Selain daripada Yang
Mencipta adalah pencari ilmu…
Mencari dan mengisi hati,
akal, naluri adalah fitrah. Justeru jarang sekali berjumpa dengan seorang hamba
yang tidak suka ilmu… tak kiralah ilmu jenis apapun asalkan yang boleh membawa
kebaikan…
Tuntut ilmu hingga ke
negeri china.
Belajar sampai ke liang
lahad…
Sinonim dengan peribahasa
melayu ini.
Ketahuilah bahawa kita
belajar demi merungkai rahsia pencipta. Kita belajar demi survival hidup di dunia.
Yang salah… ramai graduan
yang sedang belajar mahupun telah tamat belajar tak mengerti apa hubungkait
(conection) ijazah ditangan dengan kehidupan selain daripada peluang pekerjaan.
Akhirnya kita dapat saksikan pelajar dengan akademik cemerlang hidup
biasa-biasa sahaja. Walaupun saya seorang graduan Fizik bahan yang berakhir
dengan kerjaya PTD (hampir tidak mengaplikasikan bahagian besar ilmu bahan),
namun terlalu sayang untuk dibuang, saya hanya mampu mengaplikasikan sebahagian
kecil untuk kehidupan. Justeru saya tahu apa itu gas termampat, kenapa tingkap
kereta perlu dibuka sesekali semasa pemanduan kereta, mengapa susu perlu
dibancuh diletakkan air suam baru dituang susu tepungnya, kenapa gelas boleh
retak, kekuatan bahan-bahan disekeling saya ketika saya gunakannya, bahan yang
boleh dikitar dan tidak boleh dikitar, yang tahan haba mahupun yang cepat
diurai, dan lain-lain. Walaupun kehidupan saya tidak berakhir dengan seorang
pensyarah Bahan mahupun jurutera, saya akui ilmu yang saya belajar amat berguna
dalam kehidupan seharian saya dan akhirnya saya tidak merasakan sebarang
sia-sia atas tiga tahun saya bertarung mendapatkan sekeping ijazah kepujian
Sains (Bahan).
Bila jarang dibicarakan,
diaplikasi akhirnya kita lupa…. Pergilah ilmu begitu sahaja… yang hilang itu
pastinya yang paling kurang menyumbang dalam survival kehidupan. Mungkin guru-guru
kita itu belum cukup hebat untuk membuatkan kita ingat (adakah?).
Saksikan disekeling kita…
ada saudara kita yang tidak perlu ke university…, institusi pengajian tinggi
untuk Berjaya… siapa pula gurunya?
Justeru setiap pelajar
perlu bertanya kepada diri sendiri mengapa kita ke university… apa yang dicari.
Persepsi ke university untuk Berjaya perlu dikikis dalam masyarakat. Ia mungkin
pernah releven… namun bukan untuk zaman generasi Y yang menyaksikan lambakan
para graduan yang tiada punca pendapatan.
Kalau begitu…
Siapa pula guru yang perlu
kita ikut?
Ilmu apa yang perlu kita
cari?
Tak payah masuk universiti?
Kautlah ilmu sebanyak yang
kita mampu,
Dakilah gunung lebih
tinggi dari Kinabalu
Jangan lupa
Guna akal dan fikiran
untuk mencerna ilmu
Bukan hanya terima bagai
disuap sudu
Canaikan barsama
pengalaman lalu
Perngalaman??
Guru inilah yang
menjadikan ada antara kita yang Berjaya tanpa ada apa-apa. Ia seolah guru yang
paling sempurna untuk kehidupan. Mengajar yang paling releven dalam meneruskan
kesinambungan hidup.
Kerana itu yang paling
selalu gagal adalah yang paling Berjaya.
Yang selalu kecewa manjadi
yang paling tabah.
Yang paling susah menjadi
yang paling gagah.
Yang paling buruk menjadi
yang paling menyerlah…
Yang pernah dibuang
akhirnya bersinar
Ajaibnya pengalaman
menjadikan seseorang….
apatah lagi bila penuh ilmu di dada...