Di senggang masa memang
saya suka membaca… tak boleh lari habit tu dari saya… macam mana mama buat saya
jadi macam ni saya pun tak pasti… seronok bila kita tahu sesuatu yang baru. Ditambah
lagi bila duduk di dunia tanpa sempadan… seronok lah saya memetik ‘key’ mencari
apa pun yang saya nak cari. Sebab tu en wan belikan saya tablet waktu saya
berpantang tempoh hari… senang saya nak ‘membaca’ katanya. Membaca buat saya
berfikir… harap-harap lambatlah otak saya ni ‘mati’. Orang yang rajin berfikir…
tak mudah nyanyuk. Nyanyuk adalah simpton yang menunjukkan bahawa otak kita
mengecut. Dan banyak neuro otak sudah tidak berhubung antara satu sama lain.
Kalau dari sudut penulis…
saya sangat suka gaya penulisan Pahrol Mohd Juoi. Saya rasa seawal penulisannya
dia bergandingan dengan Fadhilah kamsah. Tapi namanya pun sekarang dah besar. Saya
suka penceritaannya yang mudah dan menarik… ringkas amat. Tak ada
berbunga-bunga. Terang dan jelas. Bukunya pun dah banyak. Terbaru dimana Dia di
hatiku. Boleh juga melawat blog ‘genta rasa’.
Ada satu ketika saya suka
baca buku philosophy dan kepimpinan. Mental revolusion, the no.1 leader, dan
banyak jugak dalam koleksi saya… buku-buku yang biasanya writer from the west
pada saya tidak ada momentum. Semuanya sebenarnya telah ada… Cuma dikomersilkan
sahaja. Termasuklah ‘blue ocean’. Jadi bila saya baca saya tak ada rasa teruja….
Sejak itu… saya dah kurang menelaah buku-buku leadership dan philosophy barat. Saya beralih kepada buku-buku life motivation
yang berkisar dalam masyarakat Malaysia.. sejak itu juga saya lebih suka baca
buku bibliography… menelaah hidup manusia yang ditakdir memimpin memang menarik…
tapi yang ini saya tak pernah beli… saya baca di library atau online sahaja…
ada juga hati nak buat koleksi… tunggulah dulu saya khatam semua buku yang saya
pernah beli (ada yang tak habis baca lagi).
Jauh di sudut hati… saya
nak anak-anak saya seperti saya. Biar suka membaca walaupun dikata Bangsa
Melayu tak suka membaca… bagi saya buku tu penawar saya. Bila saya marah saya
membaca. Saya sedih saya baca. Saya sunyi pun saya baca… habis-habis pun saya
buka majalah lama. Aiesyah pun dah pandai membaca… tapi bukan baca ayat… baca
gambar… jadilah… dia dah pandai bercerita. Ceritanya dia sendiri yang reka ikut
gambar buku yang dia baca..
Bila tanya hati… memang
ada niat nak jadi penulis. Malangnya saya rasa penulisan saya tak sebaik
perucapan saya. Walaupun saya ‘pendiam’, namun saya mampu berhujah dengan baik.
Tapi tak dapat di penakan dengan bagus. Otak saya ligat. Cakap pun ligat. Tapi bila
menulis terkedek-kedek. Tangan lembab otak cepat, neuro kat tengah jadi ‘hang’.
Percaya atau tidak… antara
wish list hidup saya ni… saya nak ada sebuah buku yang saya karang. Tapi apa
yang saya nak karang saya pun tak tahu… mungkin saya patut lebih menulis….
Buku yang paling saya
benci baca dan sangat ketega’rk nak baca adalah novel. Bukan saya tak suka
novel. Tapi saya nih tak sabar orangnya. Saya nak tahu cepat je… kalau baca
buku-buku lain plot nye cepat je. Habis satu cerita cerita lain. Satu motivasi
habis… ganti yang lain. Tapi novel ni setiap bab ada kesinambungan. Nama pun
cerita. Memang patutlah macam tu. agaknya sebab itu juga saya kurang gemar
novel… maka saya pun kurang layan drama bersiri ala-ala telinovella.
Saya cuba nak menulis
dengan proper.. opss. Dengan teratur. Tapi banyak juga perkataan-perkataan
disleksia saya. Mungkin selepas ini saya kena kuatkan azam menggunakan bahasa
yang betul. Bahasa Jiwa Bangsa.. Yeeah!! (memberi semangat pada diri sendiri).
SELAMAT MAJU JAYA.
No comments:
Post a Comment