:
Post a Comment