Kita digemparkan lagi…. Selepas UNISEL tiba pula Universiti Malaya. Menariknya isu UM adalah mengenai masalah dalaman bukan campur tangan luar. Bagi saya lebih parah. Kerana krisis dalaman ibarat barah. Sedikit demi sedikit menular dan menjadi serius.
Walaupun kita geleng kepala mendengar kenyataan canggah dari PKAUM dan kenyataan balas Dari NC, pastinya yang lebih memahami adalah mereka yang setubuh dan sebadan dengan barah ini. Kita yang diluar hanya boleh mengikuti sambil memikir untung nasib Universiti tertua di Malaysia. Agak mengelirukan juga kerana dalam usia yang matang sebegini hal sebegini mampu menular dengan serius….
Mahu tak mahu… semua ahli akedemik yang sedang atau pernah berada dalam lingkungan kampus harus akui. Masalah sebegini bukan hanya milik Universiti Malaya. Malah saya cukup optimis berlaku hampir semua IPT negara termasuk yang bertaraf perdana.
Ia adalah masalah organisasi. Bukan sahaja Institusi akademik malah semua organisasi lain. Ketidakpuashatian terhadap arahan dan kepimpinan memang sering terjadi. Yang menyokong, yang mambangkang, Haluan kiri dan haluan kanan, atau apa saja yang kita gelarkan. Terserah kepada kebijaksanaan kepimpinan atasan dalam mengendalikan dan mengmbil hati kakitangan di bawah jagaannya. Jika kebajikan kakitangan terjaga pasti unsur tolak ansur akan ada. Itu pun jika keegoan dalam diri mampu dikawal.
Ranking atau tidak…. University perlu tumpukan kepada melahirkan graduan kelas pertama yang mampu bersaing secara local mahupun global dalam membawa misi BUDAYA BANGSA. Kerana acapkali kita dengar bahawa golongan muda tidak produktif, tidak mempunyai nilai tambah yang kuat, tidak kompetitif, tidak mampu memikul tanggungjawab, lembab… alangkah baiknya jika kita lebih tumpukan kepada objektif akar umbi penubuhan sebuah universiti…
Mahasiswa bijak memerhati. Lima tahun ketika di Universiti saya merasai 3 kepimpinan NC yang jelas Nampak tumpuannya… walaupun objektif mereka masih sama… yang pertama kurang saya kenali… mungkin usia mahasiswa baru setahun jagung. Yang kedua cukup bijak berpidato. Malah debat dan pidato memang sangat dialukan oleh beliau. Kepimpinannya banyak melibatkan pelajar. Malah diwujudkan Urusetia para pelajar untuk membantu HEP. Pelajar dilihat lebih dekat dengan pentadbiran. Malah pentadbiran dapat menerap gagasan Universiti dengan lebih mudah. NC saya yang ketiga amat menunjangan budaya akademik dalam kampus. Budaya akedemik diterapkan sehingga ke kolej-kolej penginapan mahasiswa bukan sahaja di fakulti… pemantauan pelajar kurang cemerlang diberi perhatian yang serius…
Itu pemerhatian saya ketika saya masih mahasiswa ( masih belum bijak ), membuat kesimpulan dengan apa yang dilihat secara zahir dari kepimpinan atasan….. maka amat mengecewakan bagi seorang mahasiswa (jika itu saya), jika mengetahu terdapat krisis dua belah pihak yang nyata dalam kampus….
SAYA PERCAYA … seorang Rakyat yang bijaksana lahir dari sebuah persekitaran sihatdan dari sebuah kemampuan dari Institusi yang mendidiknya. Samada Institusi kekeluargaan, kemasyarakatan ataupun pendidikan…..
No comments:
Post a Comment