Sunday, October 07, 2012

Kembali sedia kala

Dah masuk kerja pun minggu sudah. Kalau dulu saya blur lepas habis cuti bersalinkan aiesyah 2 bulan.
Tapi kali ini, walaupun 3 bulan cuti.... tak blur...
Hari prtama krja saya dah buat paper utk board.
Mungkin sebab dah 5 tahun buat kerja yang sama....
Cuti lama pun , otak dah cekap
Banding dgn waktu lahirkan aiesyah, baru setahun krja,
Tolak 7 bulan cuti belajar dpa.

Aiesyah dah start silivers membaca di tadika.
Rajin dia ulang kaji di rumah.

Azam saya sebelum akhir tahun ini
Nak habiskan data entry sistem pengurusan aset online.
Inilah pertama kali dalam tempoh 5 tahun saya kerja
Hujung tahun saya tak bertumpu sangat pada kewangan
Akauntan dan Eo dah ada...
Saya habiskan pengurusan aset dulu.
Memandangkan 3 blok baru telah diserahkan
Banyak aset baru nak didaftarkan.
Manakala aset lama perlu di re-register balik.
Kudratnya cuma 3 org shj.
Saya dan 2 orang kerani stor....

Jadi hari pertama masuk kerja terus saya melawat 2 blok baru
Dapatkan pelan lantai utk register location

Bangunan tadika pun saya pergi
Hajat dihati nak kira aset dalam tu...
Dari pejabat saya saya dah dengar bunyi terpekik terlolong...
Bila buka pintu wing kanan yang menghala terus ke tadika
Rupanya teacher tengah pancutkan air kat 10 orang budak tu
Seronok tak kira dapat mandi hujan kat luar tepi surau...
Saya abaikan saja
Masuk terus tadika semak pelan lantai
(Cam arkitek plak)
Tetiba bunyi bedebur tapak-tapak kaki brlari2 masuk dalam bilik yang saya sedang brdiri
10 orang budak berlari dengan telanjang bulat...
Ahh hah trmasuklah si aiesyah....
Masing-masing berebut ambil beg
Ambil diapers dan baju ganti...
Senyum saya trhibur tengok bebudak ni
Belum kenal lagi rsa malu...

Adik pulak masih tak mahu botol
Jadi siang hari adik kurang minum...
Malam dia melantak sakan..
Bila siang kurang minum
Duduk pun tak mahu sangat
Menangis sahaja.
Tidur pun tak lama
Harap-harap ragam adik ni tak lama....


No comments:

Post a Comment

penjagaan bayam

Bayam hijau daun bulat. Sebelum dan selepas digondolkan. Manis masak lemak putih. Menuai bayam. Induk...